1

278 6 0
                                    

2017

"Sha, si Afiq tu kirim salam kat kau",kata Dian.

"Hmmm"

"Weh, kau ni aku peliklah"

"Apa yang pelik? " tanya Delisha sambil memandang ke arah kawan baiknya itu.

"Ramai kut senior-senior kat sini minat dekat kau. Budak batch kita pun ramai yang minat kau, tapi kau macam tak ambil peduli. Kalau aku jadi kau, aku akan menjadi wanita terbahagia di dunia" ucap Dian sambil tertawa.

"Jangan-jangan kau ni .... ish nauzubillah minta dijauhkan Ya Allah"

"Kepala lutut hang, jangan nao fikir bukan-bukan eh. Ada kena tamparan Jepun aku" jawab Delisha sambil menjeling ke arah Dian.

"Aku bukan apa, aku malaslah nak bercintan cintun masa study ni, lagipun aku tak sukalah benda-benda yang complicated ni. Bila tengok orang-orang sekeliling macam-macam hal jadi. Lagipun aku macam tak tertarik dengan sesiapa pun sekarang. Tak jumpa lagi prince charming aku"

Masa nak final, ada yang frust sebab baru break lah. Ada yang curanglah. Cemburu sebab boyfriend keluar dengan orang lainlah and whatsoever. Tak ke menyesakkan otak nak fikir benda-benda gitu? Lagipun dalam Islam, kita tak boleh nak ber'couple' sesuka hati selagi tak kahwin. Lagi-lagi ber'couple' tanpa ada niat untuk berkahwin dengan orang yang di'couple' tu. Lainlah kalau dah kahwin masa study tu. Lagipun aku jenis manusia yang 'follow the flow '. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada, tak adalah. Sebab Allah dah aturkan bila ajal, maut, siapa jodoh kita sejak azali lagi"

"Weh Dian jom pergi karaoke, aku rasa nak mengasah bakat yang akulah. Stress pula dengan kerja aku ni" Kata Delisha.

"Tahulah suara merdu tapi tak perlulah angkat bakul sendiri" Perli Dian.

"Jomlah, jomlah, jomlah" ajak Delisha sambil membuat muka comel.

"Eii, aku bagi penampo juga dekat kau ni kang, tak payahlah buat muka comel tu, meluat aku. Bagi aku makan dululah. Kebulur teruk dah ni"

"Yeayyyy i lap u muah muah" gembira benar Delisha.

Delisha ni nampak je ganas tapi hati selembut kapas.Tapi dia buat perangai manja dengan orang yang dia rapat je.Tapi perempuan je lah. Kalau lelaki dengan abang dan ayah dia je saja.

Setelah mengisi perut, Delisha dan Dian melangkah keluar dari kafe fakulti dan meneruskan perjalanan jauh tak kurasa,kerna hatiku melonjak sama. Okey tak masuk. Memandangkan kelas petang ni batal, dapatlah mereka merehatkan minda seketika.

_×_×_×_×_×_×_×_×_×_×_×

Okeyyyyy, kalau ada silap salah mohon ditegur, terima kasih kerana sudi membaca.

29/4/16

Cinta Si FobiaWhere stories live. Discover now