#1

110 27 0
                                    

Annyeong, nama aku Park Chorong. Aku berumur 19 tahun.Aku adalah anak tunggal dan aku masih mempunyai omma dan appa.Aku berjiran dengan seorang namja yang bernama Xi Luhan.Ya, kami sangat lah rapat seperti adik beradik.Sehinggalah satu masa..

"Park Chorong!"kemudian pipiku di tampar oleh appa hanya di sebabkan aku tidak mahu berkahwin dengan Luhan.Appa dan omma telah tersalah sangka! Kami langsung tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain.Tiada!

Kemudian aku berlari naik ke atas dan menuju ke bilikku lalu aku menghempas pintu.

Bam!

Aku berasa sungguh sedih, kerana di paksa untuk berkahwin dengan seseorang yang aku anggap sebagai abang! Apa yang akan berlaku selepas perkahwinan nanti? Aku tidak dapat bayangkan.Aku tak nak! Tak nak! Tetapi aku tak sanggup nak kecewakan hati appa dan omma..

Tok! Tok! Tok!

Perit rasanya.Ketukan itu ialah ketukan daripada omma.Aku kenal sangat ketukan omma itu. Ketukan omma dan appa memang berlainan

"Chorong-ah~"panggil Omma. Aku tidak tahu sama ada mahu menjawab atau tidak.Ya, aku kena jawab!

Aku berjalan menuju ke hadapan pintu bilik. Emm..nak bukak ke tak? Omma dah berkali-kali ketuk pintu ni.

Keikk..

Selepas aku buka pintu bilik aku ini, omma terus memeluk tubuh aku."o-omma?"aku memanggil omma tetapi omma tidak menjawab.Tiba-tiba aku terdengar satu esakan "omma, Gwenchanayo?"Soalku.Omma mendongakkan kepalanya. Air mata omma berguguran "omma gwenchana.."

"Mianhae, Chorong-ah..omma mianhae.." ujar omma. Hati aku luluh bila melihat keadaan omma seperti ini. Tidak pernah timbul niat dalam hati untuk membuat omma rasa kasihan akan aku seperti ini. Keputusan muktamad. Aku, Park Chorong. Akan terima Xi Luhan sebagai suami demi omma. Aku tak sanggup melihat omma seperti ini. Aku harus menempuh segala duka lara dalam hati. Aku kena ikhlas terima dia sebagai suami. Muktamad.

"Omma, gwenchana.." aku meleraikan pelukan. Kemudian aku berlari turun untuk mendapatkan appa. Appa kelihatan sedang duduk di sofa sambil mengurut kepalanya.

"Appa.."panggilku. Appa memandang sekilas. Rasa berat mahu lepaskan kata-kata ini. Tidak mengapa. Demi kebaikan keluarga. Aku tak mahu hubungan keluarga ini merenggang di sebabkan perkahwinan paksa ini.

"Chorong dah buat keputusan..kita akan lancarkan perkahwinan ini.." akhirnya, aku lepaskan juga. Tanpa aku sedar, air mata aku berguguran. Appa terbangun dari duduk. "A-apa kamu cakap?"soal appa kembali "saya..terima.."balasku.

"Chorong! "Panggil omma. Aku mengalih pandangan pada omma. Omma sedang menangis. Tak apa omma, Chorong rela.

"Terima kasih, sayang"ujar appa sambil tersenyum bahagia. Hati aku terasa bagai di koyak. Sekarang, aku tidak tahu macam mana dengan masa depan aku. Appa memeluk tubuh aku dengan erat. Kepala aku di usap.

***

Harinya telah tiba, hari di mana aku dan Luhan akan di satukan. Aku di bilik pengantin perempuan sedang bersedia dan ditemani oleh omma. Aku melihat gaun berwarna putih yang aku sarungkan ke badan. Cantik. Tetapi, adakah rumah tangga aku akan secantik ini tak lama lagi?

Omma hanya memerhati pergerakan aku daripada tadi. Aku mendekati omma dan duduk di sebelahnya. Tangannya aku capai "omma, waeyo?"tanyaku. Omma kelihatan muram. Apa yang difikirkannya aku tidak tahu.

Kemudian omma menyentuh pipiku dengan lembut,"Chorong, kamu okay ke? Omma tak mahu kamu derita. Omma tak mahu paksa kamu berkahwin dengan Luhan. Jika kamu tak sanggup, tidak mengapa. Jangan kamu ikut sahaja cakap kami jika kamu tak rela. Omma tahu ini ada kene mengena dengan masa hadapan.."ujar omma. Sekarang aku tahu, ini punca omma muram. Aku memeluk bahu omma

"Omma, Chorong rela..Chorong dah fikir masak-masak..omma tak perlu risau..Chorong okay? Eo?" Kemudian satu senyuman terukir pada bibir omma. Begitu juga aku. Akhirnya terbit seri wajah omma "macam ni la Chorong nak..Chorong nak omma janji, senyum macam ni sampai habis majlis okay?"aku memeluk tubuh tua omma. Omma hanya mengangguk

"Cantik anak omma..neo jinjja yeppeuda"ujar omma. Aku tersenyum, "tengok lah omma Chorong siapa.." lalu kami ketawa bersama..

***

Aku berdiri di hadapan cermin. Aku melihat diriku dengan pakaian tuxedo ini. Huh..hari ini, hari yang di nantikan keluarga aku dan dia..saat perkahwinan kami. Aku terpaksa memutuskan yang aku sanggup berkahwin dengan dia. Kerana aku tahu, kalau aku tidak setuju, abeoji dan omma akan kecewa. Aku lah satu satunya anak yang mereka ada. Mereka meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap diri aku.

Tiba tiba seseorang masuk,"tuan, semua dah sedia.."kata lelaki itu. Aku mengangguk dan mengikut langkahnya.

Pintu gereja di buka. Betapa ramainya penonton yang hadir, semua memandang aku dan memberikan tepukan. Aku hanya mampu tersenyum.

Menanti saat yang di tiba, giliran pengantin perempuan untuk masuk ke gereja. Dia memaut lengan appanya.

Dia kelihatan sungguh cantik seperti bidadari. Aku pun terkesima. Semakin dekat mereka menghampiri, tangannya diserahkan oleh Tuan Park. Aku mencapai tangan itu lalu meletakkannya pada lenganku.

Paderi memulakan hujah. Aku dan dia hanya mendengar. "...adakah kau terima?"

Aku memandang ke arah dia. "Ye, saya terima..", Paderi menanyakan soalan yang sama pada dia dan dia menjawab,"saya..terima" jantung aku berdegup kencang. Saat yang dinantikan oleh para hadirin

"You may kiss the bride.."

Aku mendekatkan mukaku dengan nya. Semakin dekat sehingga aku dapat merasakan nafasnya. Lalu, aku mencium bibirnya dengan lembut

Chupp

Satu..

Dua..

Tiga..

Empat..

Lima..

Aku melepaskan ciuman. Seluruh gereja di penuhi bunyi sorakan dari ahli keluarga dan rakan rakan.

You Have ToWhere stories live. Discover now