Prolog

454 4 0
                                    

2013

"Eh, Man ", sapa seorang wanita kepada Encik Rahman. Waktu itu Delisha dengan ayahnya sedang mencari baju yang sesuai untuk Delisha pakai sewaktu perkhemahan Pengakap. Biasalah kawan jumpa kawan. Tak ada maknanya satu dua minit nak bertegur. Lebih-lebih lagi yang dah lama tak jumpa. Delisha hanya mendengar perbualan antara ayahnya dengan wanita itu. Dari gaya mereka berbual seperti telah kenal lama.

"Ni anak kau yang perempuan tu. Ada yang lain ke anak perempuannya? " soal wanita itu kepada Encik Rahman.

"Haah. Tak adalah seorang ni sahaja", balas Encik Rahman.

"Dah besar dah, dulu kecil je. Dah jadi anak dara dah sekarang. Cantik pula tu." puji mak cik Na.

Eh takkanlah aku mengecil pula. Okey LAME.
Alhamdulillah Delisha tiada sebarang penyakit yang berisiko ataupun apa-apa keadaan yang menyebabkan dirinya mengecil atau membesar. Semuanya normal. In fact, Delisha ni 4B. Berisiko berat badan berlebihan. Jadi, Delisha ni tidaklah kecil mahupun triple x. Orang kata sedang-sedang saja. Menyesal pula masuk asrama. Haih.
Sewaktu Delisha sedang memilih baju, tiba-tiba mak cik yang membahasakan dirinya Mak Cik Na itu, bersuara;

"Awak jadi menantu mak cik je lah eh?"

"Tahun ni baru nak SPM, muda lagi anak aku ni ", balas abah.

"Tak apa, zaman sekarang masa cepat je berlalu Man. Pejam celik pejam celik dah bertahun rupanya", jawab Mak Cik Na pula.

Delisha cuma senyum. Eh bergurau pula mak cik ni. Suka suki je nak suruh anak dia kahwin dengan aku. Kenal pun tidak. Buatnya aku ni ada PhD dalam subjek malas sedunia. Tak ke teraniaya anak orang. Entah-entah tengok aku terus reject. Haa sudah. Mungkin pernah bertemu semasa mereka masih lagi kanak-kanak riang. Manalah nak ingat sangat. Mestilah tak ingatkan. Lagi-lagi yang jumpa setakat hai-hai bye-bye masa kecil dulu. Memang taklah nak ingat. Melainkan ingatannya ini sangat kuat.

22/4/2016

Cinta Si FobiaWhere stories live. Discover now