Malu Tapi Mahu: 2

848 39 3
                                    


" Apa ni? Sampah?" Daren mengeronyokkan dengan kasar gumpalan kertas dalam tangannya lalu dicampak ke lantai. Terkulat aku memandang reaksi Daren yang begitu marah dihadapanku sekarang ketika dia menyemak report yang aku hantar pagi tadi ke meja Dr Farah. Report yang aku hantar tergesa-gesa ke makmal Dr Farah sebelum aku berlari ke dewan kuliah untuk menghadiri taklimat pembentangan projek tahun akhir.

" 2 weeks given for you to finish this and you are sending me a complete trash Kamelia! Takkan selama ni tak pernah buat laporan makmal dengan baik? Apa masalah awak ni sebenarnya?"

Kesemua rakan sekelasku memandang aku yang takut-takut dengan kelakuan Daren yang begitu tegas dalam memeriksa dan memberi markah terhadap kerja-kerja kami. Gumpalan kertas di lantai aku pandang sambil-sambil telinga mendengar ayat-ayat marah dari Daren.

Nasiblah, selalunya aku tak pernha kena marah dengan Daren. Tapi memang dah salah aku sendiri kalini.

Aku menunduk ke bawah lalu aku kutip semula report tadi. Habis keronyok kesemuanya. Perlahan-lahan aku luruskan report ku lalu aku duduk semula di meja. Air mata yang aku tahan sejak tadi, mengalir perlahan-lahan. Dina yang duduk disebelahku menutup bahagian depan wajahku dengan fail.

" Kenapa Daren tu marah sangat dekat kau? Dekat orang lain dia macam okay je? Kau salah apa je pun ni?" Wani ambil pula kertas yang berkeronyok diatas meja lalu disemak satu persatu.

Sampai di helaian tengah Wani kembali memandang aku. " Mel?"

Tangannya mengangkat kertas tadi lalu ditunjukkan kepadaku.

" Apa ni?" tangannya menunjuk-nunjuk sesuatu yang tertulis didalam laporanku. Bila masa aku conteng kertas ni? Tadi hantar elok je.

Eh?

I'm sorry,but I really miss you. Want to talk with you.

Also sorry for scolding you babe

Aku rampas semula kertas dari tangan Wani lalu aku simpan di bawah buku-bukuku. Merah mukaku menahan malu dan fikiran mula memikir apa alasan yang harus aku cipta.

"Kau dengan Daren?" Dina pula buat muka terkejut dan tidak percaya. Dia cuba-cuba untuk mengambil semula kertas laporan makmalku yang aku simpan tadi.

" Eh bukanlah. Tu aku main-main conteng je. Semalam aku bosan, aku contenglah. Tu yang Daren marah sebab aku tak padam kesan conteng tu" aku memberi alasan. Kertas tadi aku keluarkan semula dan aku baca pesanan Daren yang bertulis dengan dakwat merah diatasnya.

" Takkanlah kau sampai boleh terconteng Mel? Peliklah" Dina masih lagi ragu-ragu.

Mestilah, kalau aku pun sangsi kot. Nampak sangat jawapan aku memang merepek sebenarnya.

" Tapi kan Mel, aku perasanlah Daren tu paling tak banyak bercakap dengan kau. Lepastu dia paling lama dan banyak tengok kau buat kerja. Kalau Aaron ataupun Sufian tengah bercakap dekat depan, mesti aku nampak Daren pandang kau curi-curi. Korang ada pape eh?" Wani cuba serkap jarang.

Mana ada serkap jarang, betullah tu apa yang Wani kata.

" Pandailah korang ni. Entah-entah dia tengok kau. Takpun Fasiha tu. Takkan dia suka aku pula? Tadi tu kena marah bagai tu, suka apa macamtu?" aku mengelak lagi. Walaupun apa yang ada dalam benak dan fikiran Wani serta Dina adalah benar belaka.

Haih, kenapalah aku leka sangat tengok drama semalam? Kalaulah aku perasan dah pukul 1.30 pagi, mesti kerja aku tak cincai pun sebenarnya.

Menyudahnya aku copy and paste sahaja maklumat dari internet tanpa aku ubah dan buat citation pada ayatnya. Daren pula paling tak suka kerja cincai dan tidak kemas seperti mana yang aku buat tadi.

JURNAL: Short StoriesWhere stories live. Discover now