Bab 1

630 11 1
                                    


"Kau ingat kau dapat lari daripada aku?Jangan harap!" Tangan lelaki itu menyapa pipi kanan ku dengan begitu kuat sekali. Aku menangis kerana ketakutan, lalu penglihatanku menjadi kabur.

Aku membuka mataku dengan perasaan terkejut. Rupanya semua itu hanya mimpi ngeri namun lelaki dalam mimpinya itu membuatkannya rasa sangat takut. 'Apakah maksud disebalik mimpi ini?' dia tertanya-tanya kepada dirinya sendiri.

Dia melihat hari diluar sudah pun pagi, baru dia teringat akan temu janjinya bersama Dato' Zainuddin iaitu bapa angkatnya yang menjaganya semenjak kematian kedua ibu bapanya kerana kemalangan di Jepun semasa bekerja overseas ketika dia berumur 11 tahun. Dia mengeluh panjang lalu memaksa dirinya untuk bersiap sedia untuk berjumpa bapa angkatnya itu.

Setelah bersiap sedia dia menuju ke kereta Audi yang berwarna hitam kepunyaannya itu lalu segera bergerak ke Kafe James dimana mereka akan berjumpa. Kereta Audi yang dipakai nya itu dibelikan oleh bapa angkatnya sebagai hadiah hari jadinya yang ke 18 tahun. Dia sangat bersyukur kerana dapat bapa angkat yang sangat baik hati dan penyayang.

Namun, isteri kepada Dato' Zainuddin iaitu Datin Kamelia tidak puas hati dengannya kerana baginya penghadiran Syasya itu menyebabkan anaknya Amira kurang kasih sayang daripada Dato' Zainuddin. Kadang-kadang kalau ada perhimpunan dengan keluarga dengan Dato' Zainuddin dia sering menjauhkan diri daripada Datin Kamelia dan Amira kerana mereka sering memberi tantangan yang menakutkan baginya 'tantangan maut'. Walau bagaimanapun kedua-dua anak beranak itu tidak berani melakukan sebarang kekejaman terhadapnya kerana jika Dato' Zainuddin tahu pasti akan dimarah tak habis habis. Ketika dia berumur 19 dia pun mula pindah ke apartment atas kemahuannya sendiri tidak tahan dengan sikap Datin Kamelia dan Amira yang suka mengatakannya.

Setelah sampai ke Kafe James dia pun meletak kereta yang berhampiran dengan Kafe itu.

"Assalamuaikum ayah..maaf lambat" Aku menyapa Dato' Zainuddin yang sudah menunggu. Rasa bersalah juga aku,

"Waalaikumsalam.Takpe ayah pun baru je sampai.." Tersenyum Dato' Zainuddin melihat anak angkat kesayangannya itu.

"Kenapa nak berjumpa mengejut ni ayah? Semalam ayah call tengah malam macam serius je anything happen ke?" aku tertanya-tanya juga tak pernah sebelum ni berlaku.

"Taklah serius sangat. Ayah nak kamu berjumpa dengan anak kawan ayah di Hotel 5 bintang tepat pada 7 malam sebab ayah tak dapat datang. Tetiba ada panggilan dari Perancis nak ayah datang meeting untuk projek yang akan datang ni, itu pun semalam last minute betul. Tengah hari ni ayah jalan" ayah ni memang macam ni. Kalau ada hal last minute ngam ada perjumpaan mesti dia call.

"Oh. lagi?tak dapat cancel ke ayah?" tanya ku.Sekali sekala cancel okay pe?

"Tak dapat lah Sya orang yang dengan ayah temu janji ini susah untuk berjumpa. Susah payah tau kawan ayah pujuk dia jumpa ayah." jelas Dato' Zainuddin." Ayah kena pergi sekarang jangan lupa tau." sambung ayah.

"Okaylah..Have a safe flight ayah" ayah melambaiku dengan senyuman.

--
Macam personal Assistant ayah pulak saya ni.

Malas nak balik apartment aku pun plan nak pergi tengok wayang, seorang. Nak bawa boyfriend tapi masalahnya saya tak ade boyfriend. hmm. Nak bawa kawan tapi aku ada kawan ke? Takpelah pergi seorang lagi best. kud.

Tak juga lama dari Kafe ke Mall dalam 10 minit je.

Tak sangka waktu bekerja ni ramai juga yang pergi mall. Saya ni okaylah nak tunggu keputusan interview so dapatlah enjoy enjoy dulu.

Aku pergi berbaris menunggu giliran membeli tiket. Sambil menunggu aku tertoleh pulak kebelakang adui mak ada jejaka tampan lah pulak walaupun ekspresi mukanya sangat serius. Berdebar rasa jantung ini di buatnya kenapa dengan aku ni?

--
Habis pula tiket cerita Love in Paris ni terpaksa lah aku tengok cerita aksi tembak-tembakan ni entah lupa pula apa nama ceritanya. Tak pela sekali sekala.

Sambil menunggu filem ditayangkan aku memakan popcorn sambil melihat iklan yang biasa ditayangkan sebelum cerita bermula. Nasib tak ada orang sebelah aku ni kalau tak malu aku kalau aku terjerit ke .

Tak lama aku tegur ada pulak lelaki duduk sebalah aku ni. Baru aku sedar yang lelaki ini adalah lelaki yang tampan itu. Langsung aku terpaku nak bergerak, dekat sangat weh.

Sepanjang cerita itu aku tak berani nak berteriak menahan adalah. Malu tau kalau aku jerit sedangkan ada lelaki tampan disebelah aku ni. Jadi aku tutup mata je lah kalau ada scene gugur dari bangunan lah, kena tikam lah, tembak kat ke kepala lah ... aku memang tak suka part yang macam tu.

Popcorn ku langsung tak bergerak semenjak lelaki ni datang.

--

Hari pun sudah gelap dah nak masuk maghrib aku pergi surau yang berdekatan sebelum berjumpa dengan orang yang Dato' suruh.

"Assalamuaikum saya Syasya anak Dato' Zainuddin saya nak jumpa dengan anak Dato' Wahid" kataku kepada orang yang berada di kounter pembayaran restoran hotel itu. Perempuan itu lalu menunjukkan arahnya dan berhenti di hadapan lelaki segak memakai baju kemeja lengannya dilipat.

Aku sekali lagi terpaku melihat lelaki itu. Adakah ini namanya jodoh?

"Buat apa lagi? duduklah." kata lelaki itu. Aku tarik balik lah perkataan jodoh tu. Tak nampak sweet lah.

"Your dad tak dapat datang kenapa? Nak bincang projek ke.. Nak jodohkan aku dengan kau." katanya selamba. Eh, eh hilang minat aku terhadap lelaki ni. Muka je handsome tapi tak sopan langsung macam sombong pulak tu. Jam tangan berjenama, bau perfume nya pun nampak berjenama, baju nya...apatah lagi handphone nya Iphone 6s weh.

Huh lelaki ni ingat aku nak sangat kan dia kalau dijodohkan? puhlease.

"Maafkan saya encik, ayah saya last minute ada meeting overseas so supaya tak menghampakan encik saya jela yang datang untuk gantikan ayah saya.." Kataku dengan sopan.

"Apa awak kata? encik? " soalnya. Nak aku panggil apa kalau bukan encik? pak cik? tuan? bukannya dia boss aku nak panggil tuan.

"Habis nak panggil apa?" Soalku dengan nada malas.

"Ad . Ad je. Nama I Adrian Khalid." katanya dengan nada yang serius. Tapi serius sexy weh.

"Oh oke. Ad." dia mengangguk. " By the way namaku Syasya Amelia." sambungku.

"Okay. Now your dad kata dia nak bincang pasal projek baru tu. Tapi your dad tak de lah pulak, awak yang ganti tentang perbincangan ni ke?" tanya nya. Eh? ayah tak beritahu pun apa yang nak dibincangkan. Fikirkan nak bagi file ke seperti sebelum ni. Ini berbincang? Tau apa aku pasal bisnes?

" So? " Tunggu Ad.

"Tak. Ayah aku tak de pulak beritahu apa yang nak dibincang.Boleh mintak kad bisnes awak tak? nanti bila ayah saya balik awak jumpa dengan ayah saye dan call awak." kataku panjang.

"Awak ingat aku ade mase ke?" Katanya selamba sambil meminum minumannya yang di meja terus menyandar ke kekerusinya.

"Ade aku tengok awak free je tadi liat wayang.." aku tersenyum haha busy apanye. Dia menelan air liur lalu mengeluh.

"Itu tadi." dia menjelingku.

"Apa ape je lah. Saya balik dulu ye.. Kalau bapak awak tau awak tolak tawaran projek bapak aku. Bapak awak tak marah ke? Selfish la awak ni its an opportunity tau kalau nak dapat more profit" kataku walaupun tak tahu dengan hal bisnes bisnes ni.

"Sya." Aku toleh kebelakang melihatnya bangun menuju ke arah ku.
"Nah." dia menghulurkan kad bisnes nya. Eh? dah tukar pikiran ke dia ni?
Lepas tu dia terus bayar ke kounter dan terus menuju ke kereta Ferrari nya. Orangnya bukan calang calang rupanya. Patut senang-senang je nak tolak tawaran kongsi.

----

bersambung..

hehe Hai☺☺
Follow and Vote :3





You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 28, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kaulah Yang Pertama Dan TerakhirWhere stories live. Discover now