Bab 1 [ Dia dan Panda ]

167 5 4
                                    

Okey, mungkin idea untuk datang ke sekolah adalah sebuah idea yang sangat bernas bagi sesetengah kanak-kanak. Pertama, mereka tidak sabar untuk berjumpa dengan rakan baru. Kedua, mereka berasa ghairah untuk belajar A B C tiga kerat yang mungkin telah diajar terlebih dahulu oleh ibu bapa mereka. Ketiga, mereka tidak sabar untuk bermain di playground mini dalam tadika bersama rakan baharu. Bagi Dini pula, satu-satunya sebab dia ingin cepat cepat dihantar ke tadika adalah kerana dia benar-benar perlukan 'ruang' dari abang-abang dan kakak-kakaknya serta mama. Oh tuhan sahajalah yang tahu betapa gembiranya hati Dini apabila kereta mama menjauh dari tadika. Dini sayang mama, sayang papa, sayang semua sekali tapi Dini perlukan ruang dan peluang dan sedikit moment dimana Dini tidak dilayan seperti anak bongsu! Dini tahu lap air liur sendiri, Dini juga tahu ikat tocang satu tanpa ada rambut tersimpul atau sikat yang patah. "Dini dah besar tau!" Jerit Dini sambil menyelak rambutnya persis princess sebelum mengorak langkahnya masuk ke dalam tadika kecil bentuk 2 rumah jenis Semi-D yang digabung menjadi satu.

"Good morning Dini Adelia Zahraa!" Sapa Teacher Lingling. Teacher Lingling adalah guru kegemaran Dini kerana Teacher Lingling selalu puji Dini cantik. Tapi adakalanya Dini tidak suka akan Teacher Lingling kerana Teacher Lingling selalu menjadi orang ketiga dalam misi memikat Encik Panda. Aaaaa, memikirkan wajah dingin Si Panda sahaja sudah cukup untuk bikin kedua belah pipi pau Dini merah.

"Good morning teacher ! Teacher, Pan... Eh tak, Danish dah masuk kelas tak?" Tanya Dini sedikit pelat pada sesetengah perkataan. Teacher Lingling ketawa perlahan sambil menggeleng.

"Eee Dini ni .. Tak manis tau perempuan pikat lelaki.. Patutnya Danish yang tanya teacher Dini dah masuk ke belum , ini Dini yang tanya teacher pula.." Omel gurunya. Kan benar tekaan Dini? Teacher Lingling ada niat untuk jadi orang ketiga dalam misi memikat Si Panda ! Dini memuncungkan bibir dan memeluk tubuhnya, lagak tidak puas hati. Tidak sedar agaknya bahawa tubuh badannya belum cukup dewasa untuk cari gaduh dengan Teacher Lingling.

Tapi belum sempat Dini bersuara..

"Danish, nanti jangan lupa makan bekal yang umi buatkan tu.. Balik dari tadika nanti umi tak dapat jemput tau, jadi Danish kena jadi budak baik dan tunggu sampai walid datang okey?"

Cinta hatinya telah tiba oh lala!

Tanpa salam ke apa ke, Dini berlari mendapatkan umi Danish dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Setiap kali Dini berkelakuan sedemikian, pasti umi akan tergelak dan menyambut salam Dini. Adakalanya umi akan mengomol Dini dek terlalu geramkan dengan kecomelan Dini. Tambah pula umi memang sudah lama kepingin anak perempuan cuma rezeki dan takdir membataskan segalanya. Umi tidak lagi mampu melahirkan lagi akibat komplikasi dalaman. Namun begitu umi bersyukur kerana diberi peluang untuk melahirkan seorang anak walaupun pelbagai kesakitan dan komplikasi hebat harus ditempuh.

"Assalamualaikum umi!" Sapa Dini tanpa malu langsung. Pastu gara-gara faktor umurnya yang baru setahun jagung membuatkan rasa malunya berada entah dimana.

Umi senyum lebar seraya menyambut salam Dini dan bertanya sama ada Dini telah lama sampai atau belum. Melilau mata umi mencari mama Dini. Dini pantas menerangkan bahawa mamanya telah pun pulang. " Dan umi jangan risau tau! Dini akan lindungi Danish sepenuh hati hari ni !"

Ketawa besar umi dibuatnya. Mata ibunya dapat lihat Dini suka akan anak lelakinya yang pendiam tahap gaban. Bagus juga, dia suka akan sifat periang Dini. Jika hendak diharapkan Danish jadi periang seperti Dini, tunggu dunia terbalik dulu baru terjadi agaknya. Umi mengusap lembut rambut Dini. "Tolong umi jaga Danish ya? Kalau Danish buli Dini beritahu umi, umi sekeh Danish nanti untuk Dini.."

Dini tersengih bagai kerang busuk. Suka benar gayanya. Danish buat buat tidak dengar akan perbualan panjang uminya bersama Dini. Tahu-tahu tangan kecilnya dihulur untuk salam tangan umi. Umi usap kepala Danish saat Danish tunduk mengucup tangannya. "Be nice Danish , jangan buli Dini alright?"

"Okey umi.. Assalamualaikum umi.."

Jadi sebagai kesimpulannya Dini telah jatuh suka pada seorang lelaki yang berpewatakan panda semenjak umur Dini 6 tahun lagi.

Tetapi...

Mr. PandaWhere stories live. Discover now