Kali pertama kami bertemu tiada langsung niat untuk mengenali antara satu sama lain. Dia dengan halnya, aku dengan hal aku. Namun kerana statusnya sebagai seniorku terpaksa juga aku mengenali dirinya. Imran, itulah panggilanku kepadanya dan nama itu juga yg terpahat di hati setelah hampir 2 tahun usia pengenalan kami. Imran seorang lelaki yg simple, sejuk mata memandang dan paling aku suka, dia tak pernah lekang dgn senyuman manisnya. Mungkin keramahannya yg membuatkan kami semakin rapat, ya antara kami sudah tiada rahsia.
Hari ini kuliahku tamat agak awal jadi aku mengambil keputusan untuk menunggu Imran di kafe, ada sesuatu yg ingin ku beri kepadanya memandangkan hari lahirnya yg bakal menjelang. Aku tahu terlalu awal untuk hadiah itu namun aku tetap ingin menghadiahkan Imran sesuatu. Hampir 5 minit kemudian Imran tiba dgn senyuman manis terukir di bibirnya.
"Assalamualaikum..sorry ye wak, saya ada hal td.." Dia mengambil tempat di sebelahku, perlahan aku menjawab salamnya.
Aku mengambil bungkusan di dalam beg lalu kuserahkan kepadanya. Raut wajah Imran agak panik, digaru-garu kepalanya yg tak gatal.
"Erk..apa ni awak? "
"Untuk awak la..saya kasi awak, tengok la suka ke tak"
Dahi Imran berkerut-kerut namun jarinya pantas mengoyak balutan hadiah itu. Kemudian dibukanya kotak kecil yang berbentuk hati. Matanya bersinar cerah, lantas dikeluarkannya jam tangan hadiah pemberianku itu.
"Ya Allah..Maria! ini jam hari tu kan? Awak, jam ni kan mahal. Kalau awak guna duit tu utk belanja kan lebih baik.."
"Suka tak?"Aku cuba menduga. Itulah jam tangan yg paling diminati Imran, namun disebabkan kekurangan wang dia tidak jadi membelinya. Ketika itu kami keluar untuk membeli barang-barang keperluan rumah, aku dan Imran masing-masing menyewa di luar kampus jadi kami sering mengambil kesempatan untuk keluar bersama.
Imran menggangguk kecil. "Suka, tapi kurang suka awak bazirkan duit untuk saya. Well, jam ni untuk apa? Birthday saya lambat lagi, bulan depan Maria.."
Aku tersenyum memandang gelagat Imran. Sememangnya dia begitu, selalu berpesan agar aku berjimat cermat. Katanya, dia sudah rasa bagaimana susahnya untuk mendapatkan wang, keluarganya sederhana sahaja namun kaya dgn kasih sayang. Bagiku, bukankah itu lebih berharga?"Awk, salah ke kalau saya hadiahkan something untuk awk? Lagipun sepanjang kita berkawan, saya jarang kasi awk hadiah kan? Takpe la, nanti birthday awk saya kasi lagi ok?"
"Abis saya slalu ke kasi awk hadiah? Ok, hadiah ni saya terima sebagai hadiah hari lahir, tp saya tak nak hadiah lain dah, sebab ni pun dah sangat berharga wak.."
Mata Imran memandangku penuh makna. Akhirnya aku mengalah di hadapannya. Dalam hati aku tetap mahu hadiahkan sesuatu buat Imran. Sejak kebelakangan ini kami jarang bertemu kerana Imran sudah berada di tahun akhir, banyak kerja yang perlu diuruskan jd aku tak mahu hubungan kami menjadi hambar. Sebolehnya aku mahu kami sentiasa gembira.
YOU ARE READING
Senyuman Terakhir
RomanceKali pertama kami bertemu tiada langsung niat untuk mengenali antara satu sama lain. Dia dengan halnya, aku dengan hal aku. Namun kerana statusnya sebagai seniorku terpaksa juga aku mengenali dirinya. Imran, itulah panggilanku kepadanya dan nama itu...