LETUP

158 5 6
                                    

Suasana McD petang tu macam biasa. Tiada yang luar biasa. Emma melangkah masuk dengan penuh terpaksa. Bukan mahu sangat jejak kaki di kedai yang orang panggil kedai yahudi tu. Tapi Emma tiada pilihan. Semua kedai tutup memandangkan hari itu merupakan hari minggu.

Walaupun terpaksa, itu tidak mematikan selera Emma terhadap makanan segera tu. Sebiji beger, kentang dan secawan besar air coke yang menggemukkan jadi pilihan Emma.

Ting.
Sms masuk. Emma malas mahu baca. Zaman serba canggih ni dia masih tak faham. Kenapa Zahin tetap mahu guna perkhidmatan berbayar tu. Beli henfon cikai. Alasan tak ada duit sedangkan kereta dua tiga. 

Emma malas layan.

"Dunia sekarang ni makin ramai munafik. Ustaz yang ceramah hari-hari tu belum tentu baik kau tahu" suara Bayu kembali bergema.

Suasana makin meriah. Mungkin mereka yang lain sama dengan Emma. Terpaksa mengunjungi kedai yahudi ini untuk makan sebab kedai islam suka bercuti hari ahad. Entah. Emma malas fikir.

Mengadap seketul beger dan sebekas kentang Emma ambil tempat duduk tersorok. Malas mahu berhadapan mata-mata yang suka pandang lain macam. Bukan lain macam apa tapi pandang macam bagi hint "forever lone betul budak ni". Kenapa? Memang kedai yahudi ni kena datang ramai-ramai. Kalau datang sorang sinikal dia macam haram.

Emma gigit beger ayam spicy chicken mc deluxe. Penuh mulut. Tapi sebab Emma duduk memang jauh dari orang dia tak perlu kaver mulut dia nga nga luas mana.

"Aku cuma nak masuk syurga. Tapi aku tak nak masuk sorang. Aku nak ajak kau masuk sekali"

ting.
Zahin mesej lagi. Mesej yang sama. Emma malas layan. Bazir kredit.

Tring.
Whatsapp masuk. Mira. post dekat grup. Mesej tazkirah akhirat. yang penting ayat last tu mesti paling klise. "Sila sebarkan jika tidak mahu ditimpa nasib malang. Tidak salah menyebarkan ayat Allah". 


Pandai orang agama sekarang main ugut2.
Emma malas layan. Kalau percaya tu berdosa. Sebab percaya nasib malang kalau tak buat.

Beger habis. Emma sedut air coke. Slurppp. Tajam masuk dalam tekak. Sedawa kecil Emma.

"Kau tahu emma. Apa yang kau buat ni akan bawa kau pergi syurga" dialog dengan Bayu semalam berlegar lagi.

Emma skrol instagram. Tengok gamba budak perempuan baru nak up pamer lurah tetek bagi pancing like. Jadah sungguh. Lagi jadah lelaki gatal yang komen "awwww" "uuuu seksi". Lagi bangang direct komen "pm number. Mlm ni sy dtg".
Pelacur alaf baru 

Tak semua pasal gadis tayang lurah. Ada yang jual produk. Jual tudung pari, kembong la. Entah pape. Tak kurang penjual produk kecantikan.

Dup.
Emma senyum simpul. Gamba crush naik. Masih kacak dan menawan. Emma double tap. Cukuplah like gamba dia walaupun dia tak perasan.

"Bukan senang nak jumpa jalan jihad ni" perbualan semalam makin jelas.

Emma kunyah habis kentang. Air coke pun tinggal sikit lagi. tangan Emma masih sibuk dengan gajet. Bukak Fb pula kali ni.

Berlambak resepi masakan yang di share. Naik semak pula sebab resepi yang sama di share berulang-ulang.

Ada juga yang share gamba kaabah dengan caption "sila ucap alhamdulilah di ruang komen". Tak lain mereka ini batak like dengan mempergunakan agama.

"Tak pe la. Kalau kau taknak. Aku tak paksa. Cuma aku harap kau tak pergi McD esok. Tempat yahudi tu" pesanan bayu bergema.

Kali ini Emma peduli. Matanya membulat. Esok? Maksudnya hari ni? Dada Emma berombak kencang. Emma nampak kereta bayu berhenti dekat petron. Sorang budak kurus turun bawak beg galas depan.

Dup. Dup. Dup.
Emma cepat-cepat bangun. Dia perlu pergi jauh.
Dia berlari keluar. Lintang pukang. semua pandang pelik. Mungkin lebih tepat pandang simpati ingat emma sudah terencat.

nafas emma termengahengah sampai kedai Cik Nah Cafe. Berdebar mahu pusing.

Sebaik sahaja Emma pusing pandanganya terasa pedih dan panas. kedengaran orang menjerit dan kepulan asap berterbangan tinggi. Semua yang sedang makan di kedai Cik Nah Cafe bangun terkejut. Ada yang menjerit. Ada yang menangis. Tak kurang yang jadi paparazi taknak lepaskan peluang dapat footage kejadian.

Emma tercungap. Perlahan dia melangkah mendekati mcd yang sudah lebur. Asap dan manusia bergelimpangan.

Dari bawah timbunan Emma nampak. Sorang budak. Bayi sudah rentung. Seorang mak cik menggelupur.

"kita tak buat jahat. Kita cuma nak hapuskan sumber kewangan israel. Sebab diorg bunuh orang palestine" suara bayu bergema

Kaki emma di pegang. Seorang budak sekitar 9 tahun barangkali menatap wajah emma. Dengan sepasang mata sayu dalam wajah yang terbakar.

"Kalau betul apa kau kata bayu. Kau baru saja bunuh budak macam israel buat. Kau sama macam israel bayu. Kau lebih zionis!" Emma terjelepok.

LETUPWhere stories live. Discover now