Sudah, pergi.

134 6 0
                                    

Lembut dalam perit
Lembut yang dalam membawa keparit

Sudah tunjuk kasih sayang
Pengkhianat jugak rupanya syaitan sekeliling

Tak pernah langsung kau cuba nak hargai
Peluang keemasan yang dia beri

Kau khianat
Makin tenat
Dada dia penat

Dia dah muak dengan nakal
Nakal yang tak mampu ditolak diterima

Dia minta sudut penyudah
Kau enggan lagi dengan sudah
Kau masih khianat;dada dia sudah bernanah

Rabak kau tores
Rabak kau hiris

Dikutip, lagi lagi lagi lagi
Kali ini, dia rawat hati lagi

Kali ini, dia rawat mahu pergi
Bukan lagi, dia rawat mahu disisi

Dia kata

Sudah, pergi.

Puisi SelekehTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang