JJK-5

346 31 4
                                    

Aku menggerak-gerakkan jariku. Jariku menyentuh sesuatu yang lembut. Rasanya seperti rambut. Aku perlahan-lahan menoleh ke tepi. Aku tersenyum lemah.

Jimin.

Dan dibelakangnya iaitu di sofa aku dapat lihat seseorang yang berambut silver sedang tidur. Siapa tu?

Aku mengusap kepala Jimin perlahan.

"Oh? Jungkook-sshi?" Jimin terbangun dari tidurnya. Aku menghadiahkan sebuah senyum lemah kepadanya.

"Tunggu tau! Aku panggil doktor kejap!" Aku mengangguk. Dia segera berlari mencari doktor. Aku sekali lagi tersenyum.

Sayang betul Jimin dekat aku.

"Baiklah Jungkook, keadaan awak sudah semakin pulih, jangan lupa makan ubat ikut waktu yang ditetapkan. Kalau tak ada apa-apa lusa awak dah boleh balik." Jelas Doktor Minho panjang lebar kepadaku.

"Kamsahamnida." Balas ku lemah.

Aku kembali termenung memikirkan mimpi ku tadi. Aku jumpa hyung. Kenapa hyung suruh aku teruskan hidup?

Kenapa aku tak mati je masa kemalangan tu?

"Oii" Aku menoleh ke sisi. Jimin sedang tersenyum riang melihat ku. Aigoo.

"Oh Jungkook, ni Suga hyung." Jimin kenalkan kawannya yang berambut silver itu kepada ku. Aku pin mengangguk.

"Lusa kau balik rumah aku eh?" Soal Jimin. Tapi soalannya itu lebih kepada ajakan.

Aku tersenyum lemah sebelum berkata. "Tak boleh Jimin-ah. Aku kena balik rumah appa aku." Jimin kelihatan hampa.

"Ouh. Hm. Ok." Balas Jimin. Kedua dua kami senyap buat seketika.

"Jungkook! Ni hyung ada bawakan makanan!" Aku menoleh ke arah pintu. Kelihatan Jin hyung dan 3 orang kawan nya datang menghampiri katilku. Aku tersenyum.

"Gumawo, susah susah je." Balasku. Jin hyung meletakkan makanan itu di atas meja di hadapan ku. Jimin membantu aku untuk duduk dengan selesa.

"Erm Jungkook biar aku kenalkan lagi sekali lah ya kawan kawan aku ni." Kata Jimin. Aku mengangguk lemah.

"Yang paling tinggi ni Namjoon hyung, yang hantarkan kau makanan tu Jin hyung, yang rambut silver tu Suga hyung, yang sebelah Namjoon hyung tu Hoseok hyung, yang tengok pororo dengan kita semlam tu Taehyung atau V. V ni tak sama sekolah dengan kita." Jelas Jimin panjang lebar. Aku mengangguk.

Seusai makan, aku kembali baring, mata asyik nak terlelap je. Tambah tambah si Taehyung tu pergi nyanyi lagu lullaby. Aigoo.

[H] JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now