BAB 1

397 5 0
                                    

Sungai Buaya , Batu Pahat , Johor .

Keriuhan suara saudara-mara yang sedang rewang di dapur rumah neneknya itu langsung tidak dihiraukan Sofea . Dari tadi dia asyik termenung jauh ke arah bendang di belakang rumah neneknya . Kejadian semalam benar-benar menghantui fikirannya saat ini .

Zaleya Sofea , dahulunya seorang yang periang , suka bergurau dan peramah itu kini menjadi seorang yang murung dan suka bersendirian.Gejolak yang berlaku dalam rumahtangganya amat terkesan pada diri Sofea.Namun dia masih berusaha untuk terus kuat dan hanya mampu mememdam rasa.

" uii yong ! Jauh termenung . Fikir apa tu ?",
sergah satu-satunya adik perempuan Sofea yang bernama Zalesya Soraya itu lantas mengenjatkan lamunan Sofea.

Berusia 17 tahun , sememangnya Soraya seorang gadis yang lincah dan sedikit kasar . Terkenal dengan julukan 'Pembuli Lelaki' di sekolah sekaligus membuat dia sukar untuk didekati .

Walaupun begitu , Soraya merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya . Sofea cukup bangga dengan pencapaian adiknya itu , satu-satunya harapan keluarga selepas Sofea berkahwin tanpa sempat menyambung pelajaran dek kerana keadaan ekonomi keluarga yang tidak mengizinkan .

" Tak ada apa lah ", balas Sofea sambil tersenyum hambar kepada Soraya .

" Mana anak-anak ayong ? Atih nampak diorang tak ? " , tanya Sofea kepada Soraya sambil menoleh ke belakang mencari kelibat anak-anaknya.

Sofea dikurniakan dua orang puteri dari hasil perkahwinan dengan suaminya Huzairi . Anak sulung Sofea bernama Iman Nur Zulaikha , berumur 10 tahun dan anak keduanya pula bernama Iman Nur Syuhadaa , berumur 4 tahun .

" Ada tu , main-main dengan Ocik dekat depan ",ujar Soraya.

" Kenapa ni yong ? Macam ada masalah je , ceritalah .. mana lah tahu kalau atih boleh tolong ," Soraya cuba memujuk hati Sofea .

" Tak ada apa , ayong okay je ni . Atih janganlah risau ", ujar Sofea dengan nada mendatar .

Dia tetap cuba menyembunyikan apa yang berlaku pada dirinya semalam, tapi tidak berjaya . Kesedihan jelas kelihatan dari riak wajahnya itu. Matanya yang agak sembap disorokkan dengan senyuman dan wajah ceria yang dibuat-buat.

" Sudahlah yong , jangan tipu. Atih tahu apa yang ada dalam fikiran ayong tu . Tak habis-habis lagi ke ? Pasal apa pulak kali ini ? ",Soraya memandang wajah kakaknya .

Sedari malam tadi ketika Sofea baru sampai,dia perasan kakaknya itu tidak berkelakuan seperti biasa.Hanya memencilkan diri di dalam bilik. Oleh kerana perubahan sikap kakaknya itu , dia turut merasa sunyi . Tiada teman bergurau dan bersembang . Kakaknya itulah yang selalu melayan kerenahnya walaupun tidak selalu berjumpa dan terkadang gurauan Soraya agak kasar jika dilihat orang lain yang tidak mengenali mereka dua beradik itu .

" Ayong tak sempat masak untuk dia , banyak tempahan yang nak diposkan ", akhirnya Sofea mengaku .

Selepas berhenti kerja kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan ketika hamil anak keduanya , Sofea mengambil keputusan untuk cuba menceburi perniagaan 'online'. ALHAMDULILLAH , perniagaannya mendapat sambutan yang baik dan sudah mencecah 3 tahun . Selain mengisi masa lapangnya , perniagaannya itu sedikit sebanyak membantu ekonomi keluarga kecilnya.

Sofea melontarkan pandangan ke arah bendang di belakang rumah neneknya itu . Jauh dia termenung , cuba untuk menenangkan hatinya yang galau.Kejadian semalam benar-benar menghantuinya saat ini. Kata-kata hinaan yang tak mungkin diterima oleh mana-mana wanita yang bergelar isteri . Merentap rasa cinta , bagai disiat-siat hatinya ketika itu .

Rahsia HatiWhere stories live. Discover now