Bab 4

188 9 0
                                    

Sejak tadi aku menanti lelaki itu di belakang bangunan sekolah. Aku pasti dia akan datang. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana membantu aku. Tak mampu aku balas jasa dia.

"Kau tunggu aku?"

Aku berpaling. Lantas aku tersenyum dan mengangguk. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar sekolah.

"Saya nak ucapkan terima kasih. Nanti bil tu saya janji saya akan bayar."

"Sama-sama. Bil tu tak payahlah bayar. Anggap saja aku bersedekah untuk kau wahai Emy El Zahra."

Aku pantas menggeleng. Tak mahu terhutang budi.

"Ikut suka kau lah!" Dia terus berlalu. Aku bersandar pada batang pokok lemah. Sesekali aku mengeluh dan menatap langit yang membiru.

Amira memasuki kelasku. Aku tahu aku bakal menjadi mangsanya sekali lagi.

"Woi, minah! Datang sini," tengkingnya. Pelajar lain hanya memerhati. Aku mematung. Langsung tidak mengikuti arahannya.

Dia berang. Lantas Amira mendekatiku lalu pipiku ditamparnya. Darah mengalir lagi. Aku menahan sakit. Kali ini aku takkan menangis.

"Apa salah saya?" soalku lemah. Aku hairan. Kenapa guru tidak mengambil tindakan atas sikapnya yang melampau ini? Adakah sebab dia ini anak orang berada?

Amira ketawa. Hujung daguku dicengkamnya.

"Kau tanya apa salah kau? Salah kau banyak! Terlalu banyak. Aku bencikan kau. Kau patut mati. Kau patut berambus dari sini."

*****

Jalan yang berdebu aku susur dengan perasaan gembira. Mana tidaknya. Hari ini gajiku keluar. Aku sudah berjanji dengan ayah untuk membawanya keluar. Tudungku yang bertiup aku pegang erat. Jam pada pergelangan tangan aku kerling. Sudah pukul 6 petang.

Langkahku terhenti tatkala terlihat sebuah Toyota Prius berwarna putih tersadai elok di tepi jalan. Tingkapnya terbuka. Hatiku tiba-tiba digasak rasa ingin tahu. Lantas aku mendekati kereta itu. Seorang lelaki sedang terlena di tempat pemandu.

Aku mengerutkan dahi. Benarkan dia terlena?

"Kenapa encik tidur di sini?" soalku lantang tetapi tiada jawapan. Dengan menggunakan beg sandangku, aku menggerakkan lelaki itu tetapi tiada balasan. Aku mencubit sedikit bahunya tetapi dia masih menutup mata. Aku risau.

"Sakit," ucapnya lemah. Sakit? Aku belek wajahnya. Tiada langsung luka.

"Sejuk.." Adakah dia demam? Aku meletakkan tanganku yang berlapik di atas dahinya. Panas! Apa yang harus aku lakukan?

Dompetnya di atas dashboard aku pandang. Pasti ada alamat rumahnya. Dompetnya aku buka. Telahanku benar. Tercatat alamat rumahnya. Aku menolak lelaki itu ke tempat sebelah. Giliran aku berada di tempat pemandu.

Kereta berhenti di hadapan sebuah rumah. Bagaikan istana. Lelaki di sebelahku sedang terlena. Aku membuka pintu kereta. Mendekati pengawal keselamatan.

Aku memegang pipiku yang ditampar. Apa salahku sekarang ini?

"Kau buat apa dengan abang aku?" soalnya. Aku kenal suara ini. Amira! Rupa-rupanya lelaki tadi abang kepada dia.

"Saya tak buat apa. Saya cuma hantar dia balik," terangku.

Menyesal pula aku rasakan kerana membantu lelaki itu tadi. Sudah 8 tahun berlalu. 8 tahun aku tidak berjumpa dengan wanita bernama Amira ini. Selepas aku disuruh berambus, aku terus keluar daripada sekolah itu.

Sekarang, dia muncul kembali dalam hidupku. Memegang watak sebagai seorang wanita yang kejam.

"Tipu!" Jeritnya.

Cinta Dalam DiamWhere stories live. Discover now