Sangka ?

2.9K 186 1
                                    

' Hey dude, are you talking bout me ? '
' Weh, hang dok ngata aku eh ? '

Percaya atau tidak, kau akan merasa seolah dikutuk atau diumpat apabila terjumpa someone yang kau benci atau 'anti', sedang bercakap dengan orang yang dikenali.

Dalam hati tu mulalah SYAAITANNN dok cuba try test hasut supaya kau terus Suudzhon kepada mereka.

" Tak guna, dia mesti kutuk aku kawkaw punya. "
" Dia sengih sengih tu mesti dok ngumpat aku. "

Kahkah. Terbaik taktik SYAITANNN ni nak ajak hampa ikut dia pi neghaka Jahannam sana. Dahsyattt, dasar mastermind tak bertauliah !

So, what should we do now ?

Terus bersangka buruk dan biarkan syaitan bersuka ria ? Atau belajar untuk bersangka baik dan biarkan syaitan kecewa ?

KETUK PINTU HATI MASING-MASING.

" Assalamualaikum. Apa khabar incik hati harini ? "

" Keadaan iman macam mana ? Agak agak makin meningkat atau terus menjunam ? "

" Ouh yaaa, sebenarnya harini kami datang bawa hajat. Hajat kabir, mashaAllah :') Hajatnya, kami mahu incik hati tanamkan rasa kasih, cinta & mahabbah pada semua orang. Boleh ? "

" Selalu bersangka baik & ikhlas dalam berukhwah. Bukan FAKE UKHWAH ye ! Tapi ukhwah till Jannah, Ukhwah Islamiyyah, persahabatan yang terjalin & semakin utuh asbab kecintaan kepada Allah. Boleh tak ? "

Boleh cuba untuk bertanya, berazam dan menjawab soalan-soalan tersebut di depan cermin. Hahah. :)

Telah berkata Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. ;
"Janganlah kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik."

Moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang suka bersangka-sangka. Nauzubillah min dzalik !

Rabb, engkau sucikanlah hati kami daripada selalu bersangka buruk antara satu sama lain. Jadikanlah kami hambamu yang sentiasa bersangka baik dan suka melihat kebaikan orang lain.

Allahumma ameen. ❤

Ukhty Min,
@DakwahLegend

Hijrah Bidadari BumiWhere stories live. Discover now