Ohoi hoi!Hi peminat wattpad!hi peminat runningman!hmmm..sebenarnya saya pon tak tahu nak cakap ape tentang RMSSM2 ni,tapi kisah dia tentang percintaan diantara KwangSoo dengan JiHyo.Sorry kalau ada kesalahan ejaan atau kesalahan tatabahasa.So,kita enjoy je la short story ni.Jangan lupa Vote And Comment! (^_^)(^_^)
"Cut.."Ujar pd gembira.Akhirnya shooting mereka habis sejam awal.
Members running man memberi tepukan gemuruh buat diri mereka sendiri kerana berjaya menjalankan shooting dengan jayanya tanpa kesilapan.
*****
Ji hyo cuba membuka zip gaun putihnya namun tangannya tidak sampai menyampai zip tersebut.Tiba tiba datang sepasang tangan menolong.Ji hyo menoleh ke belakang.kelihatan gary tersenyum malu sambil menolong ji hyo.
"Thanks oppa"Ujar Ji hyo menahan malu.Gary hanya mengangguk.
Namun disebalik pintu kelihatan kwang soo sedang memandang mereka berdua dengan pandangan yang sukar untuk di takfsir.
Kwang soo pov
Aku melihat gary hyung sedang menolong ji hyo noona membuka gaunnya.
Entah kenapa ketika ini hati aku amat sakit.ya amat sakit.Terasa seperti ditoreh toreh dengan sebilah pisau yang amat tajam.
Aku menundukkan wajah aku.kenapa setiap kali aku melihat Noona bersama Gary Hyung aku rasa seperti aku sedang dalam perasaan cemburu?
Benarkah aku mempunyai perasaan cinta terhadap Ji hyo Noona?atau itu hanya perasaan seorang adik kepada kakaknya?
Entah aku tak tahu membuat keputusan.Tapi aku,aku takut andainya suatu hari nanti ji hyo noona jadi milik orang.
Sedang aku leka dengan dunia ku sendiri tiba tiba.
"Kau tak boleh tipu perasaan kau lagi kwang soo"Kata seseorang dari belakang.
Aku terkejut.pantas aku memandang si punya suara tadi.Hyung! Jong kook hyung!Walaupun ramai yang melihat aku dan jong kook hyung selalu bergaduh semasa dalam rancangan Running Man namun itu hanya lakonan semata mata.
Sebenarnya jong kook hyung la sangat rapat dengan aku disaat camera ditutup.Jong kook hyung la selalu ada dengan aku jika aku ada masalah.Dan jong kook hyung jugak tahu tentang perasaan aku terhadap ji hyo noona.
"Biar saya tipu dari sengsara" Ujar aku perlahan sambil melangkah melangkah pergi namun langkah aku terhenti apabila medengar ayat yang terkeluar dari mulut jong kook
"Tapi kau dah cukup sengsara kwang soo.Sampai bila kau nak pendam perasaan kau kalau selagi kau tak luah perasaan dekat dia,kau takkan tahu"Kata Jong kook geram.Ya dia geram melihat kwang soo memendam perasaannya terhadap ji hyo,dia tak nak kwang soo kecewa bila suatu hari nanti ji hyo bersama orang lain.Biar kita cuba dulu sebelum mengalah!
"Tak payah luah hyung,sekarang pun kita dapat agak jawapannya"Balas aku sayu sambil meninggalkan jong kook hyung
*********
Tangan aku mengagau gagau mencari talefonnya yang berdering sejak tadi.Jam di dinding aku lihat seketika,dilihat jarum jam menunjukkan tepat tepat ke angka 7 pagi."Emmm"Tanya aku dalam keadaan mamai.
"Yah kwang soo!bangun la dah pukul berapa dah sekarang."Marah ji hyo di dalam talian.
"Emm noona nak apa?"Tanya aku malas.
"Sebenarnya noona ada depan rumah kwang soo"Jawab ji hyo gembira.
"Huh?"Soal aku bingung.
"Yah Lee Kwang Soo bukak la pintu cepat"Marah ji hyo.
Dari dalam bilik kedengaran pintu rumah aku ditendang kuat oleh ji hyo noona.Haish Noona,walaupun diluar tetap jugak garang omel aku sendirian sambil memhampiri pintu rumah.
YOU ARE READING
RunningMan Short Story Malay 2
Short StoryHa!dalam 'RunningMan Short Story Malay 2'ia mengisahkan tentang percintaan di antara KwangSoo dan JiHyo.Cakap banyak pon tak guna,jom kita ENJOY! [Jangan Lupa Vote And Comment Tau]