BAB 1

33 2 1
                                    

       Suatu pagi nan indah di International School Intelligent. Semua pelajar gembira apabila sekolah pada tahun 2016 baru sahaja bermula. Kehadiran pelajar baru, telah membuat sesetengah pelajar lelaki mendekatinya dan mengenalinya dengan lebih dekat. Tetapi , kehadiran pelajar baru tersebut telah membuat satu kumpulan perempuan yang paling cantik dan terkenal di international School Intelligent tercabar .

[bawah pondok tepi padang]

      " Hishh.. tak guna betul ! Siapa nam budak baru yang baru sahaja masuk itu ? Asal ramai sangat lelaki terpikat dekat dia ? Mangkuk ayun betul !" berang Min Young . (MIN YOUNG atau dikenali sebagai PARK MIN YOUNG, ialah seorang ketua kumpulan 'Spicy Girl' dan digilai oleh ramai lelaki diluar sana , sebut sahaja nama mesti semua kenal . Dengan seraut wajah yang bersih dan cantik , pandangannya dapat mencair kan hati lelaki . Walaupun hati lelaki tu sebeku mana pun , tengok sahaja wajah Min Young pasti cair juga).

       "Entah , aku tak dengar sangat nama dia tadi masa diorang sebut dekat kelas . Hmm.. jangan crush aku melt dekat dia sudah lah . Aku cincang juga satu tubuh badan dia kalau jumpa . Tak kiralah depan orang ke tak aku cincang . Min Young , kau tak takut ke dia ambil crush kau ? Crush kesayangan lagi tu ? "soal Eun Hye. (EUN HYE atau dikenali sebagai YOON EUN HYE , ialah seorang penolong kumpulan 'Spicy Girl' dan seorang kawan yang sangat rapat dengan Min Young ketika dia masih kecil lagi . Eun Hye juga seorang pelajar yang pandai dan comel dan seoarang penyiasat yang suka menyiasat tentang latar belakang orang lain).

         "Nama dia Park Han Byul . Ayah ada sebuah syarikat makanan kat London. Cantik jugalah , tetapi cantik-cantik Han Byul cantik lagi Min Young aku . Hehehe ." sampuk Eun Soo yang dari tadi asyik bermai telefonnya . (EUN SOO atau dikenali sebagai LEE EUN SOO , ialah seorang yang cantik , peramah dan baik . Eun Soo juga seorang yang suka mengikut keadaan orang lain . Jika kawannya marah , dia pun turut marah sekali , kalau gembira dia pun gembira . Tetapi Eun Soo seorang yang berbeza sikit daripada kawan-kawannya yang keras kepala).

         "Macam mana kau tahu ? Tak pernah aku tengok kau macam ni ? Ambil tahu pula kau kali ini . Selalunya bab-bab macam ni Eun Hye yang cepat tapi tak , kau rupanya ." kata Min Young.

        "Aku tengok kat laman web sekolah lah . Tak nampak ni aku main telefon . Kan pelajar berita sekolah ini kan suka 'update' perkara-perkara baru ." terang Eun Soo dengan jelasnya.

        "Ouhh , si So Hyun  dengan Geun Young ke ? Ermm.. patutlah . Boleh aku buatkan kau jadi pembantu penyiasat aku ? Dah pandai kan sekarang stalk orang ni ?" soal Eun Hye dengan nada ketawa yang beringan.

       "Ehh.. mestilah aku nak . Dah lama aku tunggu kau cakap dan akhirnya kau cakap juga. Ada gaji ke upah ke ? Ada tak ?" kata Eun Soo.

       "Sudah lah korang ni , buat lawak pulak nak cari pembantu bagai . Bukannya nak tolong aku tapi tolong serabut kan kepala aku lagi . Hehhh ! " marah Min Young sampai kata-kata Eun Soo tadi terhenti.

        "Okay, kitorang faham . Kitorang diam . Tak nak cakap benda yang boleh serabut kan kepala kau lagi dah . " kata Eun Hye sambil melihat wajah Eun Soo .

Just You and MeWhere stories live. Discover now