True Story

191 18 0
                                    

Selepas menghidangkan makanan yang di pesan Jongki duduk di sebelah Halmeoni nya.Dia dapat agak apa yang mereka akan tanyakan pada halmeoni nya itu.

"Apa yang kamu nak tanya tadi"tanya ahjumma.

"Kami nak tanya tentang rumah yang kami duduk tu."kata Jin.

"Rumah tu berhantu ka?"tanya Jhope.

"Kami semua ni selalu kena kacau."kata suga.

Ahjumma tu hanya tersenyum.
"Sebenarnya rumah tu pernah ada kes"kata ahjumma.

"Kes apa?"kata Joon dan Jhope serentak.

"Kes pembunuhan."jawab Jong ki.

"HAH??? PEMBUNUHAN!!!"kata mereka semua serentak.

"Tuan punya rumah tu nama En.Lee.Dia merupakan ahli perniagaan.Dia dan keluarganya berpindah di rumah tu,mereka dari seoul.Keluarga mereka sangat bahagia.Mereka juga ramah dengan orang-orang kampung ni.

Tapi satu hari syarikat En.Lee jatuh muflis dan perlu di jual.Tapi En.Lee ni tak nak jual syrikat. Jadi dia buat macam-macam pinjaman , hutang keliling pinggang sebab nak naikkan semula syarikatnya.Tapi masih tak ada perubahan dan akhirnya syrikat tu di jual.

Sejak tu mereka ada masalah keluarga sebab En.Lee tak boleh nak bayar.Ramai yang datang cari En.Lee di rumah tu sebab nak suruh bayar balik tapi dia tak ada.Pn.Lee pun tak tahu di mana En.Lee.

Suatu hari berita ni sampai ke pengetahuan mak Pn,Lee.Maknya suruh dia cerai dengan En.Lee walaupun mereka dah lama mendirikan rumah tangga dan dah ada empat orang anak.Mak Pn.Lee ni tak nak keselamatan Pn.Lee dan anak-anak terancam desebabkan pengutip hutang tu."Ahjumma berhenti sekejap.Minum air.

"Mula-mula tu Pn.Lee tak nak tapi dah maknya pujuk jadi Pn.Lee pun setuju.Tiba-tiba En.Lee muncul suatu hari,dan berlaku pertengkaran antara mereka sebab Pn.Lee minta cerai dengan En.Lee tapi En.Lee tak nak.

Anak sulung mereka nama Jun ki merupakan kawan Jong ki dan waktu berlaku pergaduhan tu anak dia tak ada di rumah sebab dia ada study group dengan jongki waktu tu.Bila Jun Ki balik saja rumah dia terdengar mak dan ayahnya tu bergaduh.

Dia mengintai dari tingkap dan tiba-tiba ayahnya keluarkan pisau dan tikam mak dan juga adik-adik dia.Waktu tu jun ki tergamam sebab dia macam tak percaya apa yang dia lihat tu.Bila dia tengok ayah dia dah mula angkat maknya.Jun ki turus datang datang beritahu ahjumma.

Tapi waktu tu mula-mula ahjumma tak berapa faham sangat sebab dia cakap tersekat-sekat.Mungkin dia lari dan perasaan terkejut.Bila dia beritahu kali kedua baru ahjumma faham.Waktu tu pun ahjumma terkejut apa yang dia beritahu tu.Jadi ahjumma terus telefon polis.

Tapi kamu tahu la kan polis bukan boleh datang cepat.Mereka pun ambil masa juga.Jadi ahjumma minta tolong jiran-jiran.Kami semua pergi ke rumah tu,tapi kami tak jumpa apa-apa mayat mahupun ayah jun ki.

Bila polis tiba saja ,mereka buat pemeriksaan lebih terperinci,tapi masih keputuan yang sama,Tak ada apa-apa kecuali cincin milik maknya."cerita ahjumma.

"Jadi ayah dia masih tak dapat tangkap ke?"tanya jimin.

"5 bulan lepas tu.Tapi 2 tahun kemudian dia dilepaskan"kata jong ki.

"Kenapa pula?"tanya joon.

"sebab mereka tiada bukti yang kukuh,setakat cincin tu masih tak kukuh.Jadi mereka lepas kan En .Lee.Dan bila dia dilepaskan dia buat rumah tu sebagai homestay."

"Mayat tu macam mana?"tanya jungkook.

"tak di jumpai."

"Sampai sekarang?"tanya jin.
jong ki mengangguk.

WELCOMEWhere stories live. Discover now