ep3

73 2 0
                                    

"Turunkan aku kat sini! " kata hyomin. "Saya takkan turunkan. Tau tak bahaya!" Kata kai. Hyomin mencebik. Nasib lah dia bodyguard. Kalau dia lawan nanti appa marah.

Sesampai sahaja di sekolah. Kai meletakkan motor berkuasa tingginya di tempat parking sekolah .dia pun turun. Begitu juga hyomin.

" eh jap, bawakkan beg aku nih. " kata hyomin. Kai hanya menurut sahaja."aku akan pastikan kau rasa benci nak jadi bodyguard aku. Hahahahah! " kata hyomin dalam hati. Dia pon berjalan menuju ke dalam sekolah.

Pelajar perempuan mula tergedik gedik melihat kai. Ada yang menyangka kai adalah namchin hyomin. Kai cukup kacak dan segak di mata mereka.

Sesampai di taman, tempat lepak hyomin, rakan rakan hyomin mula cair melihat kai. "Sapa tu hyomin?" Kata so yeon. "Nanti aku bagitahu." Kata hyomin. Dia mengambil begnya dari kai. "Ok. Sekarang kau boleh pergi. " kata hyomin. "Appa awak kata jangan tinggalkan awak selagi mampu. " kata kai.

"Habis tu kalau aku dalam tandas pun kau nak ikut? Agak agak la wei. Kat sini ramai lelaki, kau boleh kawan.buat cara kau sekolah. "Kata hyomin. Rakan rakannya agak terkejut dengan kata kata hyomin.

"Jom korang. Masuk kelas." Kata hyomin. Dia pon masuk ke dalam kelas. Kai pula menuju ke arah pejabat untuk mengetahui kelas kerana dia pelajar baru.

Kelas 5 sunshine jadi senyap selepas mr. Gary masuk ke dalam kelas.

"Ok semua, hari ni kita ada pelajar baru. " kata mr gary. Hyomin tak sangka itu kai.kenapa mesti satu kelas dengan dia?"Ok perkenalkan diri kamu. " kata mr gary.

"Annyeonghaseyo, naneun kim jong in imnida, boleh panggil kai." Kata kai dan membuat senyuman paling 'sweet' sekali sehingga mencair kan pelajar perempuan di dalam kelasnya. "Ok kai,awak duduk lah mana mana kerusi yang kosong ." Kata mr. Gary.

Di belakang meja hyomin kebetulan ada satu kerusi kosong. Kai menuju ke tempat itu dan duduk. Hyomin hanya menjeling melihat kai."makin susah lah apa aku nak buat lepas ni." Kata hyomin.

"Kringgg"

Lonceng tamat sekolah berbunyi. Hyomin berjalan meninggalkan kai.kai cepat cepat mengejar hyomin. Tiba tiba krystal datang dan menegur kai. "Hai.saya krystal "kata krystal sambil menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan kai. Hyomin hanya mencebik.

"Kai." Kai tidak membalas huluran tangan krystal. Krystal malu. Dia pon menurunkan tangannya .

"Apa apapun selamat berkenalan. " kata krystal dengan lembut. "Eh kai. Jom balik. Mesti laparkan. Datang lah rumah saya jom!" Kata hyomin dan menarik tangan kai sambil tersenyum sinis kearah krystal. Krystal bertambah geram." Dulu mingyu sekarang kai. Ok takpe. Kita tengok sapa pemenangnya kali ni."kata krystal.

Hyomin menarik tangan kai. Sampai Di motor kai, hyomin melepaskan tangan kai. "Dengar sini, aku tak suka kau bercakap dengan krystal. Dia tu musuh utama aku. Lagi satu jangan panggil 'awak ' 'saya'.tak selesa langsung .panggil 'kau' 'aku' je. dan jangan bagitahu orang yang kita duduk satu rumah. Faham?" Kata hyomin panjang lebar.

"Ok, aku faham. " kata kai. Mereka pon pulang ke sekolah bersama sama.

Sampai sahaja di rumah, hyomin melihat bilik tetamu bertukar menjadi bilik kai.dia mengeluh. Lagi susah untuk dia terima apabila bilik itu bersebelahan dengan biliknya.

"Ni bodyguard aku ke, abang baru aku?"kata hyomin dalam hati. Kebiasaannya bodyguard yang pakai sut mewah, lepas tu berkaca mata hitam dan mengiringi hyomin bila perlu. Tapi silap. Bodyguard ni menjadi 'spesial' sangat sehingga ada bilik di rumahnya.

Seperti kebiasaan appa hyomin akan pulang lewat. Hyomin pasti akan membeli sesuatu di luar. Dia menjenguk ke bilik kai. Senyap. Lantak lah apa yang dia buat pun. Dia pun turun ke bawah dan memakai kasut.

Tiba tiba ada satu tangan memegang dia. "Arghhh!!"hyomin menjerit kerana terkejut .tangan itu menutup mulutnya. "Eh kenapa jerit ni.ni aku lah kai. " kata kai. "Hyomin membuka matanya."ish buat terkejut je lah kau nih." Kata hyomin. Kai gelak. Untuk pertama kalinya hyomin melihat kai gelak. Sangat comel. "Jangan cair, hyomin"dia berkata di dalam hati.

"Nak pergi mana ni?" Kata kai. "Nak pergi beli makanan. "Kata hyomin. "Ouh, biar aku teman. "Kata kai. "Emm yelah."kata hyomin. Dia menunggu kai bersiap.

Sedang hyomin menunggu kai bersiap .ada sepasang mata sedang memerhati gerak geri hyomin. Dia tersenyum sinis. "Aku akan pastikan kau dengan appa kau berada dalam zon bahaya. " kata lelaki itu dan gelak yang amat menakutkan jika didengari.

Done ep 3 .hope korang enjoy baca cerita ni. Nak tahu siapa lelaki itu? Tunggu ep seterusnya ..☺

My Bodyguard Where stories live. Discover now