WANITA & PEREMPUAN

27 0 0
                                    

Jadi perempuan itu payah ; kuku pun mahu diwarna (baca : inai) kan

Jadi perempuan itu payah; segala tempat yang ada di muka mahu dioles (baca : conteng) dengan warna dan mekap

Jadi perempuan itu payah; tiap-tiap bulan ada sindrom kekeliruan identiti

Jadi perempuan itu payah; orang putih kata 'insecurities', setiap masa 'insecure', setiap malam terlebih fikir

Hasilnya? Orang putih kata 'insomniac'

Sebab itu jadi perempuan payah ; manja, lemah, rapuh. Semuanya ada pada seorang perempuan

Tengok hindustan pun mahu menangis, sikit-sikit menangis. Lemah aku

Namun wanita? Wanita itu lain

Islam mengangkat martabat wanita, dari rahim mereka lahir pemimpin agung dunia!

Wanita itu perhiasan dunia, jaga pandanganmu wahai lelaki, jaga maruahmu wahai wanita

Wanita itu cantik. Tidak kira dia tinggi atau rendah, kecil atau besar, kampung atau bandar

Setiap satu darinya perlu dihormati, bukan mahu bersifat feminis tapi hanya mahu menyatakan yang benar bahawa wanita itu hebat, sangat hebat!

Berdirinya seorang lelaki yang kuat dan berjaya, di belakangnya ada seorang wanita. Ibunya. Ya, ibunya ; seorang wanita

Jangan pandang rendah pada wanita. Di sebalik jiwa yang rapuh, hati selembut tisu, badan yang lemah ; Tersembunyi ketabahannya

Kanak-kanak yang tidak pernah dewasa

Itulah wanita :)

PUISI ROJAKWhere stories live. Discover now