CERPEN DOA SEORANG KEKASIH

122 3 1
                                    

DOA SEORANG KEKASIH

HAMPIR sebulan hubungan cinta Nia dan Nasrun terputus.Nia masih ingat lagi kata-kata Nasrun.

"Nia,hampir 3 bulan saya dipondok ini,begitu banyak sekali perkara yang saya belajar."
Ketika itu jam menunjukkan pukul 12.05 tengah malam.Bagi Nasrun dia perlu beterus-terang pada Nia,tentang hubungan yang tidak sepatutnya ini.

"Nia,disini saya ada belajar sesuatu tentang cinta.Cinta manusia.Apa yang kita lakukan selama ini,sebenarnya salah.Cinta kita pasti tidak direstuiNya. Terlalu banyak masa yang kita habiskan untuk bermesej,walaupun mesej-mesj kita diselitkan dengan kata-kata nasihat. Walaupun kita hanya berjumpa tidak lebih tiga kali dan ditemani mahram,namun kita hanya manusia biasa Nia. Saya takut sesuatu yang tidak sepatutnya belaku antara kita."
Nia membisu.

"Nia,saya faham perasaan awak,kerana saya juga merasainya. Saya akan sambung pengajian saya ke Jordan.Ketika itu saya tidak tahu berapa lama saya akan di sana.Dan saya juga tidak tahu kebarangkalian yang akan berlaku terhadap saya. Nia,cakaplah sesuatu."

"Apa lagi yang boleh Nia katakan?"dengan nada tertahan-tahan. Nasrun faham Nia seorang yang amat sensitif dan mudah mengeluarkan air mata.

"Sekarang ini saya ada minta pandangan ustaz di sini.Saya telah menceritakan tentang hubungan kita.Dan minta pendapatnya.Dan dia mengatakan hanya ada dua jalan untuk kita.Sama ada putus atau pun kita nikah,"Nasrun diam tanda meminta penjelasan Nia.

"Awak saya terima semua keputusan awak kecuali awak jangan tinggalkan saya,"Nia benar-benar menangis.Dia tidak mampu lagi menahan air matanya yang sudah lama bertakung.

Nasrun menarik nafas panjang. "Saya tak boleh berjanji,saya sayangkan awak, tetapi sayang saya ini tidak menjamin bahawa kebahgiaan milik kita.Nia,saya nak awak solat 2 rakaat,mintalah petunjuk dariNya dan mintalah Dia menenangkan hati awak.Saya rasa terlalu panjang kita berbual,cukuplah sampai di sini saja.Hari pun sudah jauh malam."

Nia masih tersedu di hujung telefon.Seraya Nia cuba mencekalkan hatinya agar tidak terlalu sedih. "Baiklah awak,awak jaga diri,jaga pandangan dan semoga awak berjaya mempelajari ilmu yang baik di sana.Assalammualaikum".

"Waalaikummussalam.Baiklah,awak pun sama.Jaga pemakaian,jaga juga kesihatan,jangan terlalu mengikut nafsu makan,awak bukannya berapa sihat.Jangan banyak berjalan keluar,lagi banyak berjalan,lagi banyak penyakit yang datang kerana awak seorang perempuan." Lantas panggilan dimatikan.

Nia begitu sebak.Dia begitu yakin bahawa hubungan ini pasti akan putus seperti mana yang pernah dilaluinya dulu.

Nia terus ke kamar mandi,lalu membasahi kan dirinya dengan wudhuk.Lalu menunaikan Solat Sunat Hajat.Di akhir solatnya,dia memanjatkan doa. "Ya Allah,kini aku begitu tertekan,sehingga tidak mampu melakukan apa-apa.Ya Rabbi,tenangkan lah hatiku.Berikan lah aku petunjukMu.Aku begitu menyayanginya.ya Allah suburkan lah jua cintaku padaMu ke jiwaku.Aku tidak mahu menyayanginya lebih daripada mencintaiMu.Aku begitu malu,malu kerana sibuk mendapatkan cintanya dan hampir melupakanMu.Padahalnya aku banyak waktu untuk bersamamu.Ya Allah ampunkan lah aku.Ya Allah aku minta andai hubungan kami ini bukan lah yang sepatutnya,Kau berikan lah jalan pada kami.Agar kami tidak sesat ke lautan cinta ini ya Allah.Aku bermohon denganMu ya Allah,kabulkanlah doaku ini.Amin ya Rabbal a'lamin".

Nia menyambung dengan membaca kalam-kalam Allah.Dia membaca surah Al-Mulk dan surah An-Nur.

Hampir 3 bulan Nasrun tidak membalas mesejnya dan menghubunginya.

Pada suatu hari,sedang Nia sibuk mengemas kamar tempat dia beradu,telefon bimbitnya berbunyi lagu Wanita dari De Hearthy.Nia terasa seperti mimpi,kerana lagu itu di setkan untuk Nasrun,kerana Nasrun pernah mengirimkan lagu ini kepadanya melalui email.

DOA SEORANG KEKASIHWhere stories live. Discover now