Keluarga Ayu memang terkenal dengan sifat pemurahnya.Setiap hujung minggu keluarga Ayu akan menghabiskan masa dengan beramah mesra dan memberi bantuan kepada anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan Semarak Kasih.
Di rumah Semarak Kasih inilah menjadi titik permulaan bagi persahabatan Ayu dan Ameer Mukhlis.
Ayu mengimbau kembali kenangannya bersama Ameer . "Awak orang baru kat sini ye" sapa Ayu kepada Ameer.
Teguran Ayu langsung tidak dipedulikan Ameer,sebaliknya Ameer terus termenung mengenangkan nasibnya selepas mengetahui dia ditinggalkan keluarganya di rumah Semarak Kasih.Ayu seperti dapat merasakan sesuatu sedang membelenggu diri Ameer.
"Nama saya Ayu,nama awak?" Usaha Ayu lagi untuk menegur Ameer.Namun seperti biasa sapaan Ayu tidak diendahkan Ameer.
Ayu berasa geram dan tidak berpuas hati kerana pertanyannya tidak dilayan. Ayu cuba memikirkan idea untuk buat Ameer bercakap dengannya. "Mak saya cakap kan tak baik tau kalau orang tanya kita tapi kita tak jawab,kata Ayu kepada Ameer".
Ameer Mukhlis mengeluh dan menjawab saja pertanyaan Ayu dengan suara yang lemah.
"Nama saya Ameer Mukhlis"akhirnya mengalah juga Ameer dengan Ayu. "Ha kan senang kalau daripada tadi awak jawab soalan saya".
Ayu melemparkan senyuman kepada Ameer sambal berkata "Ameer,boleh tak saya nak jadi kawan awak".
Ameer Mukhlis mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. "Boleh tapi kalau nak jadi kawan saya ada syaratnya",kata Ameer kepada Ayu.
"Apa syaratnya",tanya Ayu kepada Ameer Mukhlis.
Ameer memberitahu kepada Ayu syaratnya,
"Satu,antara kita takkan ada rahsia... ,
Dua,kalau awak ada masalah awak kena cerita kepada saya dan saya pun sama... ,
Tiga,nanti kan bila dah besar nanti awak kena kahwin dengan saya sambil Ameer memberi rantai yang diperbuat daripada ranting kayu kepada Ayu.
"Macam mana,setuju tak? Tanya Ameer Mukhlis kepada Ayu.Kemudian Ayu menunjukkan jari kelingking simbol janji abadi kepada Ameer Mukhlis sambil mengatakan ok saya setuju.
Ameer tidak faham apa yang cuba Ayu lakukan.Lantas Ayu menarik tangan Ameer dan mengajar Ameer cara membuat janji dengan jari kelingking simbol janji abadi.Ayu mengaitkan jari kelingkingnya dengan Ameer.
Ayu dan Ameer Mukhlis sama-sama mengungkapkan 'Saya janji kita akan jadi kawan hingga ke akhir hayat kita'...
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Ayu dan Ameer berjumpa di tempat rahsia mereka yang mereka hias sendiri.Ayu merasa berat untuk memberitahu Ameer tentang tawaran ke sekolah asrama penuh yang diperolehinya.
"Ameer awak tahu tak apa yang boleh pisahkan kita",tanya Ayu kepada Ameer. "Hmmm matilah jawapannya",laju Ameer membalas persoalan Ayu sambil ketawa.
Kemudian Ayu menunjukkan muka marah kepada Ameer... "Haishh main-mainla awak nie",marah Ayu sambil menolak Ameer. "Betullah,kalau salah cuba bagitahu saya apa jawapannya,balas Ameer.
"Sebenarnya,lepas ni kita akan jarang berjumpa",kata Ayu dengan nada yang sedih.Ayu memberitahu tentang tawaran yang dia perolehi untuk memasuki sekolah asrama penuh.
"Tapi awak lupa ke janji kita yang awak akan sentiasa ada dengan saya?" "Tunggulah saya dapat tawaran juga lepas itu kita pergilah sekali",gurau Ameer.
"Ala kalau saya tiada kat sini pun nanti ramai je perempuan lain nak temankan awak",balas Ayu. "Boleh,awak boleh pergi tapi janji dengan saya yang nanti awak akan selalu telefon saya dan mesti selalu rindukan saya,ha boleh tak?"kata Ameer kepada Ayu.
"Eeeee taknaklah kalau saya rindu Ameer pun apa yang saya dapat",sambil menghulurkan jari kelingkingnya sebagai tanda simbol janji abadi mereka.
Lamunan Ayu terhenti apabila kedengaran nada dering daripada telefon bimbitnya.Nama Melissa terpampang di skrin telefon Ayu lantas segera dijawabnya.
"Helo Melissa!!,rindunya kat awak,jerit Ayu selepas sekian lama tidak mendengar khabar tentang Melissa.
Biasalah sebelum SPM semua mempunyai rancangan berjalan sana sini,tup tup lepas SPM semua tiada khabar berita. "Bila awak nak sampai? Tanya Ayu kepada Melissa.
"Dah nak sampai dah tapi saya singgah kedai kejap",jawab Melissa.Ayu dan Melissa kawan baik walaupun mereka baru berkenalan selama dua tahun.Hal ini kerana mereka mempunyai minat yang sama dan tiada rahsia antara mereka.
Malam itu suasana di rumah Ayu tidak seperti biasa,riuhnya seperti 10 orang sedang bersembang.Banyak cerita yang ingin dikongsi antara mereka berdua setelah sekian lama tidak berjumpa.
Akhirnya pagi 27 Mac sudah menerpa,penantian yang sangat mendebarkan akhirnya akan diketahui.Ayu dan Melissa bersiap-siap sebelum turun menikmati sarapan yang sudah disediakan ibu Ayu.
Melissa dan Ayu teruja untuk pergi ke sekolah biarpun dalam hati terselit rasa berdebar dengan keputusan yang bakal mereka perolehi.Dalam masa yang sama mereka tidak sabar nak berjumpa dengan kawan-kawan dan semua cikgu yang sudah lama tidak mendengar khabar berita.
Tangisan kegembiraan mula mengalir di pipi Melissa.Keputusan yang diharapkan kini dalam genggamannya.Ayu datang berlari kepada Melissa dan terus memeluk Melissa.
Mereka mengucapkan tahniah antara satu sama lain.Usaha mereka yang selama ini tidak sia-sia.Mereka pergi berjumpa cikgu-cikgu dan mengucapkan terima kasih atas ilmu yang diberikan.
Taufeeq juga mendapat keputusan yang cemerlang biarpun hanya belajar di sekolah biasa.Lain pula cerita Ameer,dia mendapat 5A dalam SPM dan keputusan itu tidak pernah disangka oleh Ameer.
Taufeeq terus menelefon Melissa namun tidak disedari Melissa.Setelah banyak kali dicuba akhirnya Melissa perasan bahawa Taufeeq menelefonnya namun di saat Melissa mengangkat telefon,Taufeeq sudah meletakkan panggilan.
Ayu memberitahu Melissa bahawa dia ingin berjumpa dengan seseorang dan menyuruh Melissa pulang dulu.Melissa enggan dan meminta Ayu untuk mengikutinya.Ayu membenarkan saja.
Mereka bergegas ke tempat Ayu dan Ameer berjanji untuk bertemu mereka iaitu tempat rahsia mereka.Ayu dengan wajah yang gembira pergi berjumpa Ameer dan menunjukkan keputusannya namun terlihat kesedihan dalam riak muka Ameer.
"Ameer,kenapa sedih je ni?" "Saya sedih sebab keputusan saya tak sehebat awak dan mesti lepas ni kita akan terpisah sebab awak mesti nak sambung belajar",balas Ameer Mukhlis.
Ayu cuba memujuk Ameer dengan menyakinkan bahawa ini bukan penghujung jalan tetapi ini merupakan permulaan bagi dirinya.Ayu juga menasihatkan Ameer untuk terus sambung belajar dan dapatkan ijazah.
Ameer mengeluarkan kertas berwarna merah dan dia membuat origami berbentuk hati dan menunjukkan kepada Ayu.Ayu memuji kecantikan origami yang dibuat Ameer.Kemudian Ameer mengoyakkan separuh origami hati. "La kenapa koyak pulak habislah buruk",tegur Ayu.
"Ini hati saya,separuh saya berikan pada awak dan saya nak awak janji untuk jaga hati ini macam awak jaga diri awak",kata Ameer Mukhlis kepada Ayu.Ameer mengeluarkan jari kelingkingnya untuk membuat symbol janji abadi mereka. "Saya janji",kata Ayu sambil mengaitkan jarinya dengan Ameer.
*Adakah Ayu akan menjaga hati Ameer dengan sebaiknya?
Bagaimana cinta Taufeeq kepada Melissa?
Adakah Melissa mampu melupakan perbuatan Taufeeq?
![](https://img.wattpad.com/cover/68860958-288-kefadca.jpg)