Chapter 2

6 1 0
                                    

Yoo Cheryl terpaku di tengah-tengah keramaian orang di K Sentral. Dia melihat sekeliling dengan wajah yang bingung. Pelbagai rupa dan ragam orang yang berada di situ.
     "Sesak jugak kat sini. Nasib baik aku tak pengsan." Omelnya sedirian.

Yoo Cheryl menarik bagasinya dan menuju ke kaunter pertanyaan. Seorang lelaki bertag nama Suga tersenyum ke arahnya. Dengan senang hati, dia terus membalas senyuman Suga. Macam inilah bagus. Senyuman mesra dan sekali gus menenangkan perasaan aku yang tengah bergelora ni. Huhu!

     "Excuse me, boleh saya tahu kat mana nak tunggu teksi?" Tanya Yoo Cheryl.
     "Oh, boleh. Cik naik escalator ni dan belok kanan. Cik akan nampak kaunter untuk menempah teksi di situ. Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?" Tanya Suga penuh sopan.

Yoo Cheryl menoleh ke arah escalator yang ditunjukkan sebelum memandang semula ke arah Suga.
     "Tak ada apa. Itu aje. Thanks a lot ya." Ucap Yoo Cheryl sambil tersenyum.
Suga mengangguk.
Yoo Cheryl bergegas naik escalator. Tiba di atas, dia terus menuju ke kanan. Dia ternampak kaunter teksi yang terletak di tepi itu. Seorang wanita korea yang berusia kira-kira 40-an duduk di kaunter itu.

     "Hai. Saya nak naik teksi ke Milatel Cherevillea Kondominium, Seoul, South Korea," ujar Yoo Cheryl sebaik saja tiba di depan kaunter itu.
     "Alright. 6843.07 won," kata wanita itu sambil menekan sesuatu pada keyboard. Kelihatan satu kertas keluar dari satu mesin di situ. Yoo Cheryl mengeluarkan dompet dari dalam beg sandangnya. Dia membuka dompet dan menarik wang itu. Mujurlah dia sudah membuat pertukaran wang tadi. Wanita itu menyambut wang itu dan menyerahkan resit kepada Yoo Cheryl.
     "Cik boleh tunggu teksi kat luar tu. Gamsahabnida."
Yoo Cheryl tersenyum dan mengangguk kecil sebelum beredar keluar. Kelihatan beberapa buah teksi beratur panjang di luar. Dia menuju ke arah teksi yang paling hadapan.

Pemandu teksi itu terus menyapanya mesra dan menolongnya mengangkat bagasi ke dalam teksi. Yoo Cheryl duduk di belakang. Pemandu teksi itu cepat-cepat masuk ke bahagian pemandu. Yoo Cheryl menyerahkan resit tadi pada pemandu teksi itu.
Setelah mengenal pasti lokasi yang perlu dihantar, pemandu teksi itu memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan, Yoo Cheryl teruja melihat pemandangan bandar di korea itu di luar tingkap teksi.
Wah, dah maju Korea sekarang. Dia tidak menyangka Korea sudah semaju itu. Banyak yang telah berubah dari segi pembangunan, teknologi dan sebagainya. Yoo Cheryl mula berasa kagum. Dia sibuk menangkap gambar dengan menggunakan kameranya.

Yoo Cheryl terlopong melihat hiasan dalam kondominium yang akan dia duduki nanti. Sangat cantik dan lengkap! Terdapat tiga buah bilik.
Mrs. Choo membawanya ke bilik utama. Sekali lagi Yoo Cheryl terkejut. Bilik itu serba merah jambu! Yoo Cheryl memandang ke arah Mrs. Choo yang sudah tersenyum-senyum itu dengan pandangan teruja.
     "Papa you minta I hias bilik ini serba pink. Semua perabot ni papa you yang suruh beli, ikut cita rasa you. So how? You suka?" Tanya Mrs. Choo dengan wajah ceria.
"I really love it Mrs. Choo! Wow, thanks a lot!" Ucap Yoo Cheryl lalu membuka langsir bilik itu.
Dia dapat melihat kolam renang yang besar di bawah sana. Dia menoleh ke arah Mrs. Choo.
     "Dua bilik lagi tu ade orang ke? Tanya Yoo Cheryl ingin tahu kerana dia perasan ada baju disidai di anjung kondominium itu.
     "Yes, ada. Two persons. Seorang make up artist dan sorang lagi model. I harap you boleh berkawan dengan mereka," kata Mrs. Choo.
     "Sure Mrs. Choo. Erm, so dalam kondo ni perabot kat ruang tamu dan dapur tu belong to you atau bukan? Sebab I takut terpakai barang mereka," ujar Yoo Cheryl.
     "Ah, don't worry. Semua dalam rumah ni I yang punya. You all boleh pakai aje. Tapi barang dapur tu pandai-pandailah beli sendiri ye. Aha, papa you ada cakap you nak kerja, kan?
Yoo Cheryl cepat-cepat mengangguk. Dia memandang Mrs. Choo dengan pandangan penuh mengharap.
     "Sekarang semua branch I dah ada pengurus. Tapi I ada satu kafe dekat stesen TV77. Tapi kerja sebagai waitress. Mesti you tak mau punya. I dengar daripada papa you, you lulusan fashion design, kan? Takkan fashion design macam you ni mahu kerja sebagai waitress?" Mrs. Choo memandang ke arah Yoo Cheryl dengan pandangan ragu-ragu.

Yoo Cheryl tersenyum. Baginya kerja sebagai pelayan di kafe bukannya sesuatu yang tidak boleh dia lakukan. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada kafe. Eh? Betul ke pepatah Melayu aku ni? Ah, apa-apa ajelah. Hehek!
     "Boleh je Mrs. Choo. Memang I tak pernah kerja sebagai waitress sebelum ni, tapi I nak belajar. Bila I boleh mula kerja?" Tanya Yoo Cheryl dengan nada tidak sabar.
Mrs. Choo tersenyum suka.
     "Wah, kalau macam tu you boleh mula kerja hari isnin. Boleh? Nanti I ambil you pukul 8.00 pagi. Kerja sampai pukul 5.00 petang. Tapi kalau ada apa-apa majlis, biasanya akan tutup lewatlah. Kadang-kadang sampai malam juga. Boleh ke? Mrs. Choo menunggu reaksi daripada Yoo Cheryl.
Ternyata gadis itu bersetuju tanpa teragak-agak lagi.

Yoo Cheryl mendongak memandang ke atas. Mulutnya terbuka luas. Tanpa menunggu lagi, tangannya cepat saja merakam pemandangan cantik di depan matanya. Dia sibuk mengambil gambar tanpa menyedari ada seseorang lalu di belakangnya. Dia secara tidak sengaja melanggar orang itu dan menyebabkan semua beg kertas yang dipegang oleh orang itu terjatuh dan bertaburan di atas lantai.
     "Hei, mata tu letak kat mana hah?" Yoo Cheryl terus menoleh kerana terkejut mendengar seseorang menyergahnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 14, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hard To Get Your HeartsWhere stories live. Discover now