Empat Puluh Tujuh

4.1K 538 134
                                    

Heyoung.

Aku tersengih sendiri. Rancangan aku, Jimin dan Jungkook berjaya!

Rancangan tuk biarkan Hyerin dan Taehyung berdua-duaan. Kitorang rancang nak buat dorang punya hubungan baik seperti sedia kala.

"Apa yang noona senyumkan tu?" Soal Jungkook.

Aku memandang Jungkook. Aku tersenyum.

"Noona pikirkan pasal Rin dan Taehyung" kata aku sambil tersengih.

Jungkook menunduk. Jari jemarinya memetik gitar itu dengan sengaja.

Aku memandang Jungkook. "Yah, kook. Pehal sedih je ni?" Soal aku.

Jungkook mengangkat mukanya. Dia memandang aku lantas tersenyum.

"Tak, takde pape" kata Jungkook diselangi dengan Senyuman.

"Kay pelajar. Cikgu nak kamu semua main gitar untuk persembahan bulan muzik bulan ni." Kata Mrs Sooyoung.

"Baik cikgu." Kata semua pelajar yang berada didalam kelas muzik tu.

Aku mengeluh. Jungkook memandang aku.

"Waeyo, noona?" Soal Jungkook.

Aku mengeluh sekali lagi. "Noona sebenarnya tak pandai dalam bidang muzik." Kata aku sambil menggaru kepala aku yang tak gatal tu.

"Jinjja? Bukan noona pandai nyanyi ke?" Soal Jungkook.

Aku hanya tersengih. "Banyak lah kau" kata aku lalu menolak sedikit bahu jungkook. Jungkook tergelak kecil.

"Noona, nak aku ajarkan noona main gitar tak?" Soal Jungkook.

Aku memandang Jungkook. Aku tersenyum.

"Okay, jom" kata aku dengan excited. Jungkook mencapai dua gitar di atas meja. Dia menghulurkan aku satu gitar.

Aku mencapainya. Jungkook mencapai sebuah kerusi lalu duduk disebelah aku.

"Okay, memula Noona buat tangan macam ni," kata Jungkook dia menunjukkan aku cara dia meletakkan tangannya diatas gitar itu.

Aku terpinga-pinga. Dahlah gitar ni berat gila, asyik-asyik je nak jatuh dari peha aku.

"Err.. camni ke?" Soal aku. Jungkook pandang pada posisi aku. Dia tergelak.

Aku memandang nya, muka aku berubah merah kerana malu.

"Yah, apa yang kelakar huh?" Soal aku.

Jungkook masih lagi tergelak. Aku dengan terpinga-pinga membetulkan tangan aku.

"Camni? Yah, Jeon Jungkook." Kata aku. Jungkook tetap ketawa.

Err.. camni ke? Eh tak, ni bukan macam Jungkook tunjukkan tadi. Camni?

Tetiba aku terasa gitar yang ku pegang ringan.

Tangan aku disentuh oleh tangan Jungkook. Jungkook membetulkan kedudukan tangan aku dengan betul.

Aku hendak menoleh kebelakang, tetiba jungkook merehatkan kepala nya dibahuku. Ia menyebabkan jantung aku berdegup laju.

"Memula noona buat macam ni.." kata Jungkook. Hembusan nafasnya terkena pada leher aku. Ianya membuatkan aku seolah-olah nak pengsan.

Kenapa..
Aku langsung tak pernah rasai perasaan camni. Meskipun dengan Hoseok oppa.

Orang yang dalam kelas muzik tu mula memandang aku dan Jungkook semacam. Aku perasan dorang asyik pandang aku dan berbisik antara satu sama lain. Perasaan malu mula menyebulungi aku.

my wish.Where stories live. Discover now