"dikmi , cepat bangun kitorang dh siap ni , dh bangun belum??" kuat dengar suara acu dari luar bilik
"ye2 dh bangun ni" berat mata ni macam ada batu , lepas subuh sambung tidur jadi macam ni la
hari ni keluar shopping dengan semua , minggu depan dah start sem baru so sedia kan semua barang2 . semangat nak masuk sem baru ni bukan main best , dah boleh bawak kereta sendiri dah boleh duduk luar dari kolej , hm bab nak dok luar ni kena tanya yati dulu so tak confirm lagi .
'hai cik yati , nanti kita sewa rumah kat luar nak :)?' - mia
'hai cik mia , hm best ke dok luar?' - yati
'best la ,bebas kan ' - mia
'cik mia , awk tu perempuan jgn fikir bebas je , mama papa kau tahu ke?dorg kasi?' - yati
'tak tahu , aku tak bagitahu lagi' - mia
'kita dok kolej jela mia , dok kolej best la . boring2 boleh keluar bual2 dengan bilik sebelah dua belah . hehe' - yati
'ish kau ni , aku serious la . kau serious sikit boleh tak' - mia
'ala kau ni , emo sgt kenapa?period ek? ok2 , aku serious . aku rasa kita dok kolej dulu la sem ni , kita baru nak masuk sem 2 . relax aarr nak bebas pon , ada lagi 4 sem kan . mcm mana??' - yati
'hm yela3 aku ikut kau' - mia
'ha bagus la , sbb tu aku syg kau.hehe' - yati
'tak payah syg sgt la kau tu . hm nanti pegi awal sikit tau takut tak de bilik 2 org pulak' - mia
'kenapa bilik 2 org? rina mcm mana?' - yati
'dia course lain kan , sem ni intake ramai' - mia
'baik la cik mia , kau makan tebuan ek hari ni . garang nau . sikit2 marah' - yati
'tak la cik yati syg , i mkn daging harimau hari ni ' - mia
*************
dengan bersusah payah datang awal dapat jugak bilik 2 org , kalau dapat bilik lain memang aku sewa rumah luar kolej dah , nasib yati baik . lepas ingat kejadian sem lepas tu aku tak nak dh roomate lain , cukup si yati sorang . sem ni aku drive kereta datang sini sendiri , so walau dok kolej pon bebas jugak la .
lepas je check in bilik aku ambil bahagian daftar kelas , yati pulak bahagian kemas bilik . aku bukan nak memuji la tapi si yati ni memang rajin betul mengemas , salah 1 sebab aku suka dia jadi roomate aku . kebersihan terjamin . haha
"wei nasib kita baik la , ngam2 aku daftar nama kita , kelas tu full . kalau tak memang dok kelas lain la kita sem ni"
"kau la lambat daftar , buat ape entah kat rumah tu sampai boleh lupa , layan boyfriend je tau" eh yati ni salah aku pulak , dia pon tak daftar jugak
"salah aku pulak , kau pon sama la layan boyfriend je tau"
"aku mana ada boyfriend"
"ha aku pon tak de"
"ok tak pe la"
"ha ok la" aku tahan senyum , malas betul layan si yati ni
sem ni subject aku kurang 1 dari sem lepas , nak kata relax tu tak jugak la sebab semua subject boleh buat aku terjun bangunan . mana tak nya 2 subject je baca yg lain semua mengira , korang rase??? memang merangkak la kalau jadual exam padat ni , mahu tertukar habis formula nanti .
********
dah habis first kelas , mengantuk betul kelas pagi ni . yati sempat je buat tahi mata tadi , tapi tak pe la budak dekan tidur la macam mana pon dapat result gempak jugak , jealous aku .lagi 3 jam nak habis sesi kelas pagi ni , berat je kaki nak melangkah masuk kelas mengira .
YOU ARE READING
Aku..
RandomKalau aku boleh buang perasaan ini,dah lama aku buang. Aku bukan manusia ajaib yg boleh mengubah keadaan dengan hanya memetik jari. Korang akan tahu bila korang jadi aku /.