Huge update 2021
Assalamualaikum semua. Saya percaya hampir separuh daripada mereka yang pernah membaca cerita ini sudah pun tidak lagi aktif di dunia oren. Cikgu Paling Pelik ini hasil penulisan saya hampir 5 tahun lepas. 2016.
Sejujurnya saya mengaku bahawa ayat sebelum ini amatlah cringe! Serius! Kalau saya boleh tampar diri saya sendiri ketika berumur 14 tahun itu saya dah buat dah. Kerat 14 terus. Ayat dia astagfirullahaladzim. Tuhan sahaja yang tahu.
Tetapi saya tetap berbangga dengan kreativiti saya dahulu. Sekurangnya 14 tahun finlyskyler boleh menyiapkan hampir 4 buku. Seketul 19 tahun finlyskyler baru sahaja membuat kemunculan semula dan sangatlah malas untuk update cerita.
Walaupun saya mengaku bahawa ayat saya jalan cerita kemungkinan tidak masuk dek akal tetapi saya berhasrat untuk mengekalkan hampir 80% penulisan ini sebagai kenang - kenangan. Ianya memori yang agak mahal untuk saya. Jadi penulisan balik ini hanya untuk memperbaiki bahasa cringe ( sape, wat, mende) dan juga membuang isu sensitiviti yang melibatkan face shaming atau body shaming. Memanjangkan sedikit jalan cerita dan menambahkan punchline seiring dengan genre buku iaitu humor.
Itu sahaja daripada saya, harapnya anda semua terhibur.
Salam sayang,
Finly
YOU ARE READING
𝗖𝗶𝗸𝗴𝘂 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗹𝗶𝗸
HumorJangan gelak. Siapa gelak baca cerita ini, sah dia gila. Ya, mungkin kau dah pernah baca cerita ini. Tapi, aku dah pun buat pengubahsuaian, penambahan watak dan perubahan storyline. Apakah ini ya tuhan ! Pelik tahap dewa cikgu ini... ada ke p...