"Cepatlah abang , nak kena tinggal flight ke ? Macam girl je bersiap lama2 ni "
"Kejap .. 5 minit lagi siap la ni "
5 minit kemudian , masih tidak muncul lagi si abang sado tu
"Abang oiiiiii "
Aku menjerit sekuat hati dari pintu utama supaya getaran suaraku sampai ke gegendang telinga Abang .
"Dah siap . Tengoklah abang , hensem kan ? "
Abang bersuara sambil menggayakan baju t-shirt Ralph Lauren yg Aku hadiahkan sempena hari jadinya yg ke 21 tahun , iaitu pada bulan lepas , February ..
Disapu2 bahunya .. Semerbak bau haruman Hugo Boss menguasai udara yang ku sedut .
Ahhh sesak nafas dibuatnya .
"Kenapa tak mandi dengan minyak wangi je . Barulah melekat sampai setahun "
Aku membalas dengan ejekan dan ketawa sinis . .
" Jealous lahtu , nanti ramai berkenan kat abang awak ni yang sado lagi hensem "
Abang tersenyum bangga .
" uhuk uhuk , tersedak pulak air liur sendiri . Apa abang cakap , hensem ? Hahahaha perasan "
" Mana ada perasan , kalau tak hensem kenapa Abang boleh jadi Prince Charming time prom night kat sekolah dulu ? "
" Sebab undian adik kut . Cuba bayangkan , abang menang sebab dapat 1 undi lebih dari kawan abang tu kan .. Andai kata adik undi kawan abang , konfirm abang kalah . So , berterima kasihlah pada adikmu yang berjasa ini "
" Kalau adik undi abang , maknanya adik mengakui kehenseman abang lah kan ? "
" Antara yang bakal di undi malam tu , hanya abang je yang adik kenal . So mestilah adik undi abang "
Aku menidakkan kenyataan Abang . Poyo je lebih dia ni .
" Yella , adik kan sekolah lain , memang la tak kenal. Tapi, yang penting ialah ,, abang memang hensem "
Aku menepuk2 bahunya sambil berkata ,
" Tak elok berbangga diri ye abangku "
Abang terdiam . Tersentap barangkali .
Sedang asyik aku memerli abangku .
"Abanggg !!!! Adikkk !!!! Cepat , nak gerak dah ni ! "
" Ye Mak . Kami datang " serentak kami menyahut panggilan Mak .Kereta Alphad putih dipacu selaju 110 km/j oleh Pak Man supaya cepat sampai ke KLIA .
#Pak Man : driver Ayah a.k.a driver kami semua ..
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT
Setiap kali Aku melihat tanah berhektar2 yang terbentang luas yang dipenuhi laluan bertar ini , aku berasa gembira . .
Seringkali Aku meminta Pak Man membawa Aku ke sini . Entah kenapa , Aku berasa begitu bersemangat dan teruja setiap kali melihat objek bersayap itu terbang ..
Aku akan mendongak ke langit sehingga objek itu hilang dari pandangan ku , jauh di celah2 awan di langit . . Seperti menuju ke satu dunia lain di atas sana . . Tinggi , bebas dan tersembunyi . .
**
Hari ini , hari yang ditunggu2 oleh kami sekeluarga.
Family vacation !!
Guess where ?
Ehemm ehemm , London
Again .. LONDON , ENGLAND ..
YOU ARE READING
Abang Adik
General FictionAda Abang ni best ke ? Or asyik kena buli je ? Kenapa ada mereka yg tak nak ada abang sebaliknya nak jadi abang . Adakah sebab selalu bergaduh macam anjing dgn kucing ? Atau mungkin akan terlalu rapat mcm isi dengan kuku ? Jom usha tengok apa terj...