Part 1

559 11 0
                                    

"Mama Syu! Faliq nak ucu".ujar seorang kanak-kanak kecil sambil berlari memeluk kaki seorang wanita.Ditangannya memegang botol susu gambar winnie the pooh.

"Alololo my sweet Tengku Faliq Qalish...nak susu eh? Sekejap ye baby"wanita itu mengangkat Faliq yang berumur 3 thn itu ke dukungannya.Dicium pipi gebu budak itu penuh kasih sayang.Hmm,itulah 'NurSyuhaida',seorang gadis berumur 25 tahun.Dia bekerja sebagai babysitter dirumah milik Tengku Hannah.Faliq ni anak kepada Tengku Fariz a.k.a -ais of all aisberg.Dia ni dah kawin tapi jadi duda lepas kemalangan yang menyebabkan kematian arwah isterinya,Nur Humaira.Sejak peristiwa kematian isterinya itu,'king of all ais' tu berubah jadi 'ais'...

"Syu,kenapa termenung ni?Ada masalah ke? Share lah ngan auntie"ujar Ku Hannah.Pelik melihat Syuhaida yang diam itu.Yelah..slalunya dia lah paling kecoh dan sentiasa menceriakan hati mereka sekeluarga.

Tersentak Syuhaida dibuatnya.Terus dia berpaling ke arah suara tengku tadi sambil mendukung Faliq yang enak menyusu.

"Eh! Takda apa apalah auntie,cuma terfikir...kesian Faliq.Kecik kecik dah takda emak..hurm"sayu syuhaida mengenangkan nasib kanak kanak itu.Dah la sejak peristiwa itu,ayahnya,Tengku Fariz Mikael langsung tidak memberikan kasih sayangnya kepada anaknya.Tangan Syuhaida mengusap suap kepala Faliq yang sudah terlentok dibahunya.

"Entahlah Syu,auntie dah tak tau nak nasihatkan macam mana lagi Si Fariz tu.Degil!Tak habis-habis dengan muka dingin dia tu .Bila suruh kawin lagi,tak.mau..tapi,tak nak jaga anaknya. Apa nak jadilah dengan dia tu."Keluh Tengku Hannah apabila memikirkan anaknya yang keras kepala tu.

"Dia belum sedia lagi kot auntie.Takpa.Insya-Allah!satu hari nanti dia terbuka hati untuk terima wanita lain.Auntie berdoa sajalah. "Ujar Syu penuh hemah.Dia pun kasihan melihat Ku Hannah yang letih dengan sikap 'anak tak teruna'nya itu..

"Tapi,auntie paling geram sangat ialah,dia langsung taknak jaga anaknya itu!mana boleh camtu..Dia kan masih kecik.Tak berhati perut langsung!nasib ada kamu ni Syu,lega sikit"kata Ku Hannah sambil matanya merah membara kalah matahari.(Ceit!Hiperbola gila aq.)

"Erk!um.. auntie,Syu nak tidurkan Faliq dulu eh?Dah malam sangat ni. Assalamualaikum"Terus Syuhaida ingin menamatkan perbualan mereka apabila rasa tengku Hannah ingin membebel.'Huh!baik cepat lari sebelum aku yang jadi tempat melepaskan kemarahan auntie'Getus hati Syu.

"Urm..Yelah pergilah tidurkan cucu auntie tu..kesian dah mengantuk sangat..Waalaikumussalam."ucap Ku Hannah kemudian mengucup pipi Syu dan Faliq.Sudah menjadi kebiasaan mereka sebelum tidur.A sweet good night kisses!Tapi bukan dengan Ku 'Ais' tu.

Syu meletakkan Faliq atas katil empuknya.Syu tinggal dirumah Ku Hannah memandangkan dia tiada ahli keluarga yang lain.Keluarganya semua meninggal dalam kemalangan semasa ingin mengambilnya di airport.Tetapi Syuhaida tetap tabah menghadapi ujian itu.Ku Hannah ambil Syuhaida sebagai anak angkat memandangkan dia merupakan rakan karib kepada Puan Faqyah,ibu Syuhaida.Puan Faqyah dan Encik Harris tiada saudara lain memandangkan mereka berdua adalah anak tinggal dan Syuhaida juga merupakan satu-satunya nak mereka.Demi mengelakkan rasa tak selesa,Syu meminta agar Ku Hannah mengambilnya sebagai babysitter kepada Faliq.Syuhaida segan dengan Ku Hannah dan Ku Fariz Mikael kerana dia hanya menumpang sahaja di rumah itu.

"tidurlah sayang..Mama Syu janji akan jaga Faliq selagi mama hidup"bisik Syuhaida di telinga Faliq.Mereka tidur lena dan Faliq berada dalam pelukan Syuhaida.

................................................

Hai assalamualaikum! This is my first story.I really hope you all like it.Please comment if you think the story is not good enough.I'll try my best to make you all satisfied.

Misi Menculik Hati Dia...Where stories live. Discover now