Tahajjud Cinta - Part 3

524 35 0
                                    

"Saya harap kamu tenang ya Cik Nina,"

"Kenapa Doktor? Saya sakit apa?" Nina bertegas mahukan jawapan.

"Ok...saya harap kamu bertenang. Berdasarkan kepada laporan yang kami terima........kamu....telah disahkan menghidap penyakit Kanser Serviks," tergagap-gagap Doktor memberi penerangan.

"Haa...? Doktor tipu. Saya sihat Doktor. Cuma sakit sikit-sikit je. Tidak! Saya tak percaya. Doktor bergurau dengan saya kan?" Bertalu-talu Nina menafikan penjelasan dari Doktor Alina.

"Maaf Cik. Setelah 3 kali pemeriksaan dilakukan, hasilnya tetap sama. Saya harap Cik tenang menerimanya. Ianya masih boleh dirawat Cik. Kami akan menjalankan rawatan Kimoterapi ke atas Cik nanti," Doktor Alina berterus terang kepada Nina.

Dunia Nina serba gelap. Dia hampir pitam pada waktu itu. Berubah 360 darjah. Dirasakan hidupnya sudah tunggang terbalik. Jiwanya mula lelah. Air matanya mengalir deras. Dia tidak dapat menahan kesedihan. Lantas dia menyalahkan Allah SWT.

"Aku tahu, ini pembalasan Kau pada aku. Kau sudah membenci aku. Kau sudah tidak ada sayang pada aku. Baik aku mati je sekarang. Cabutlah nyawa aku sekarang juga!," bergetar hati Nina. Imannya diragut-ragut.

"Doktor...........saya dah stage berapa sebenarnya? Be..........berapa lama lagi tempoh untuk saya........untuk saya hidup?" Tersedu-sedu Nina berbicara. Kedengaran tangisan sebak dihujung suara.

"Maaf Cik. Saya bukan Tuhan yang boleh tentukan berapa lama hidup Cik. Tentang stage, Cik dah capai.....tahap keempat," tertunduk Doktor. Tidak sanggup bertentang mata dengan pesakitnya itu. Inilah situasi-situasi yang sangat tidak digemari oleh seorang Doktor. "Bad news! Ah!"

"Ta....tahap keempat Doktor? Allahuakbar!" Sudah lama tidak terungkap kalimah suci itu di bibir Nina.

Detik waktu...terus berjalan....

Runut telefon bimbitnya berdering. Lamunannya yang sudah jauh dibawa angin, tersentak.

"Assalamualaikum cik adik manis. Lepas maghrib nanti ada kuliah di surau. Kau datang kan?" Lembut suara Noni dihujung talian.

"Ya sayang. Aku datang. Dah siap-siap pun. Saja lepak kejap kat pantai ni," tersenyum Noni mendengar suara sahabat kesayangannya itu.

"Nina, past is past. Jangan dikenang lagi. Okay? Insya-Allah jumpa nanti. Jangan termenung lama-lama sangat. Tak elok. Jumpa nanti ya! Assalamualaikum w.b.t," Noni menamatkan bicara.

"Ok baiklah Ustazah Noni. Waalaikumussalam w.b.t," sempat Nina mengusik sebelum memutuskan talian.

Tersenyum panjang Nina. Dia tidak menyangka, orang yang diherdik, dicaci dan dimakinya itulah yang dicari-carinya tatkala dia bertarung dengan ujian demi ujian.

Sejak dia telah didiagnosis penyakit yang cukup menyeramkan itu, kawan-kawan 'huha-huha' semakin jauh dengannya. Teman-teman lelaki sebelum ini yang berjanji sumpah setia, bayangnya pun tidak kelihatan. Janji tinggal janji. Sumpah setia telah mati.

"Weh! Noni. Aku nak mati tak lama lagi. Aku tak nak menggelupur dalam neraka. Kalau sudi, ajarlah aku cara macam mana nak elak neraka tu," dalam nada ego, fitrah Nina mahu kembali kepada asal.

Pada mulanya dia cukup menyampah melihat nombor Noni tertera di dalam telefon bimbitnya. Tapi, dia sedar, tiada insan yang lain yang boleh menolongnya selain Noni.

Dia tidak mahu mengharap pada Mama dan Papanya. Sedangkan mereka sendiri jauh tersasar. Nina juga nekad tidak mahu memberitahu tentang penyakitnya itu pada kedua orang tuanya.

Dia simpan rahsia itu kemas-kemas.

"Ah! Sudah. Termenung lagi aku ni,"

Bersambung...

Tahajjud CintaWhere stories live. Discover now