Peluang Kedua

46 2 0
                                    

Dahulu,pelbagai onak ku lakukan
Pelbagai keburukan ku amalkan
Aku hanyut dengan keduniaan
Tidak mementingkan keimanan

Aduhai..indahnya dunia
Terasa dunia aku yang punya
Sungguh puas aku merasainya
Tetapi
Akhirnya aku diduga

Apa semua ini?!
Aku marah tanpa menyedari
Aku gagal mrnghalang diri
Daripada terjerat dengan duniawi

Kesedaran mula berputik
Ketika aku menempuh sakit
Aku sedar dosaku membukit
Kini
Perlahan-lahan aku dididik

Kesyukuran yang tinggi buat-Nya
Kerana menduga tepat pada waktunya
Jika tidak,istidraj menguasai hamba
Sedarkanlah hamba ketika
Mendekati dosa..

Kini
Aku kenal tanggungjawab seorang hamba
Dapat membezakan dosa pahala
Ternyata Tuhan
Memberi peluang kedua
Aku menjadi manusia berguna
Ini hikmahnya peluang kedua

Puisi ini adalah berdasarkan pengalaman seseorang yang telah kembali ke pangkal jalan atas dosa2nya dahulu.Setiap orang mempunyai sejarah masing2.Justeru,masih ada lagi peluang untuk berubah dan semoga kita terhindar dari pekara yang batil.Yang pahit jadikan pengalaman,yang manis jadikan amalan..

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now