9 | Kita Berdua

2.1K 216 13
                                    

~~

Sehari suntuk mereka berjalan-
jalan. Sampai sahaja di rumah, dah pukul 11 malam. Masing - masing dah  penat.

Hoseok, Taehyung, Jimin,
Namjoon, Jungkook dan Seokjin, mereka mengadu rasa tak sedap badan. Kata nya nak demam!

DING DONG! DING DONG!

Dah 2 kali Yoonha menekan loceng tapi seorang pun tak keluar. Yoonha hampa. Baru sahaja nak melangkah pergi, bunyi pintu dibuka.

"Yoonha??" Yoongi kelihatan
lagi dalam keadaan mamai.
Dengan rambut nya berserabut. Kelakar pula.

"Hurm. Saya datang sebab nak tengok keadaan kawan - kawan awak. Diorang okey kan??" Yoonha bertanya pada Yoongi dan dia juga mengintai-gintai ke dalam rumah.

"Diorang tak okey laa. Kau
masuk laa dulu." Pelawa Yoongi. Dengan itu, Yoonha pun masuk
laa ke dalam.

"Duduk dulu laa. Aku nak basuh muka jap!" Yoonha sekadar mengangguk. Kaki Yoonha tidak duduk diam. Asyik nak berjalan sahaja.

Lalu, dia naik ke tingkat atas. Di tingkat atas laa menempatkan semua bilik. Yoonha mendekati pintu yang berwarna coklat. Lalu, dibuka nya.

Dilihat nya Taehyung, Jungkook dan Hoseok sedang mengerang kesejukan. Mengigil! Ye laa. Main air pantai semalam sampai tak ingat dunia!

"Hey, korang! Korang demam ni." Yoonha meletakkan tangan nya pada dahi Taehyung. Beralih pula pada Jungkook dan Hoseok.

"T-tahu, Yoonha." Lemah sahaja Hoseok bersuara. Tiba - tiba, Yoongi datang.

"Aku punya laa cari kau. Rupa nya kat ni!"

"Awak! Diorang demam ni."

"Aku tahu laa! Habis tu nak buat apa??"

"Ish! Awak ni pernah demam ke tak huh?? Bunyi macam tak pernah demam je."

"Ok fine! Aku nak buat apa ni??"

"Buat laa bubur untuk diorang. Tu pun nak saya ajar ke??"

"Okey laa!"

Hoseok mencuit lengan Yoonha. Yoonha berpaling.

"Yoongi hyung tak pandai nak buat tu semua."

"Pula! Ish! Menyusahkan betul dia tu." Yoonha berlalu pergi. Dia tidak ke dapur, malah pergi ke bilik Namjoon dan Seokjin pula.

"Korang! Saya tau korang demam tapi bangun eah. Nanti nak makan bubur."

"Jimin! Bangun! Nanti nak makan bubur pula."

~~

Yoongi terkial-kial seorang diri di dapur. Mana nak pegang periuk, nak pegang itu ini lagi.

"Tepi! Biar saya yang buat. Tak pandai cakap tak pandai. Jangan buat - buat pandai." Yoonha menolak lembut badan Yoongi. Yoongi hanya memerhatikan tingkah Yoonha.

"Kau pandai ke buat?" Tanya Yoongi.

"Awak ingat saya tak pandai?? Tsk! Awak silap orang laa. Of course laa saya pandai. Handal tau!"

"Eleh. Perasan!"

"Biar laa. Eh! Awak ni tak reti - reti nak panggil diorang turun ke?" Yoonha bercekak pinggang.

"Hurm." Tak pasal - pasal hidung Yoonha ditarik oleh Yoongi. Membulat mata Yoonha.

"Yoongi!!!!!!" Jerit Yoonha dengan kuat.

"Hahahahaha!!!" Yoongi hanya ketawa.

~~

Semua yang demam dipaksa makan bubur oleh Yoonha. Bukan apa. Nanti bertambah teruk kalau tak makan. Dah laa perut kosong!

[C] BTS Next Door + mygWhere stories live. Discover now