Selepas balik daripada sekolah,aku terus merihatkan diri di atas katil kerana dek kepenatan melakukan aktiviti sukan di sekolah. Sewaktu aku ingin melelapkan mata,tiba-tiba umu memanggilku untuk bersiap. Aku berasa hairan kenapa tiba-tiba umi suruh aku bersiap. Padahal dia tidak pernah mengajak aku keluar pada waktu malam. Kalau dia ingin keluar pun,selalunya dia akan ajak abah ataupun adik bongsu aku. Disebabkan aku malas ingin bertengkar, aku pun mengikut perintahnya. Selepas habis mandi, tiba-tiba aku terlihat sepasang baju kurung yg diataburi manik di atas katil. Aku hairan. Baju ni untuk aku ke? Atlast aku pakai jugak kerana ingin cepat bersiap. Aku tidak mahu mendengar leteran dasa daripada umi kerana lambat bersiap.
20 Minit kemudian.....
"Abah lambat lagi ke nak sampai?"tanyaku kepada abah. Abah hanya mendiamkan diri dan fokus kepada pemanduannya. Aku lihat semua ahli keluargaku hanya senyap je. Kalau tidak ada saje bualan hangat yg kami bualkan."Alright...kita dah sampai" kata abah. Aku memandang muka abah dengan penuh hairan. Kenapa tiba-tiba abah membawa kami sekeluarga pergi ke hotel? Padahal abah paling tidak suka makan di hotel kerana makanannya sangat mahal.
"Abah,kita buat apa kat sini. Abah ada acara ke kat sini?" Soalku kepada abah.
"Bukan. Abah ada temujanji dengan tengku danish. Dia mengajak kita sekeluarga untuk makan malam bersama keluarga mereka"kata abah
"Ouh" hanya itu yg aq mampu katakan.
"Abang dinner kita dengan tengku danish kt sini kan?" Tanya umi
"Haah betul la tu. Dah jom masuk" kata abah dengan gembira
"Mentang-mentanglah nk jumpa kawan dia happy sampai ke telinga" kataku dalam hati. Tiba-tiba aku terlihat susuk tubuh seseorang datang menghampiri kami. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat orang itu ialah 'TENGKU HARITH AIMAN'. OMG!!!!! Kenapa mamat ni boleh ada kt sini. Mana aq nk letak muka aq.
"Hai isya. Dah lama x jumpa you" katanya dengan penuh sinis
"Ap...." aq baru nk jawab pertanyaan si dia tiba-tiba abah memotong percakapanku. "Kamu berdua pernah kenal ke sebelum ni?" Soal abah.