Bab 1

13 1 0
                                    

Dup dup dup'.... degupan jantung yang berdegup di dada Melissa semakin hari semakin laju.Mana taknya hari yang dinanti akan tiba.Pada tanggal 27 Mac keluarnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).

"Siapa yang tak nak keputusan yang cemerlang kan" bisik hati Melissa.Namun itu hari yang terpaksa dia tempuhi.

Melissa sudah lupa apa itu erti cinta sebab dia pernah kecewa dengan sahabat baiknya sendiri,Taufeeq yang pernah cuba menodai dirinya sebelum dia berpindah ke sekolah yang baru.

Perkara itu menjadi peristiwa hitam yang takkan pernah pudar dalam memori ingatannya.Peristiwa itu membuatkan dia tidak percaya pada cinta lagi.

Sejak dari itu Melissa tekad untuk berjaya dalam SPMnya dan menyambung pelajarannya dalam bidang undang-undang.Cara itu sahaja dapat buat dia lupakan kisah hitam itu.

Beberapa hari selepas peristiwa hitam itu,Taufeeq selalu menelefon Melissa dan meminta maaf atas kesilapan yang dia lakukan. Namun hati Mellisa sudah koyak atas perbuatan Taufeeq.

Seandainya Taufeeq tahu jauh di sudut hati Mellisa,cinta dia kepada Taufeeq telah lama berputik sejak mereka kecil lagi.Tapi selepas apa yang berlaku, cinta yang terbina itu hancur musnah begitu sahaja umpama badai menghempas pantai. Di hati Mellisa terbit rasa benci disebalik cinta yang lama terbina itu.

Dia sendiri keliru dengan apa yang dia rasa sebab itu dia mengambil
keputusan untuk menjauhkan dirinya daripada Taufeeq. Melissa memberitahu keluarganya untuk masuk ke sekolah asrama."Mungkin cara ini dapat buat aku lupa tentang cinta dan benci yang bermain dalam kotak hatiku ini.

Pada masa yang sama,di Terengganu Ameer Mukhlis seorang jejaka yang juga sudah tidak percaya dengan cinta.Boleh dikatakan cinta itu umpama pakaian yang ditukarnya setiap hari.Wajah kacukannya membuatkan ramai gadis mudah terpikat padanya.

Dalam masa sehari mesti akan ada hadiah dan surat cinta yang akan Ameer dapat.Dia tidak pernah serius dengan semua perempuan yang mencintai dia.Walaupun dia berterus-terang kepada semua perempuan yang suka pada dia bahawa dia tak mahu bercinta namun perkara itu bukannlah membuat dia tenang tetapi sebaliknya.Semua perempuan berlumba-lumba mendapatkan cinta Mukhlis malah ada yang bertaruh siapa yang mampu menjadi kekasih Ameer.

Ada seorang perempuan yang pernah hampir membuatkan Ameer jatuh cinta,Ayu sahabat baik Ameer yang sangat baik dan sangat cantik seperti namanya.

Satu sekolah anggap yang Ameer tidak mahu menerima cinta sebab cintakan Ayu.Pernah Ameer meluahkan rasa cintanya pada Ayu tapi Ayu tetap diam membisu dan akan menukar topik perbincangan.Ayu sering berkata bahawa dia hanya inginkan sebuah persahabatan kerana takut dengan wujudnya hubungan cinta,persahabatan mereka akan menjadi renggang apabila mereka putus.

"Kalau ye pun nak bercinta biar saya capai cita-cita saya dulu" kata Ayu kepada Ameer.Cinta Ameer terhadap Ayu semakin hari semakin pudar kerana dia merasakan bahawa Ayu sebenarnya tidak mencintai dia dan bila dia terkenang yang tiada siapa menyayangi dirinya jadi untuk apa dia perlu menyayangi orang lain.Diasedar yang mungkin satu hari nanti Ayu mungkin akan tinggalkan dia untuk kejar cita-cita dia untuk menjadi seorang doktor.

Pada Ameer,masa depannya tidak penting apatah lagi selepas dia ditinggalkan keluarganya di sebuah rumah anak yatim,dia merasakan bahawa tiada guna untuk dia teruskan hidupnya.Ameer tidak pernah memikirkan keputusan SPM yang bakal dia perolehi.

Ameer Mukhlis seorang yang sangat sukakan keindahan alam.Dia menghabiskan masa menunggu keputusan SPM dengan bekerja dan pada hujung mingggu dia akan pergi ke pulau ataupun jungle trekking.Ameer juga berbakat dalam bidang fotografi dan setiap kali dia pergi ke mana pasti dia akan membawa Kamera DSLR Nikon D600 yang dibelinya dengan hasil tabungannya.Ameer rasa kenangan akan buat dia terus hidup.

Melissa menghabiskan masa menunggu keputusan SPM dengan membuat kerja sambilan sebagai pembantu jualan di sebuah pasar raya.Terkadang muncul di kotak fikirannya kenangan indah yang pernah dilaluinya bersama Taufeeq.Hatinya menangis dek kerana rindu pada Taufeeq.Peritnya rasa hati Mellisa dan dia rasakan tiada siapa yang akan mengerti.Taufeeq tempat Mellisa meluahkan segala masalah yang dialulinya.Melissa tidak pernah melupakan Taufeeq kerana Taufeeq sahabat baiknya sejak kecil lagi.Kalau Melissa ditimpa masalah Taufeeqlah orang yang pertama menjadi pendengar setia dan sentiasa membantunya.Melissa cuba membunuh benci yang telakar di hatinya atas perbuatan Taufeeq namun dia tak pernah mampu.Apa yang difikirkan Mellisa ini amat menyeksakan.Dia sentiasa cuba menuaikan senyuman di wajahnya.Semakin Mellisa cuba melumpuhkan ingatannya terhadap taufeeq semakin rindu Mellisa kepada Taufeeq.Mellisa cuba mencari pengganti Taufeeq namun dia tidak berjaya menemuinya.Bagi Mellisa cinta sudah tidak wujud dalam kamus hatinya.

Red is Always Right!!!Where stories live. Discover now