LEWAT - PROLOG

70 3 0
                                    

Rumput-rumput liar bergoyang. Seperti ada sesuatu atau seseorang sedang 'berkerja' di balik belukar itu.

"Eerrgghh!!" jeritnya. Berkedut-kedut wajahnya menahan sakit juga nikmat. "Sikit lagi, eeergghh!!! Ohhh, fuhh lega. Terlebih meratah milo la ni, ngilu bang-bur aku." Leternya seorang diri.
Berpeluh-peluh badannya melepas hajat. Segera dia mengambil daun untuk bersuci dan memakai seluarnya semula.

Langit mula bertukar warna kemerahan. Jalan raya dihadapan nampak lengang. Kelihatan seorang lelaki separuh abad bertopi jerami sedang berjalan keluar dari balik belukar di tepi jalan itu sambil membawa sebuah beg guni dan cangkul.

Tiba-tiba terdengar suara perempuan mengilai, "hihihihihi hihihihi".

Dikeluarkan hp nya dari beg guni, "Ah, hello! Abang nak balik dah ni. A'ah, sabarlah Munah, oi! Iye, iye, rindu Munah gak. K, k. Mmuahh!" Masih melekat-lekat bibir tebalnya mencium skrin hp walaupun talian telah dimatikan.

Baru beberapa langkah kakinya menapak menyeberangi jalan raya yang sunyi itu, bunyi perempuan mengilai terdengar lagi, "hihihihihi hihihihi".

Terus saja dia menjawap panggilan itu, "hello?"
Senyap.
"Uui, hello hellooo!"
Masih senyap.

Seketika keadaan menjadi semakin sunyi, seperti langsung tiada bunyi daun ditiup angin. Skrin hp dilihat, gelap. Tengkuknya mula meremang. Langkah diteruskan.

"Abang! Barang Abang tinggal ni, hah!" Tegur suara garau d belakangnya. Sangat jelas. Gulp!

Sekilas dia menoleh, seorang perempuan berbaju kebaya berdiri di sebalik belukar tepat di tempatnya 'melepas' tadi sambil melempar senyum melambainya, menampakkan kuku panjangnya yang bernajis.
Rambut perempuan itu panjang mengerbang, matanya putih dengan kelopak mata hitam.

Tanpa di arah, lelaki separuh abad itu terus memecut langkah seribu.
Kalah The Flash.

****

"Abang ni bernasib baik, tau!"

"Nasib baik apanya, Munah oi? Sial adalah! Ni lutut abang ni, Ya Allah rasa bergetar lagi, Nah!" menggigil Kamal berleter.

Peristiwa petang tadi masih tak dapat dia lupakan. Sampai rumah terus tak boleh nak bangun, demam kononnya.

"Yelah, yang abang balik lewat sangat kenapa? Dah la 'melepas' sebarang! Nasib baik benda tu lempar senyum je, bukan 'emas' yang melekat kat kuku dia. Kalau tak, ishh abang ni! Geram pulak Munah ni dapat laki macam abang!" Ditenyek-tenyeknya kain basah di dahi suaminya itu.

"Assalamu'alaikum!" jerit seseorang dari luar rumah.

"Wa'alaikumussalam! Munah, tolong pegi tengok siapa tu, ye?" rayu Kamal.

"Ha, yelah." perlahan Munah berjalan keluar bilik, terus menuju pintu luar, "Eh, Encik Meon. Sila masuk! Abang Kamal ada kat bilik." sambil jarinya menunjuk biliknya yang hanya bertirai putih tanpa pintu. Encik Meon hanya mengangguk.

"Masuklah, Encik Meon!" pelawa Munah dengan lembut sekali lagi.
Kali ni Encik Meon tersenyum pada Munah sambil berjalan ke arah bilik yang dari tadi di tunjuk Munah.

Setelah pasti Encik Meon sudah memasuki bilik, Munah mingintai luar kawasan rumahnya dari sebalik pintu. Bimbang jika ada sesiapa yang tahu perihal suaminya petang tadi. Mujurlah rumah mereka sedikit tersembunyi dengan pokok-pokok pisang yang tumbuh hampir memenuhi halaman rumah itu.

Tak ada sesiapa lagi di luar, hanya kereta kelisa biru Encik Meon saja yang terparkir di halaman, hampir tak kelihatan di balik rimbunnya pokok pisang.

Terus saja Munah mengunci rapat pintu rumahnya dan berlalu ke dapur.

****

Laju Munah membawa dua cangkir kopi panas beralas dulang bunga-bunga ke bilik. Tak mahu ketinggalan cerita agaknya.

Sampai saja di bilik terus dihidangkan kopi itu pada Encik Meon dan suaminya yang terbaring menggigil di atas katil.

"Terima kasih" ucap Encik Meon yang duduk bersandar pada dinding di sisi katil.

"Minum Encik." potong Kamal sambil menjeling isterinya. Munah pula terus duduk di hujung katil. Tangannya mengurut-urut tapak kaki Kamal.

"Kalau boleh, engkau pertimbangkanlah dulu ye, Mal. Aku harap engkau je. Buat masa ni, kau rehatlah dulu cukup-cukup. Minggu depan, orang muda yang beli rumah tu nak berangkut dah. Boleh?" pinta Encik Meon sambil meniup kopinya.

"Tapi Encik, saya ni..."

"Tak apalah Encik Meon," pintas Munah. "Nanti saya tolong pujukkan abang Kamal ni. Baru tiga hari jaga kawasan tu dah nak mengalah. Saya ni dah lah tengah bunting, anak sulung pulak tu, mana boleh abang Kamal ni tak kerja."

Kamal hanya tersengih macam kuda.

"Eloklah tu. Baiklah, aku minta diri dulu. Kamal, jangan lupa ya, pesanan aku. Rehat cukup-cukup, aku harap kau boleh terus berkerja dengan aku."

"Hmm, iyalah Encik." akur Kamal.

Setelah Encik Meon bersalaman dengan Kamal, Munah menghantar Encik Meon ke pintu luar.

****

LEWATWhere stories live. Discover now