SINOPSIS

1.1K 30 2
                                    

Assalamualaikum Sinopsis Novel Kau Aku Kita Kau silaplah bro jangan nak perasan Iman Firdaus tu aku bukan kau ke kau pun nama Iman firdaus juga Itulah permulaan dua Iman Firdaus seorang lelaki seorang perempuan Dua nama yang sama manusia ya...

Hahahaha

Sinopsis sebenar ialah Mengisahkan tentang 2 individu yang berlainan jantina tetapi mempunyai nama yang sama iaitu Iman Firdaus. Kedua-duanya bertemu secara tak sengaja dalam 1 kejadian yang agak melucukan. Si gadis lebih mesra dipanggil Iman (Janna) manakala si jejaka lebih senang dikenali sebagai Aus (Syarul) . Walaupun nama mereka sama tetapi perangai mereka sangat berbeza.

Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras untuk menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman Ah Long yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan menjadi artis ternama digilai ramai. Jika Iman diancam gangster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus diancam peminat yang ingin jadikan dia sebagai kekasih.

Iman dikejar gengster ketika dia mencari kerja dan Aus pula menyamar sebagai orang biasa untuk lari dari dunia glamornya. Penjahat menjerit nama 'Iman Firdaus' menyebabkan mereka berdua menggelabah dan lari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai selebriti. Kerana Iman tak mampu membeli TV apatah lagi menontonnya.

(Kalau tak sabar nak tau cerite selanjutnya teruskan membaca ya)

KAU,AKU DAN KITAWhere stories live. Discover now