Part 11

543 14 1
                                    

Seminggu kemudian

Rumah banglo Tan Sri Alif bising dan meriah dengan kehadiran tetamu untuk melihat perkahwinan Farish Amir dan Amira Adriana .. Hari ini mereka berdua akan di ijab kabul kan ..

Amira berdebar menunggu didalam bilik tetamu .. Memandangkan ibu bapanya sudah lama meninggal dunia , Puan Sri Aida menyuruh Amira duduk serumah dengannya dan diijabkabul kan disini ..

Tok ! Tok !

Wajah Puan Sri Aida kelihatan di muka pintu .. " boleh mama masuk ? " Pinta Puan Sri Aida .. Amira mengganguk

" Amira gementar ya ? " Tanya Puan Sri Aida sambil memegang bahu Amira Adriana

Amira mengangguk , Dia tiba-tiba berasa tidak punya suara .. Gementar mungkin , fikir hatinya ..

" dah , jangan risau .. Jom turun bawah .. Semua dah sedia " Puan Sri Aida bangun sambil memegang lengan Amira

Amira hanya menurut Bakal ibu mertuanya itu .. Dia menurun tangga dengan berhati-hati ..

Semua tetamu memandang kearah Amira , terpegun dengan kecantikan Amira walaupun hanya solekan nipis .. Farish terpegun dengan kecantikan bakal isterinya sehingga terleka ..

" ehem , dah sedia semua ? " tanya tok kadi

" Farish Amir bin Alif "

" saya "

" Aku nikahkan dikau dengan Amira Adriana binti Hisyam dengan mas kahwinnya 3000 ringgit tunai "

" aku terima nikahnya Amira Adriana binti Hisyam dengan mas kahwinnya 3000 ringit tunai "

" sah ? " tok kadi pandang tetamu yang hadir

" sah "

" sah "

" Alhamdulillah " mereka menandah tangan untuk membaca doa ..

Farish menuju kearah Amira , perlahan-lahan amira mendongak .. Tangan amira diambil lalu dipakaikan cincin .. Amira mencium tangan suaminya ..

" Pengantin perempuan cium tangan suami lama sikit ya .. Mahu ambil gambar "

Hampir tercekik tulang nasi dibuatnya Amira mendegar arahan juru gambar itu

Farish tersenyum sinis

Perlahan-lahan amira mencium tangan suaminya lama

Klik ! Klik ! Klik !

Bermacam-macam gaya mereka buat , malu usah dicakap lah .. Malu gilerrr !

Sebelum beredar untuk bersanding , Farish menarik tangan Amira dan berbisik

" kau jangan ingat aku akan layan kau baik-baik .. Aku benci kau ! Kau tunggu lah nasib malang kau perempuan ! " Kata Farish dengan kasar dan terus meninggalkan Amira

Amira terkaku , terkelu , terkejut dan macam-macam TER lah ..

' Ya Allah tabahkan lah aku ' doa Amira didalam hati

PENAT dengan majlis hari ini .. Amira masuk kebilik perlahan-lahan untuk tukar baju , perasaan takut , risau , rimas semuanya bercampur baur ..

Amira terkaku didepan pintu .. Tangannya terketar-ketar membuka pintu .. Baru saja tangannya menyetuh tombol pintu , tiba-tiba pintu dibuka

" pehal kau lambat sangat masuk hah perempuan ?! " tengking Farish , tetapi dikawal suaranya supaya Mama dan Papa serta tetamu lain tidak mendengar

Serta merta Amira merasakan tubuhnya ditarik , Farish mengheret tubuh amira dengan ganas dan kasar

" awak , sakit .. " rintih amira

" huh ? Sakit ? Kesah apa aku " balas Farish selamba dan terus menghentak badan Amira diatas lantai

Tangan amira digenggam kemas .. Tudung sudah terbang kemana pun tak tahu

" kau dengar sini eh perempuan , aku akan hancurkan hidup kau .. Kau ingat tu " selepas berkata begitu , Farish terus melepaskan cengkamannya dengan kasar dan meninggalkan Amira ..

1437 Sayang Where stories live. Discover now