Sejuk malam itu, jutaan titisan air turun dari langit membasahi bumi. Aku masih di dalam makmalku dengan asyik menilik android ciptaanku. Dinding makmal yang tebal dan tingkap yang tertutup rapi umpama menutup telinga dan mataku dari menjenguk dunia luar. Aku duduk berseorangan di dalam makmal itu dengan hanya satu lampu di atas kepalaku yang terpasang dan kemejaku sudah tercampak ke atas kerusi di hujung makmal. Rimas rasanya aku apabila diri aku terasa umpama dipeluk rasa ragu-ragu dan bagai aku merangkak ke dalam lubang gagal. Dua wayar tergantung menyambungkan robot itu ke kepala aku.
Aku sudah tidak lama tidak mempunyai hidup normal. Tangan aku sudah beku gara-gara tidak disentuh kesuaman kemesraan manusia. Aku tidak berkongsi kasta dengan siapa-siapa, sudah lama aku tidak dicintai manusia. Tidak rindukah aku pada cinta manusia? Rindu. Sumpah aku rindu. Namun apa yang mampu daya aku lakukan? Anna sudah lama tinggalkan aku.
"Dr Umar. Video log number six thousand seven hundred and thirty eight... Same renovation as the last entry... But I increased the dosage of the substance to my brain and increase the voltage by point five volts..." aku memandang butang ON pada skrin robot tersebut. Aku tidak mahu lagi gagal, Ya Rabb. Aku bingung memikir strategi Sang Agung meletak kegagalan tersusun rapi di hadapan aku. Sudah seratus buku aku ramas dan seratus guru aku risik, namun aku masih buntu. Wahai Anna, aku perlukan kau sekarang. Aku lakukan semua ini untuk kamu. Aku bodoh kerana hak untuk membelai tanganmu aku jual untuk membeli ego aku. Android ini aku mahu buktikan sayang aku akan kamu. Aku mahu mulakan semula perjalanan mengenal alif ba dan ta bersamamu sekali lagi. Lalu aku tekan butang ON.
"Welcome. How can I help you?" suara robotik dialun dari kotak bunyi robot itu dan sebaris tulisan itu muncul di skrin robot petak itu.
"What is the coordinate of this lab including the elevation and how many species of birds are there?" soalan itu aku tanya kepada robot itu. Soalan-soalan yang aku reka yang sudah aku tahu jawapannya sebagai indikator robot ini boleh menjawab soalan-soalan ilmu sains. Ternyata jawapan yang diberinya benar dan aku sudah tahu akan kebolehan ini saat enam ribu ujikaji yang lepas. Aku mahu dia teroka otak aku.
"Okay, do not let me down. How many times have I showered in my whole life?" soal aku dan bibir aku mengetap menanti jawapan darinya. Aku sudah jatuh terlalu banyak untuk aku terbang lagi. Lima saat berlalu sebelum robot itu memberi jawapan yang aku sangka yakni "Error".
"In your life, you have showered thirty five thousand nine hundred and eighty five times," jawap robot itu. Aku terkedu dan terkesima mendengar jawapannya. Adakah aku sudah berjaya?
"Wait a minute... How did you obtain the answer?"
"I read your subconscious mind," sepotong ayat yang buat aku terdiam seketika sebelum menjerit sekuat hati aku. Aku melompat gembira dan ketawa kecil. Tercabut wayar di kepalaku. Segala kertas nota aku diterbangkan ke udara dengan jeritan "Eureka!!!"
Aku tertutup mulut tersenyum memandang robotku dengan telefon bimbitku di tanganku. Aku mendail nombor telefon Anna untuk memberitahunya berita gembira ini. Robot dedikasiku terhadapnya sudah siap. Pada deringan ketiga Anna menerima panggilan aku.
"Hello?"
"Hello, Umar... Is that you?"
"Yeah." Aku menjawab dengan senyuman besar di bibirku. Namun aku boleh dengar bising latarnya. Bising dengan suara kemesraan dan kegembiraan warna-warni hidup Anna.
"Owh... So... Awak macam mana? How is life? You sounded happy," soal Anna dan semakin jelas aku dengari bunyi kehidupan Anna sedang menceriakan hidupnya di belakangnya. Aku rasa sungguh terkilan. Mengapa aku menghubungi Anna? Mungkin sudah kebiasaannya Anna diberitahu setiap kali aku gembira. Sudah lama aku tidak gembira dan kali ini kegembiraan aku dibunuh. Gembira aku mendengar suaranya namun sedih aku apabila suara senyumannya bukan lagi kerana cintanya pada aku. Mungkin inilah cahaya kegelapan dan pahitnya kemanisan.
YOU ARE READING
Kecerdasan Buatan
Science Fiction[COMPLETED] Kisah seorang saintis yang ingin mencipta sebuah robot untuk menjawap semua soalan di dunia. Adakah semua soalan perlu dijawab?