LELAKI MISTERI
Pernahkah anda menerima sesuatu yang anda tidak tahu? Jika pernah, apa yang anda terima? Anda sukakannya? Bagaimana pula, jika ia bukan seperti apa yang anda jangkakan.......Di dalam sebuah pekan, terdapat sebuah warung, ramai pelanggan yang sering berkunjung ke sana. Mungkin menu yang disajikan adalah terbaik, namun tujuan utama mereka berkunjung ke sana adalah seorang pelayan baru yang baru sahaja berpindah.
Ramai juga yang cuba untuk memikat gadis itu. Namun semuanya ditolak dengan baik.
Pada suatu hari, warung itu telah didatangi seorang lelaki, memakai pakaian serba hitam serta seekor anak kucing berwarna jingga mengiringinya. Lelaki itu duduk dihujung warung dan menurunkan bag galas serta hudnya. Dia mengangkat tangan kanan untuk dipesan.
Disebabkan gadis itu sibuk melayan ragam pelanggannya, lelaki tersebut terpaksa menunggu lama untuk pesanan diambil.
Sesudah itu, gadis itu pergi ke meja lelaki tersebut. "Abang, maaf la lambat, pelanggan ramai tadi. Abang nak pesan apa?" pen serta kertas telahpun ada ditangan, namun matanya tertumpu kepada pakaian lelaki tersebut. Gadis itu merasakan hairan, kerana pakaian lelaki itu agak tebal dan dia tidak kelihatan seperti berpeluh. Tangan kanannya pula memakai sarung tangan hitam. Terdapat sesuatu yang pelik pada lelaki itu, kata hatinya. "Cik Mira... " gadis itu tersedar dari lamunan. "Ye Encik dah tau apa yang hendak dipesan?" jawab Mira, bernada separa terkejut tetapi terkawal. Encik? Kenapa aku panggil dia Encik? tertanya Mira dalam hati.
"Saya nak susu sahaja," pinta lelaki itu, tersenyum. Mira secara sepontan, membalas senyuman tersebut dan mengangguk. Mira memuju ke ruang belakang. Anak kucing milik lelaki serba hitam mengikuti Mira. Banyak mata yang memandang lelaki tersebut, namun pandangan lelaki serba hitam memandang ke arah luar warung.
Mira, si pelayan memberi pesanan tersebut kepada seorang lelaki disebalik kaunter. Lelaki itu tersenyum, namun tidak dihiraukan oleh gadis itu. Lelaki itu mula membengiskan. Kemudian dia terpandang seekor anak kucing berwarna jingga terduduk memandang lelaki itu.
Lelaki itu menyergah anak kucing tersebut, namun tiada memberi kesan. Dia mula mencari sesuatu untuk dibaling ke arah. Apabila dia telah jumpa sesuatu untuk dilontar, kucing itu telah telahpun hilang. Matanya kembali melihat Mira sementara tangannya menyediakan air yang dipesan. Lidahnya menjilat bibir. Terukir senyuman dibibirnya.
*******
Selepas lelaki misteri itu selesai menikmati air susu, dia memanggil Mira untuk membuat pembayaran. "Berapa?" "Dua ringgit je," jawab Mira. Lelaki itu memberinya sepuluh sen sebanyak dua puluh keping. Takde duit kertas ke? jawab dalam hati Mira, sambil-sambil mengira duit yang diterima. "Maafkan saya Cik Mira, saya lebih gemar menggunakan siling daripada wang kertas," tiba-tiba lelaki itu berkata.
Gadis itu terhenti seketika. Sehingga ada beberapa kepingan siling terjatuh dari tangan. Namun, apabila Mira melihat arah siling-siling yang jatuh itu hilang dari pandangan.
"Cik Mira?" Lelaki misteri bersuara. "Ye," gadis kembali memandang ke arah lelaki tersebut. "Cukup?" tanya lelaki tersebut sambil menghulurkan beberapa keping siling. Tangan gadis itu dipegang oleh lelaki serba hitam. Keadaan tiba-tiba senyap, tegang. Mira mengenggam dan menarik tangannya. Duit tersebut diambil dan dikira semula. Mira menganggukkan kepala. Niat untuk bertanya terpadam kerana ia pekara yang agak mengejutkan baginya.
Lelaki itu berdiri dari tempat duduknya. Banyak mata yang memerhati dia. Belum sempat Mira berkata apa-apa, "Hati-hati malam nanti," lelaki itu berkata dalam nada berbisik. Lelaki itu berlalu pergi membuat gadis itu terpinga-pinga, sementara beberapa lelaki bangun dan beredar. Lelaki disebalik kaunter keluar untuk melihat apa yang berlaku. "Kenapa tu?" ada suara memecah ketegangan yang berlaku. "Tak ada apa-apa kak," Mira menjawab. Lelaki yang membancur air kembali ke tempatnya apabila kehadirannya tidak dihiraukan.
YOU ARE READING
Detektif Abnormal
AléatoireKekuatan manusia teramat-amat terhad, sehinggakan ada yang sanggup melakukan perubahan-perubahan drastik, samada jasmani mahupun rohani. Munculnya seorang detektif menyiasat atas kes-kes yang luar biasa, dimana kes yang tidak melibatkan pelihatan ma...