1

195 3 0
                                    

"SMK BUNGA TERATAI." Nama yang sangat gah didengari. Walaupun hanya sekolah biasa, bukan sekolah berasrama penuh tetapi pencapaian akademik dan kokurikulumnya sungguh mantap. Setiap tahun, bilangan pelajar yang mendapat straight A di dalam peperiksaan besar semakin lama semakin meningkat dan akhirnya menjadikan sekolah ini sebagai sekolah kluster. Tetapi, disebalik keindahan yang dilihat, terselit sedikit cela apabila bermula penubuhan dua kumpulan iaitu kelab minah gengster and kelab jejaka gedik. Aneh bukan ? Tetapi ini yang berlaku.....

...

"Weh budak. Kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Bak sini duit kau sebelum aku hentak muka kau kat dinding ni !!!!!" Yang ini suraya. Semua orang panggil dia su. Dia ketua kelab minah gengster. Semua orang tak expect suraya berubah seratus peratus macam ni. Kalau dulu, dia lah yang paling sopan sekali. Duduk bersimpuh even atas kerusi tau !

"Cepat ahhh ! Kau ni pehal lembab sangat hah ?!!!" Yang dok memarah tak tentu hala ni syiqa. Dia ni pun sama je dengan si suraya tu. Semua tak expect dia akan jadi macam ni. Dia kalau bab bab nak marah ni nombor satu. Kadang kadang terketar ketar lutut budak kena gertak dengan dia. Fuh power betul dia ni.

Kelab minah gengster ni, ada 5 orang ahli kumpulan iaitu suraya, syiqa, amal, damia dan fazura. Tapi aku mampu nak kenalkan dua orang je. Kalau semua nak diperkenalkan, mau patah jari nak menaip.

"Kak, saya...saya tak ada duit. Ayah saya tak bagi duit belanja harini" "kau jangan nak tipu kitorang eh. Kitorang tau kau ni anak orang kaya. Takkan bapak kau tak kasi duit belanja kot" "betul kak saya taktipu. Ayah saya tak bagi duit belanja harini" "syiqa, macam biasa" arah suraya kepada syiqa. Kemudian syiqa berganjak ke hadapan lalu menumbuk perut budak lelaki itu bertubi tubi.

"Kau ingat. Ni last warning. Aku nak duit esok. Kalau tak mampus kau kitorang kerjakan"

Mereka berlalu meninggalkan budak tu. Kesian, dah lah kena tumbuk. Lepastu kena tinggalkan pula tu kat belakang blok. Kesiannn.

"Wehh ! Geng minah tu pukul budak lagi !" Yang ni pula zikry. Ketua kumpulan kelab jejaka gedik. Actually takde lah gedik mana. Biasa biasa je. Tapi biasa lah kan, bila muka lembut sikit je orang dah gelar gay boy, lembut dan gedik. Zikry merupakan anak seorang usahawan terbesar dunia. Ramai juga lah cuba nak mengorat si zikry ni, akan tetapi gagal. Dihati zikry hanya ada seorang sahaja. Iaitu.....

Kelab jejaka gedik berlari membawa kotak first aid kepada budak yang baru sahaja dipukul dengan teruk oleh geng minah gengster. Arman dan syahid segera mengeluarkan perkakas seperti minyak kuning, plaster, and sedikit air untuk mencuci luka budak tersebut.

"Eh aiman. Asal kau tak lawan je minah minah tu ? Kau kan lelaki ? Takkan takut kot nak lawan dia" tanya arman sambil menyapu ubat pada tepi bibir arman yang luka akibat dipukul. "Aku malas lah. Kau pun tau kan, dia tu senior. Dahtu aku pun menaruh harapan pada si su tu. So aku biarkan je lah." "Kau tau tak, dalam minggu ni je nama kau dah banyak kali kena catat dalam buku log penggunaan kotak first aid ? Aduhai penat lah kalau macam ni" marah zikry.

"Sorry lah geng. Eh ok lah aku masuk kelas dulu. Nanti pape roger" "tapi tangan kau kitorang tak habis rawat lagi !" "Its okay. Kecik je ni" kata aiman sambil berlalu pergi. Ewah kau man. Sesedap habiskan ubat kuning sekolah lepastu main bla je macam tu ? Cis tak kenang budi betul

Kringgg.....

"Eh korang. Jom masuk kelas sekarang. Dah bunyi loceng" kata zikry sambil membawa kotak first aid.

....

"Nur suraya hazhiqah, nurin asyiqah, amalin, damia husna dan nurina fazura. Awak semua ni memang sengaja cari kemarahan saya kan ? Kenapa awak pergi pukul aiman tu ?! Dia kan anak salah seorang penyumbang terbesar sekolah ni. Kalau awak kena buang sekolah macam mana ? Awak berlima ni pandai. Setiap kali exam dapat straight a. Kami tak mahu kehilangan bintang bersinar sekolah ni. Tahun ni kamu spm kan ! Dah pergi masuk kelas sekarang." Encik zaidi, selaku guru disiplin sekolah membebel tak tentu pasal. Wait  ! macam mana cikgu zaidi boleh tahu dorang belasah budak ? Jeng jeng jeng

KELAB JEJAKA GEDIK !!!!

Jerit mereka setelah keluar daripada bilik disiplin..


Bersambung......


---------------------------------------------------------------------------------

Hehe hi all !
Sorry lah kalau cerita ni agak hamhamhambar dan boboboring.
Saya takdak idea. Nak buat cerita cinta ? Boring dah. Cerita bunuh bunuh ? Dah pernah buat. So kita buat lah cerita taraf tadika ! Hehehe so enjoy. Oh yes. Cerita ni tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Hihi okbye

Gangster Vs GedikWhere stories live. Discover now