Dunia Bukan Tempatnya

16 3 0
                                    

Kalau kau rasa kau perlukan keadilan,
Dunia bukan tempatnya,
Kalau kau rasa kau perlukan kejujuran,
Dunia bukan tempatnya,
Kalau kau rasa kau perlukan kesenangan,
Dunia bukan tempatnya.

Apa kau fikir?
Hidup memang tidak adil.
Jujur itu hanya anak kecil.
Senang tak wujud untuk hamba kerdil.

Dunia memang tak adil.
Ada masa kau perlu bayar untuk benda yang kau tak pernah beli.

Dunia mana yang jujur.
Manusia penuh dengan muslihat, tipu helah, silap mata dalam memiliki kuasa.

Dunia tiada yang senang.
Bilamana manusia berpaut pijak pada tekak-tekak yang lemah untuk capai apa yang mereka mahu capai.

Apa kau fikir?
Dunia bukan tempatnya.

DuniaWhere stories live. Discover now