Matanya berat untuk dibuka tapi digagahkan juga untuk buka. Suatu cahaya memancar masuk menyebabkan dia tidak boleh lagi untuk membuka matanya lagi. Dia bangun perlahan lantai yang tadi menjadi tilam dia meletakkan tapak tangannya. Sejuk.
" Aku kat mana ni?" Soalnya mengharap sesiapa akan memberi jawapan.
Ruangan itu seluruhnya putih,terbentang luas tetapi hanya dia berpakain hijau muda,bertudung labuh,rasanya berpurda.
Dihadapan muncul tubuh seseorang tetapi matanya masih lagi kabur dan seperti ada dua susuk tubuh yang berada dihadapannya jarak antara mereka seperti dua depa.
Dia pergi ke satu tubuh seakan dia mengenali tubuh itu. Semakin dekat dia dengan tubuh itu semakin hilang tubuh itu.Dia mula berlari taknak ditinggalkan pabila sahaja dia sampai betul dihadapan tubuh itu,tubuh itu terus menjadi cebisan cahaya dan terbang.
Dia melihat cahaya itu,kakinya menjadi lemah dan secara spontan dia terduduk sambil menundukkan kapalanya. Mata dam pipinya terasa basah. Pelik."Apa benda ni, Ya Allah?" Dia memegang mukanya terkejut. Tangisan itu semakin kuat. Dia tidak tahu mengapa jadi seperti ini.
Aaahhhh!!
Terasa sebak didadanya. Hanya pertanyaan...
"kenapa aku jadi macam ni sebelum mata aku takpernah keluarkan sebarang air."
Yang ada dibenaknya.
Dalam keesakkan menangisnya itu,dia merasakan bahunya disentuh dari belakang,dia tersentak. Perlahan dia mengangkat kepalanya dengan sisa tangisannya tadi.
"Qaisarah?" Suara yang sayup itu membuatkan matanya membesar terus dia berpaling kebelakang sambil...
"Abang!"
Suasana menjadi putih semula.....
YOU ARE READING
Dia, Miss Tr
RomanceDi takdirkan oleh Tuhan untuk tidak mempunyai muka yang sama seperti manusia lain iaitu takde reaction, kenapa? Sebab......