Sebuah bungkusan berbalut merah hati dihulurkan kepadaku. Aku terkejut, namun setelah didesak Imran bungkusan itu bertukar tangan. Lantas dengan cermat aku membuka pembalutnya. Sebuah kotak berbentuk hati, sama seperti yang aku berikan utk Imran Cuma lebih kecil saiznya. Ku buka kotak itu, dan kali ini aku terharu. Loket silver berbentuk hati dan di dalamnya ada gambar kami berdua. Cantik!
" Awak.."
" Awak pakai la..saya suka tgk awak happy. Kalau boleh tiap-tiap hari saya nak tgk awak..sepanjang masa. Kalau awak rindukan saya, tgk je gambar saya tu. Kalau saya pulak rindukan awak, hurm..saya nak buat apa ek?"
Aku ketawa. Imran betul-betul pandai mengambil hati.
"Kalau rindukan saya, awak senyumlah.."
"Senyum? Kenapa senyum?" Dia bertanya hairan.
Aku menarik nafas dalam-dalam. "Sebab senyuman awak tu saya boleh rasa. Setiap kali awk senyum, saya tahulah awk rindukan saya, ok?"
"hurm, macam ni?" Imran menghadiahkan aku senyumannya, dan aku rasakan inilah senyuman paling manis yg pernah aku lihat di wajah Imran. Tenang sekali setiap kali aku melihatnya tersenyum.Tiba-tiba Imran menepuk dahinya. "Saya tertinggal jam tangan tu dalam kereta la wak..saya pergi ambik kejap ya. Mana boleh tak pakai, hadiah special tu.."
"Ishh..tak payahlah. Kita makan dulu, nanti lepas makan kita jalan-jalan kejap. Kan awal lagi? Kejap lagi la eh?" Aku cuba menghalangnya. Sayang kalau masa-masa begini dibiarkan berlalu.Imran berkeras mahu mengambil jam tangan pemberianku. Aku hanya mampu mengalah, Imran terlalu sukar utk dihalang. Aku mengekori Imran dgn pandanganku. Setelah kelibatnya hilang di celah-celah kereta yang berpusu, aku melihat loket itu sekali lagi. Kami memang padan, itu kata kawan-kawanku. Dan buktinya dalam loket itu kami nampak seiras, sama padan. Aku melihat jam tanganku, sudah jam 9.30 mlm.
Beberapa buah kereta baru saja tiba dan diparkir berhampiran dengan restoran. Aku melemparkan pandangan ke arah jalan yang semakin sesak. Imran sudah berada di seberang jalan dan sempat melambaikan tangannya ke arahku. Bibirnya mengukir senyuman lagi, malah lebih menawan. Aku membalas lambaiannya dan Imran berlari-lari anak utk menyeberangi jalan. Malangnya, ada sebuah kereta yang sedang memecut laju melalui jalan itu.DEBUMMMMM!!!!
Ketika itu segala-galanya berlaku terlalu pantas. Aku melihat tubuh Imran tercampak sebelum jatuh ke atas sebuah kereta. Kemudian, tubuh yang sudah tidak bermaya itu tergolek jatuh di atas jalan raya. Imran cuba utk bangun, sedaya upaya digagahinya dan ketika itu juga sebuah kereta dari arah yang bertentangan merempuh laju tubuhnya. Imran terjatuh, malah tidak bergerak-gerak.
Dan aku? Aku kaku, tergamam dengan apa yg sedang berlaku. Aku betul-betul keliru. Setelah beberapa org mengerumuni tubuh Imran yg sudah terbujur kaku itu barulah aku tersedar. Aku berlari pantas ke arah Imran, keadaanya sangat parah. Aku sudah mula meraung ketika memangku kepalanya. Imran sudah tidak berdaya. Puas aku menjerit memanggilnya, dan Imran akhirnya terus meninggalkan aku buat selamanya. Aku meratap, meraung sepuas-puas hati. Imran!! Dan ditangannya, sebuah jam tangan yang berlumuran darah masih erat dipegang. Aku menatap wajah kaku Imran, dan senyuman itu...senyuman terakhir itu juga pergi buat selama-lamanya...
YOU ARE READING
Senyuman Terakhir
RomanceKali pertama kami bertemu tiada langsung niat untuk mengenali antara satu sama lain. Dia dengan halnya, aku dengan hal aku. Namun kerana statusnya sebagai seniorku terpaksa juga aku mengenali dirinya. Imran, itulah panggilanku kepadanya dan nama itu...