2

103 3 0
                                    

"Eh kau ni pehal hah busybody sangat sampai bagitau cikgu zaidi group aku gi belasah si aiman tu. Kau nak apa hah sebenarnya ?!!!!!!" Bentak su sambil menyinsing lengan bajunya. Buku limanya diangkat setinggi tingginya. Maklumlah tinggi si zikry tu 183 cm. Su tu pula 157 cm je. Mana taknya. Macam klcc tinggi si zikry ni.

"Su, dengar lah dulu apa aku cakap ni. Aku....aku....aku nak kau berubah je"

"Weh bro. Asal kau berlembut dengan perempuan ni ? Dia ni kan gengster sekolah. Tak layak kena layan baik baik" kata arman.

"Jahanam kau arman ! Kau nak apa sebenarnya hah ?! Eh jap bukan kau, tapi geng jejaka gedik kau ni !!!" Marah su.

Koridor yang tadinya kosong, kini dipenuhi oleh ramai pelajar-yang-menonton-pergaduhan-mereka. Ada yang bertepuk tangan, ada yang bersorak, ada yang terdiam kaku. Ok yang terdiam ni kumpulan nerd je. Yang lain bersorak macam orang gila.

"Su. I want you to change your attitude. Do you think that people like you ? In this way ? Please change !" Marah zikry sambil memegang tangan su. "Eh apa ni. Lepaslah. Kau ingat eh zikry. Sekali lagi kau kacau urusan aku, nahas kau aku kerjakan !" Marah su lalu menarik tangan mulusnya dengan kasar. Zikry terkebil kebil memandang su.

Kini koridor kembali sunyi apabila loceng waktu rehat telah berbunyi menandakan rehat sudah tamat.

...

"Zikry, suraya. Mari sini sekejap"

Zikry dan suraya saling berpandangan. Dah kenapa cikgu panggil kitorang ? Takkan pasal gaduh tadi kot ? Over betul cikgu ni!

"Ye ada apa cikgu ?"
"Saya nak awak berdua stayback harini. Tolong cikgu kemas stor sukan"
"Haha asal saya pula cikgu ? Dengan zikry ? Ee taknak lah"
"Nak taknak awak berdua kena jugak buat. Tapi saya sempat teman awak sampai pukul 4 je. Tapi kamu berdua kena balik selepas semuanya selesai. Faham ?!!!!!"
"Ee buang masa je duduk dengan zikry berdua dalam tu."
"Awak berdua nak saya beritahu rahsia kalian berdua pada semua budak kelas kita ni ?"
"Cuba lah cikgu buat"
"Ok fine. Listen up student. I got u guys some great news. Zikry and suraya....."
"Shh cikgu. Diam diam je la. Ok kami buat" kata zikry sambil mengangkat jari telunjuknya dan diletakkan dibibir mulusnya. Manakala su hanya mengerling sambil berjalan menuju ke tempat duduknya.

"Kau ni su. Kalau budak budak lain tau macam mana ? Malu lah nanti"

"Eh suka hati aku lah. Yang kau sibuk sangat ni pehal hah ? Ke kau suka aku ni ? Daripada dulu dok menyibuk pasal hal aku. Tak serik serik ke kena pukul dengan aku ?"

Zikry mencebik bibir. Kalau boleh nak aje ditampar tampar si su ni. Mulut celoteh sangat. Ee geram. Zikry hanya menjelirkan lidahnya.

Gangster Vs GedikWhere stories live. Discover now