RASULULLAH

150 8 2
                                    

Hari yang ditunggu telah tiba
Dia seorang yang jujur dan sangat
Sayangkan akan umatnya
Walaupun beribu batu berdakwah
Kerana cintaNya kepada kita
Dia tetap tempuhi dengan tabah

Walaupun kau dicaci dan dihina
Tetapi Kau tetap memaafkannya
Sungguh mulianya engkau
Wahai Rasulullah
Tidak pernah lelah dalam berjuang untuk membela agama dan umatmu

Ya Rasulullah
Kami sangat merinduimu
Walaupun tidak pernah bersua
Engkau selalu merindui kami

Ya Rasulullah yang sangat dirindui
Adakah suatu hari kami dapat berjumpa denganmu?
Layakkah kami Ya Rasulullah
Kami seorang hamba yang hina
Yang sentiasa melakukan dosa
Di dunia ini

Sekiranya Engkau ada di sini
Betapa gembiranya umatmu ini
Ya Rasulullah
Tetapi kami selalu khilaf dengan diri kami ini
Tentu engkau sangat bersedih dengan keadaan kami

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Izinkan kami mencintaimu
Harap diri ini dapat berjuang sepertimu dan mengharapkan
Keredhaan dari illahi

Selamat hari jadi kekasih Allah

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 12, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dari hati ke hatiWhere stories live. Discover now