Bismillah...
Hmmmm..
Pada tahun Ini tak banyak benda aku ingat,
Tapi yang penting pada tahun Ini banyak kenangan manis dengan arwah makcik aku (My ndah) makcik aku ni tegas orangya dan garang, Tapi apa yang best tentang makcik Aku ni dia sangat penyayang dan perihatin, aku masih ingat lagi waktu aku demam, Tapi bab ni berlaku pada tahun 2012, Tapi nanti aku ceta.Pada tahun ni juga aku start mengaji dengan makcik aku yang satu lagi, makcik aku yang ni garang gila oi!
Ok arh.. sebenarnya aku ada 5 orang makcik, dorang ni kakak Bapa aku, Bapa aku pula anak bongsu,Tahun ni kami sekeluarga masih tinggal di perkampungan tanpa lesen (setinggan) almaklum ekonomi kami Pada waktu tu lemah, nak beli beras pun payah apatah lagi nak beli ais potong (patah)
Kami budak budak leleh hingus masa tu menggelar ais potong ni ais patah, kerana keadaan ais itu boleh di belah atau di patahkan sahaja, jadi jimatnya beli satu dua orang boleh makan dengan harga serendah 20sen, apa yang paling peliknya pada zaman hingus aku ni semua berpandukan warna, si perempuan akan pilih ais potong warna pink, lelaki pula akan pilih warna biru, kalau si lelaki memilih atau secara tak sengaja 'ter'pilih warna pink maka akan dijadikan bahan ejekan, kaum cucu hawa akan memanggilnya 'PONDAN' dan kalau perempuan memilih ais potong warna biru maka kaum cucu adam akan memanggilnya 'TOMBOY'Gilak! Hahahaha..bila aku nampak ais potong ni 'kompom' aku sengih, Hahaha
Cerita pasal ais potong ni ada satu lagi yang jadi saingan ais potong pada waktu itu iaitu 'ice candy' Tapi kami sebut 'aiskendi' aiskendi Ini sangat popular berbanding ais potong, Ini kerana harga aiskendi lebih murah berbanding ais potong, dengan hanya beza 10sen, dan tidak ada kekeliruan yang menyebabkan perkauman kanak kanak pada waktu itu, Ini kerana bukan sekadar harganya yang murah tetapi rasanya juga sedap dengan pelbagai perisa, perisa milo, durian, mangga, oren, dan sebagainya, Tapi perisa milo yang paling laris,
Ini baru cerita ais potong (patah) dan ice candy (aiskendi) belum lagi waktu kami mengaji,
Hehehe...
