Dahulu,pelbagai onak ku lakukan Pelbagai keburukan ku amalkan Aku hanyut dengan keduniaan Tidak mementingkan keimanan Aduhai..indahnya dunia Terasa dunia aku yang punya Sungguh puas aku merasainya Tetapi, Akhirnya aku diduga Apa semua ini?! Aku marah tanpa menyedari Aku gagal menghalang diri Daripada terjerat dengan duniawi Kesedaran mula berputik Ketika aku menempuh sakit Aku sedar dosaku berbukit Kini, Perlahan-lahan aku dididik Kesyukuran yang tinggi buat-Nya Kerana menduga tepat pada waktunya Jika tidak,istidraj menguasai hamba Sedarkanlah hamba ketika mendekati dosa.. Kini, Aku kenal tanggungjawab Seorang hamba. Dapat membezakan dosa pahala Ternyata Tuhan Memberi peluang kedua. Aku menjadi manusia berguna Ini hikmahnya peluang kedua