3

226 14 1
                                    

"Uekkkk" entah sudah kali ke berapa Puteri Yein muntah hari ni. "Puteri, kau okey ke? Kalau tak, aku akan panggil Perawat Kim" kata Pengawal Jeon dengan risau.

"Aku okey" balas Puteri Yein sambil tersenyum namun Pengawal Jeon tetap memanggil Perawat Kim.

Perawat Kim ialah abang kepada Pengawal Kim, jadi itulah yang menyebabkan Pengawal Jeon percaya pada Perawat Kim.

Tambah lagi, Perawat Kim telah merawat Ratu Seohyun ketika Ratu menghidap penyakit yang boleh menyebabkan maut.

"Tuan Puteri, bagaimana ini boleh terjadi?" Tanya Perawat Kim dengan risau. "Mengapa? Adakah Puteri Yein menghidap penyakit yang serius?" Tanya Pengawal Jeon.

"Tidak, tetapi aku rasa kau mungkin dibunuh oleh Raja Yonghwa kalau dia tahu tentang ini"

"Mengapa, Perawat Kim?" Tanya Puteri Yein.

"Tuan Puteri, kau mengandung 4 minggu" balas Perawat Kim.

Puteri Yein dan Pengawal Jeon berasa gembira mendengar berita tersebut, namun, jika Raja tahu tentang ini tentu Pengawal Jeon akan dibunuh kerana telah menyentuh anaknya.

"Lebih baik kalau kamu berdua lari ke kerajaan lain. Raja Yonghwa mungkin menemui kamu berdua di sini"

"Baiklah" balas Puteri Yein. Tetapi, ketika itu juga, pintu rumah tersebut di tumbangkan oleh beberapa pengawal diraja.

Mereka berjaya menangkap mereka berdua dan mereka dibawa kembali ke istana.

"Pengawal Jeon! Kau telah mengabaikan amaran ku, malah pengawal juga memberitahu bahawa kau telah membuat anak ku mengandung!" Jerit Raja Yonghwa lalu menumbuk Pengawal Jeon.

"Maafkan aku, Tuanku" ucap Pengawal Jeon.

Ratu Seohyun pula menenangkan Puteri Yein yang menangis apabila melihat kekasihnya ditumbuk oleh ayahnya.

"Ayahanda, hentikanlah. Pengawal Jeon tidak bersalah. Aku lah yang salah, aku yang memaksanya untuk membawa aku lari" kata Puteri Yein sambil menangis.

"Letakkan Pengawal Jeon ke dalam penjara dan jangan rawat luka-lukanya" perintah Raja Yonghwa.

Tentu saja Ratu Seohyun berasa marah kepada Pengawal Jeon, tetapi dia berasa luka Pengawal Jeon patut dirawat.

"Raja Yonghwa, aku berasa lukanya patut dirawat. Dia berdarah dengan teruk sekali"

"Biarkan saja. Biar dia mati kehilangan darah"

"Ayahanda, tolonglah. Jangan bunuh Pengawal Jeon. Adakah kamu tiada rasa kasihan pada cucu mu? Kalau Pengawal Jeon mati, cucu mu akan hidup tanpa seorang ayah" tangis Puteri Yein.

"General Choi akan menggantikan Pengawal Jeon sebagai ayahnya. Kahwin saja bersama General Choi, itulah pilihan yang terbaik bagi mu" balas Raja Yonghwa.

"Jika ayahanda tidak membenarkan aku berkahwin dengan Pengawal Jeon, ayahanda akan kehilangan anak perempuan mu yang ayah sayang" kata Puteri Yein sambil meletakkan pisau di tengkuknya.

"Yein!" Jerit Ratu Seohyun.

"Tolonglah, demi lelaki jahanam itu, kau sanggup membunuh diri?!" Jerit Raja Yonghwa dengan risau.

"Anakanda tak kisah lagi. Ayahanda bunuhlah Pengawal Jeon, supaya lebih senang aku membunuh diri"

"Puteri Yein! Janganlah!" Jerit abang sulung Puteri Yein, Putera Daehyun.

"Ayahanda, ikut saja kemahuan Puteri Yein. Lagipun, Pengawal Jeon itu seorang lelaki yang baik. Anakanda pasti Pengawal Jeon akan menjaga Puteri Yein dengan baik walaupun dia hanyalah seorang ketua pengawal" kata anak Raja yang ke-2, Putera Hoseok.

"Baiklah, ayahanda merestui hubungan mu bersama Pengawal Jeon"

9 bulan kemudian..

Walaupun ia mengambil masa yang lama untuk menerima Pengawal Jeon, Raja Yonghwa akhirnya menerima Pengawal Jeon sebagai menantunya.

"Wahh cucu-cucu ku comel betul!" Ucap Raja Yonghwa apabila melihat anak-anak Puteri Yein dan Pengawal Jeon, yang sekarang ialah Putera Jeon kerana telah menikahi Puteri Yein.

"Namanya Jeon JungIn dan Jeon KookIn" kata Putera Jeon.

Yup, Puteri Yein rupa-rupanya mengandung dengan kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Si perempuan ialah anak sulung manakala anak lelaki pula ialah anak bongsu.

"Puteri JungIn dan Putera KookIn. Hehe cantiklah nama mereka" kata Putera Daehyun yang sudah pun menjadi pengganti ayahnya.

"Wahai Raja Daehyun, bilakah anakanda akan memberi ku cucu lagi?" Tanya Ratu Seohyun.

"Hehe sebenarnya, Ratu Sooyeon sudah pun mengandung" balas Raja Daehyun.

"Wow! Tahniah, kekanda. Sekarang aku akan menjadi pak cik kepada anak mu" ucap Putera Hoseok.

"Kau juga akan menjadi seorang ayah" kata Puteri Yura(isteri Putera Hoseok) sambil ketawa.

"Apa?!" Lalu Putera Hoseok pun hampir pengsan. "Wahh banyaknya kejutan hari ni" kata Puteri Yein sambil membawa Putera KookIn di dalam pelukkannya.

"Nampaknya Tuhan telah anugerahkan kita dengan banyak cucu" kata Raja Yonghwa sambil memandang Ratu Seohyun.

"Pasti kerajaan kita akan menjadi sangat bahagia" sambung Putera Jungkook.

2 minggu kemudian..

"Kook, Aku berjaya!" Jerit Pengawal Kim dengan bahagia.

"Tahniah, Pengawal Kim" ucap Putera Jeon.

"General Kim lah" kata Pengawal Kim yang kini menjadi General Kim. Sementara itu, Pengawal Yoo telah dinaikkan pangkat menjadi Leftenant Pengawal.

"Selamat pagi, Leftenant Pengawal Yoo" ucap General Kim. "Aku dengar kau bercakap dengan Putera Jeon menggunakan bahasa yang tidak formal" kata Leftenant Pengawal Yoo dengan tegas.

"Tentulah dia boleh bercakap dengan aku secara tidak formal, dia sahabat ku. Jadi, sebelum kau marah kat General Kim, kau fikir dulu. Kalau dia lapor kat aku yang kau marah dia, kau akan dihukum" kata Putera Jeon.

"Bb-baiklah Tuan Putera" balas Leftenant Pengawal Yoo dengan ketakutan. "Wahh Putera Jeon memang hebat!" Tiba-tiba saja Encik Lee muncul.

Encik Lee ialah setiausaha kepada Raja Yonghwa dan Raja Daehyun. "Encik Lee! Aku rindu kat kau" kata General Kim lalu memeluk Encik Lee.

"Hahaha..aku sibuk beberapa hari ni sebab Raja Daehyun memerintahkan aku untuk menjaga Ratu Sooyeon"

"Kasihan betul kat Encik Lee. Mesti penat" kata Putera Jeon sambil bermain dengan rambut Encik Lee.

"Berhenti main dengan rambut ku" marah Encik Lee.

"Puteri Yein memanggil mu" kata Cik Sujeong.

"Baiklah"

Di bilik Puteri Yein..

"Mengapa Tuan Puteri mencari ku?"

"Janganlah panggil ku Tuan Puteri lagi. Kita kan suami isteri"

"Hehe maafkan aku"

"Aku rindukan kau" ucap Puteri Yein.

"Kan kita baru saja bertemu pagi tadi" balas Putera Jeon sambil ketawa.

"Jangan ejek aku"

"Hehe..kamu janganlah rindukan aku. Malam nanti, kita kan akan berjumpa lagi" kata Putera Jeon sambil memeluk Puteri Yein.

"Aku cintakan kau"

"Aku juga cintakan kau"

------------------------------------------

Author : yay! Happy ending..hehe author terpaksa end crita ni cepat sebab author sibuk. Jangan lupa vote, k?

Perawat Kim - Jin (bts)
Putera/Raja Daehyun - Daehyun (B.A.P)
Putera Hoseok - Jhope (bts)
Ratu Sooyeon - Jessica (snsd)
Puteri Yura - Yura (girls day)

Hubungan TerlarangWhere stories live. Discover now