Chapter 1

31 3 0
                                    

Pada pagi yang nyaman itu, kelihatan seorang gadis berbaju kurung duduk di sebuah kerusi yang terletak berdepan dengan sebuah tasik.
Gadis itu mengeluh sambil memandang loket yang terletak dalam genggaman tangannya.

     "Anna... "

Gadis itu mengangkat muka apabila seseorang memanggil namanya. Dia terpaku seketika apabila melihat lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum sebelum mengambil tempat duduk bersebelahan gadis itu. Anna hanya mampu tersenyum hambar.

     "Sorry saya lambat sampai. Dah lama awak tunggu saya?" Tanya lelaki itu sambil merenung si gadis yang nampak tidak tentu arah itu.

     "Awak tak sihat ke?" Nampak pucat aje muka tu," Anna sudah tidak keruan. Lelaki itu memandangnya dengan seribu persoalan di minda.      "Mana loket yang saya bagi tu? Kenapa tak pakai?"

Anna terkedu. Dia cuba memberanikan diri menentang mata lelaki itu.
     "Awak... Saya nak putuskan hubungan kita ni..." Sebaik menghabiskan ayat itu, air matanya berderai keluar.

Lelaki itu tergamam. Dia seolah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
     "Awak cakap apa ni? Putus? Kenapa?

Anna mengetap bibirnya. Air mata dilap dengan belakang tangan. Dia cuba bertenang. Perlahan-lahan loket di dalam genggamannya diberi kepada lelaki itu. Lalu, Anna terus bangkit dari kerusi.

Lelaki itu terkejut lalu memandang loket gadis itu bersilih ganti. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

     "Saya dah tak cintakan awak. Saya dah jumpa lelaki yang saya rasa boleh bahagiakan saya. Saya harap. Awak carilah perempuan yang lebih baik dan dapat bahagiakan awak."

Sebaik saja menghabiskan ayat itu, Anna terus beredar dari situ tanpa menoleh kebelakang lagi.
Lelaki tadi masih kaku di situ.

DI RUMAH

Yoo Cheryl memasukkan baju-bajunya ke dalam sebuah beg yang agak besar berwarna merah jambu.
Wajahnya nampak gembira sekali kerana dia akan berangkat ke Korea. Pemergiannya ke sana bukan hanya melepaskan rindu tetapi juga untuk mencari mamanya.
Penceraian antara mama dan papanya ketika dia berumur lima tahun masih tidak dapat dilupakan.
Dia terpaksa berpisah dengan mamanya kerana papanya berkeras untuk membawanya sekali ke Paris. Yoo Cheryl tahu, mamanya tidak mahu berpisah dengannya tetapi apakan daya kuasa papanya lebih besar daripada mamanya.
Sejak dari hari itu, Yoo Cheryl terus hilang khabar berita tentang mamanya.

Tok! Tok! Tok!
Kedengaran pintu biliknya diketok.
     "Boleh papa masuk?"

Chung Hee berdiri di depan pintu bilik puterinya sambil tersenyum manis.
Yoo Cheryl menoleh dan membalas senyuman.  "Papa, masuklah."

Chung Hee melangkah masuk ke dalam bilik serba merah jambu itu lalu duduk di hujung katil sambil matanya memandang ke arah Yoo Cheryl yang sedang mengemas.

     "Apa yang papa menungkan tu?" Tanya Yoo Cheryl yang menyedari Chung Hee kelihatan termenung jauh.

     "Nothing Cheryl. Papa cuma tak sangka puteri papa ni dah dewasa dan sangat cantik sekarang ni," puji Chung Hee sambil mengusap kepala Cheryl yang sedang duduk di lantai.

     "Ala papa ni. Saja nak bagi Cheryl perasan, kan? Tak baik tau," rungut Cheryl sambil memuncungkan mulut.
Sepasang mata hijaunya mengerling manja ke arah Chung Hee yang sudah ketawa besar melihat telatahnya.

     "Betullah apa yang papa cakap ni, Cheryl. Papa puji ikhlas. Anak papa ni memang cantik. Risau pula papa nak lepaskan Cheryl seorang diri kat Korea tu," ujar Chung Hee dengan nada bimbang.

Hard To Get Your HeartsWhere stories live. Discover now