I LOVE YOU -EP4-

292 16 3
                                    

"Ji..Ji hyo.."
"KAU!!"
"Aku..aku minta maaf.."
"Kau hancurkan impian aku..apa salah aku?adakah aku bersalah kerana aku orang miskin?apa aku bersalah-"
"Berhenti Ji hyo-ssi.."
"Kenapa?kenapa kau suruh aku berhenti?bukan ke itu kebenarannya?haha..aku baru ingat..aku yakin kau orang kaya kan..sebab itulah kau dengan mudahnya buat aku begini..orang kaya selalu menindas orang miskin..kenapa dunia ini terlalu kejam?"
"Kau salah Ji hyo-ssi..bukan semua orang kaya suka menindas orang miskin.."
"Pergi!!"
"Aku tak akan pergi selagi kau tak sihat.."
"Kenapa?!!"
"Sebab ini salah aku..jika kau nak minta kaki aku,aku boleh bagi kaki aku untuk kau.."
"Kenapa?!!kena-"

Melihat Ji hyo meracau seperti itu,Kai terus memeluk Ji hyo..dan entah mengapa,Ji hyo merasa begitu tenang..racauannya berhenti..

"Biarkan aku menjaga kau..aku janji..jika perlu aku gantikan kaki aku untuk kebaikan kau,aku sanggup..jika aku pergi meninggalkan kau dalam keadaan sekarang,aku tak kisah jika kau benci aku sehingga ke anak cucu aku..tapi percayalah,aku akan sentiasa menemani kau mulai sekarang.."

Ji hyo merasakan ada sesuatu yang berlaku kepadanya..dia begitu tenang dalam pelukan Kai..pelukan Kai seperti pelukan ayahnya..dan dia juga pernah merasakan pelukan ini..pelukan ini begitu hangat dan dia merasa begitu selamat..dan entah mengapa,matanya terasa begitu berat..Kai dapat mendengar  nafas Ji hyo kini semakin teratur..

"Jalja Ji hyo..percayalah..aku tak akan pernah meninggalkanmu....lagi...buat masa sekarang..."

Kai mencium dahi Ji hyo lama...kemudian dia menggenggam tangan Ji hyo dan menatap wajah Ji hyo dengan tatapan kerinduan dan bersalah...

"Kau tak pernah berubah Ji hyo...impian kau tetap sama walaupun selepas kepergian appa kau...dan maafkan aku merenggut kebahagian kau untuk kali kedua...dan maafkan kerana tak dapat memenuhi kehendakmu iaitu pergi dari hidup kau walaupun aku tahu kau dah melupai aku dan segala memori saat kita bersama....dahulu....biarkan kali ini aku bersamamu sehingga kau sembuh dan selepas itu aku akan pergi lagi...aku janji.."

Kai kemudian mencium tangan Ji hyo...

"Aku merindukanmu Song Ji hyo...my beautiful ballerina..."

Kai melepaskan genggaman tangannya dari Ji hyo ketika mendengar pintu bilik wad Ji hyo terbuka..dilihatnya Joong ki bersama seorang wanita yang mungkin berumur sudah memasuki  setengah abad tetapi tetap awet muda mendekati Ji hyo dengan raut wajah yang risau...

"Kai sunbae..macam mana keadaan noona saya?"
"Dia baik-baik saja..."

Kai mendekati Puan Song yang sedang mengusap lembut rambut Ji hyo...

"Puan Song...maafkan saya kerana membuat keadaan anak anda begitu.."

Kai menunduk 90 darjah...Puan Song yang tadi tengah mengusap lembut rambut Ji hyo beralih menatap Kai...

"Gwenchana...saya tahu awak tak sengaja..."

Kai terkejut melihat Puan Song yang tersenyum hangat kepadanya...indah...itulah kata-kata yang dapat dikatakan jika melihat angelic smile Puan Song yang diwarisi oleh Ji hyo kini...dia yakin sesiapa yang melihat senyuman itu akan jatuh cinta terus...betapa dia merindui senyuman itu dahulu...jika boleh dia ingin kembali ke masa lalu dan memperbaiki kesilapannya dulu..tanpa disedarinya,dia duduk melutut di hadapan Puan Song sehingga membuatkan Joong ki dan Puan Song terkejut....

"Sunbae!!"

Dengan segera,Joong ki menarik sebelah tangan Kai untuk menyuruh Kai berdiri....

"Sunbae...jangan begini...kami tahu ini bukan kesalahan sunbae 100 peratus..jebal bangun sunbae..jika sunbae terus begini,kami juga akan merasa bersalah.."

Dengan perlahan,Kai berdiri dibantu oleh Joong ki...Kai menatap manik hazel Puan Song yang mirip Ji hyo ketika Puan Song memegang kedua bahunya...

"Awak kenapa?"
"Jebal izinkan saya menjaga anak Puan sehingga dia sembuh....jebal jangan tolak permintaan saya kerana hanya dengan ini saya dapat menebus rasa bersalah saya..."
"............huh...baiklah..."

Tanpa mereka sedari,seseorang memerhati mereka sejak tadi semenjak Ji hyo meracau dalam pelukan Kai...dia memndang sendu pemandangan di dalam bilik tersebut.....

"Siapa sebenarnya Kai dalam masa lalu kau Song Ji hyo?"

Kemudian,seseorang itu pergi meninggalkan bilik tersebut dengan perasaan yang bercampur baur...
.
.
.
.
"Kau dah ikut aku kemanapun aku pergi..jika boleh,ke tandas pun kau nak ikut...sekarang kau pindah ke sekolah aku semata-mata nak jaga aku?"
"Ya....aku dah berjanji untuk menjaga kau sampai kau sihat...untuk memudahkannya,aku berpindah sekolah walaupun aku tak begitu meminati sekolah elit macam nie..."
"Bukanke semua orang kaya suka bersekolah di sekolah macam ini?"
"Tak...tidak semuanya.."
"Tipulah..."
"Tak...itulah kenyataannya...buktinya adalah aku..aku lebih suka di sekolah biasa seperti sekolah lama aku kerana di situ mereka tidak tahu identiti aku dan mereka berkawan dengan aku kerana aku adalah Kim Kai...bukan Kim Jongin anak kepada jutawan Kim Soo roo.."
"Kim...Jong...in....Kim...Soo...Roo...?kenapa..."

Entah kenapa Ji hyo merasakan dia seperti mengenali 2 orang yang memiliki nama itu...tanpa dia sedari,Kai menatap Ji hyo l dengan pandangan yang sulit diartikan...Ingin Ji hyo bertanya banyak lagi soalan tetapi bunyi loceng menandakan tamat waktu rehat membantutkan niatnya..
 
"Ji...Ji hyo..."

Suara seseorang membuatkan Ji hyo dan Kai menoleh ke arah sumber suara...di situ,D.O berdiri menatap Ji hyo..

"Apa yang kau nak D.O-ssi?"
"Aku nak berbicara dengan kau Ji hyo..."
"Kai....kita ke kelas sekarang..."
"Ji hyo...jebal..."
"Palli Kai..loceng rehat dah berbunyi...."
"Hmm..Mianhe D.O-ssi...kami hendak ke kelas sekarang.."

Kai yang masih tidak tahu apa-apa hanya menyorong kerusi roda Ji hyo...walaupun Ji hyo merasa bersalah akan D.O,tapi dia masih kesal dengan kejadian 2 minggu lalu...selama 2 minggu ini,D.O masih berusaha untuk berbicara dengan Ji hyo dan selama 2 minggu ini,Ji hyo menjadikan Kai sebagai kakinya untuk melarikan diri dari D.O...walau ada rasa bersalah menggunakan Kai...tetapi bukankah itu kehendak Kai sendiri.. Kini,D.O hanya mampu memandang kepergian Kai dan Ji hyo dengan tatapan terluka...

"Tidakkah kau ingat siapa sebenarnya Kai pada masa lalu kau Ji hyo?tidakkah dia watak jahat dalam cerita kehidupan kau Ji hyo?Tidakkah dia yang merenggut segala kebahagian dan impian kau?Bukankah dia yang sepatutnya kau hindari dan benci?bukankah sepatutnya begitu Song Ji hyo?tetapi kenapa harus menempuhi semua ini?kenapa Song Ji hyo?!!bukankah aku seharusnya membencimu tetapi mengapa malah berbalik?!!arghhh...kau membuat aku gila Song Ji hyo...."

Gumam D.O entah kepada siapa kemudian dia berjalan lemah menuju kelasnya...
.
.
.
.
.
#tbc @ end?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 19, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I LOVE YOUWhere stories live. Discover now