HOME SWEET HOME
Huhhhh ..... Huhhhhhh ..... Huhhhhh .....
Bergema suara keluh Abang dari tingkat atas .
Aku berlari menaiki tangga . Bimbang apa2 yg sudah terjadi pada Abang .
Setibanya aku di ruang tamu atas .
Sebelah kaki Abang berpijak di atas kerusi . Lagi sebelah kaki berpijak pada lantai . Tangan kanannya pula gagah mengangkat bakul yang sarat dengan muatan . .
5 kg beras di bahagian bawah dan timbunan baju di sebelah atas .
" Dah kenapa Abang oii ? Bakul baju pun boleh dijadikan dumbell ke ? "
Aku ketawa sendirian . Ada2 saja Abang Iz ni ..
" One , two , up ... One , two , up .. "
Abang meneruskan workout tanpa menghiraukan ejekan Aku .
" Pi ambik ayak sejuk dalam peti sana " arah Abang dalam loghat utara .
Aikk ? Sejak bila dia ni jadi orang utara ? Dah terpampang dekat surat beranak Abang tu lahir kat SELANGOR .
Tiba2 idea yg 'nakal' memasuki benak fikiran ku .
Botol air yang baru sahaja di ambil dari peti sejuk diletak perlahan2 ke atas meja , bimbang akan ada bunyi yang terhasil . Jika berlaku , gagal lah plan Aku kali ni ..
Abang yang asyik dengan pumpingnyaa tidak menyedari kemunculan Aku dari belakang ..
Aku berjengkit2 menghampiri Abang . Dengan langkah yang berani , Aku terus duduk bersila di atas belakang Abang ..
" Let see Abang Iz ni kuat ke tak ? Ha ha ha ha "
Ketawa jahat Aku memenuhi ruang tamu atas.
Abang meneruskan juga pumping . Malah makin laju rentaknya .
' Peliknyaa Abang ni , sejak sembuh ni makin sado pulak Aku tengok ' hati aku membebel sendiri .
Aku terasa seperti menaiki mainan spring yg dibuat khas untuk kanak2 bermain di taman permainan yang kebiasaanya berbentuk itik , kuda dan macam2 lagi lah . Tapi yang Aku ni pula berbentuk manusia .
Limited editon kan ?
Abang mengibas badannya ke kanan , seperti mahu mencampak 'beban' dari belakang badannya .
Aku jatuh terguling .
" Eh Isya ke ? Abang ingatkan ada anak gajah terduduk atas belakang Abang tadi "
Menyedari Aku masih berguling2 menghampiri kaki meja , Abang tangkas menarik kaki Aku .
Malangnya tindakan Abang Iz tidak setangkas yang ku fikirkan . Kepala Aku sudahpun terhantuk pada kaki meja kira-kira 0.1 saat yg lalu . Bincut sedikit .
" Oppsss ! Tak sempat pulak nak selamatkan " kata2 Abang memang menjengkelkan .
Aku bingkas bangun dari kedudukan terlentang itu dan melabuhkan tubuh ke atas sofa berhampiran . .
Terasa sedikit hanyut . Pening2 lalat .Plan Aku untuk mengacau senaman Abang Iz kali ini terpaksa dihentikan .
Terhantuk sekali , Aku terus insaf . Haha .
![](https://img.wattpad.com/cover/67382702-288-k614687.jpg)
YOU ARE READING
Abang Adik
General FictionAda Abang ni best ke ? Or asyik kena buli je ? Kenapa ada mereka yg tak nak ada abang sebaliknya nak jadi abang . Adakah sebab selalu bergaduh macam anjing dgn kucing ? Atau mungkin akan terlalu rapat mcm isi dengan kuku ? Jom usha tengok apa terj...