chapter 19 : camp

27 5 0
                                    

Konkuk universiti
" mana ahyoung ini? " cemas yura. Yunghwa melihat sekeliling untuk mencari kelibat ahyoung. Selepas 5 minit kemudian, ahyoung datang dengan tidak terurus. Yura dan yunghwa melihat ahyoung dari atas hingga ke bawah dan sudah tergelak terbahak-bahak. " korang gelak knpa? " tanya ahyoung dgn pelik. Yunghwa menunding jari ke arah kaki ahyoung. " style gila kasut kau? Sebelah ungu sebelah lagi kuning. " tanya yura yg tidak berhenti ketawa. Ahyoung terus melihat ke arah kakinya lalu mengelabah dan mengeluarkan kasut wrna merah terus menukar kasut yg dipakainya. Yura dan yunghwa tidak berhenti ketawa lagi. " diamlah!! " jerit ahyoung. " sudah² cepat naik bas nanti takut tertinggal pula " kata yura terus menuju ke arah bas sambil menarik 2 buah bagasi.

Skip..
Environment camp
Yunghwa dan ahyoung mendapat bilik yang sama manakala yura mendapat bilik berseorangan kerana dia menjawat sebagai pengurus kem sepanjang aktiviti itu. Semua pelajar dibenarkan berehat di bilik-bilik sementara menunggu aktiviti berlangsung.

5.00 p.m.
Yura memanggil semua peserta untuk berkumpul dan dibahagikan kumpulan. " jackson, eunwoo, bomi akan berkumpulan dgn saya iaitu kumpulan 1 " kata yura. " yunghwa, chanyeol, minhyuk dan hani pula kumpulan 2 " kata yura lagi. " ahyoung, hyeri, jr dan mark merupakan kumpulan 3 " kata yura. " eunji, chorong, sungjong dan suho pula kumpulan 4 " kata yura. " baiklah korang sila duduk di kumpulan masing² " arah yura. " okey kita akan mulakan aktiviti kreatif memasak " kata yura. Lecturer memberi ramen kpd setiap kumpulan dan bahan akan disediakan di atas meja. " okey, kamu ambil bahan di meja dalam masa 30 minit. makanan kamu harus diletakkan di atas meja setelah siap. mana² peserta lambat akan dikira gagal " tengking mr. Kim jong kook.

" kau ni potong sayur mcm mana? Tak reti ke? " tanya yura sambil pegang sayur yg dipotong oleh jackson. Jackson tidak mengendahkan soalan dari yura. Tidak lama kemudian, jackson meletakkan sayurnya ke dalam ramen. " kenapa kau letak sayur itu? dahlah buruk pula habis ramen " kata yura dgn nada tegas. " aku tahu apa yg aku buat. Kau jgn risau " balas jackson. Yura terdiam lalu pergi ke ahli lain. Tiba-tiba jackson meletakkan garam terlalu banyak menyebabkan yura ternampak. Yura menuju ke arah jackson dan mengetuk kepala " yg kau bubuh garam byk sangat kenapa? Masin nanti tak pasal " marah yura. " diamlah " tengking jackson lalu meninggalkan tempat itu.

Manakala di kumpulan 4, " sungjong aku nak kau masak " arah eunji. " baiklah " balas sungjong sambil menundukkan kepala. Sungjong masak seorang diri manakala suho mengikuti eunji dan chorong sekali. Pertandingan tamat dan setiap peserta meletakkan makanan di atas meja juri. " pemenangnya adalah kumpulan 3 " kata mr. Kim lalu menepuk tangan. " kumpulan yg kalah adalah kumpulan 1 kerana korang kalah sila kemaskan peralatan " arah mr. Kim.

Yura geram dengan sikap jackson yg menyebabkan kumpulan mereka kalah dalam pertandingan ini. " jackson tutup mata buka mulut please.. " arah yura sambil tersenyum. Jackson melakukan arahan yg disuruh oleh yura sebentar tadi lalu yura menyuapkan ramen ke dalam mulut jackson dgn serta-merta jackson meludah balik apa yg didalam mulutnya. " apa yg kau suapkan ke dlm mulut aku? " tanya jackson. " sedap tak? " tanya yura. " kau tanya aku sedap tak? Kalau makanan mcm itu kucing makan pun boleh pengsan tau " balas jackson. " kau tahu itu makanan yg kau masak tadi. dahlah jom kemas " kata yura lalu pergi mengemas barang. Jackson terdiam dengan seribu bahasa kerana mengetahui itu masakannya.

Bersambung..
------------------------------------------------------
Padan muka jackson baru tahu ka itu masakan hg. Org ckp jgn degil tapi nak buat sendiri sangat. Kan tak pasal makan-makanan sendiri yang masin itu. Hahahahax

You My Love, Mrs. ArrogantWhere stories live. Discover now