Pergh!!! Busuk seyh. Bau kentot memang cam lakhanat.
Tapi nak buat macam mana. Fitrah manusia kan. Mana boleh kita nak lawan. Ye dok?
Tak caya tanyalah ustaz. Nak tanya ustaz mana? Tanya ustaz Certot lah.
Apahal tanya Ustaz Certot? Kenapa bukan ustaz lain?
Sebab Certot suka terkentot.
Muahahaha...Krik, krik, krik
Okay, fine. Lawak hambar. Gelaklah sikit. Jaga hati. Tu pun nak kene beritahu.
Certot ni dulu budak baik. Tapi dia selalu ditindas. Kene buli. Kene uli. Kena peduli pasal hal orang lain.
Kesian.Tapi pada suatu hari tu. Dia telah melihat sekeliling sekolahnya, rumahnya, kampungnya, bandarnya, negaranya. Jadi dia telah menyalakan idea.
Dengan kudrat yang ada. Dia menelan kebenaran. Menggigit pembohongan dan Mengunyah ragam. Semua itu tercerna dalam perutnya.
Lalu, dia mencari sehelai kertas. Segala hasil cernaan tadi dikentotkan pada kertas. Maka tersimpanlah hasil cernaan perutnya pada sehelai kertas.
Kemudian, dia menerbangkan kertas itu melayang di udara. Dia melakukan semua itu kerana berasa yakin hasil cernaannya pada kertas yang melayang, akan mengubah dunia.
Setiap hari dia lakukan perkara yang sama. Tanpa rasa jemu. Sehinggalah perubahan mula terlihat pada dunia.
Dan semua orang yang melihat, mula mengikuti jejak langkah certot. Melepaskan hasil cernaan mereka diatas kertas ke udara.
Mereka menamakan hasil cernaan pada kertas itu sebagai certot. Sempena nama certot yang mengasaskan aktiviti itu.
Jadi semua boleh menghidu certot walau dimana-mana pon.
Maka, selamat menghidu certot-certot Encik Kurita yang akan datang. Sesi pengenalan dah tamat. Peacezzz yooo...
YOU ARE READING
Certot Terkentot
Short StoryBaca jer lah nak. Takyah nak berdescription sangat. Takde bende nak di jelas atau gambarkan. Baca baru tahu. Kalau tak tahu. Aku pun tak tahu. Tahu-tahu sendiri jer lah ye. Tapi yang penting tahu goreng cecah sambal sedap. Muktamad. Noktah.